Barang baby terbaik

Hi mommies, nak tanya korang start beli barang baby bila? Saya skrg dah 23 weeks, macam nak start beli barang baby dah slow2. Cuma nak tanya a few questionsss sbb saya first time mom 1. Ok je kan beli online? Lagi jimat kan berbanding pergi kedai? 2. Berbaloi ke saya pergi baby expo? 3. Botol susu jenama apa yg bagus, philips avent @ hegen @ tommy tippee?? Saya dah survey2, tapi tak tahu yg mana better utk newborn. Kalau ada suggestion lain bgtau juga yaaa. 4. Barang berpantang apa yg perlu beli @ berbaloi beli? 5. Baby punya mcm mandian, minyak telon semua tu brand apa yg bagus? Ok yang tu dulu saya tanya, sorry sbb mak saya jauh, mak mertua pun dah tak ada & husband dan saya semua adik beradik lelaki 😂 saya takda siapa2 nak tanya tanya. Harap ada yg sudi bagi tips atau pandangan. Terima kasihhh orang baik 🥹

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

First pregnancy saya start beli masa 20 weeks. Beli sikit2. 1) Okay sebab nowadays most of brands ada online store. Jimat not sure sebab bagi saya sama je. Saya prefer walk-in store sebab saya jenis yang need to see and touch. Kalau awak dah biasa beli online, okay je. 2) For me tak berbaloi sebab harga lebih kurang sama dengan physical store and saya tak suka bersesak dengan orang ramai. But as a first mom you should go once and get the experience. 😊 3) Yang ni kena try and error. Cari yang anti colic. Anak saya guna Natural Philip Avent. 4) For me nursing bra, nursing pad and maternity pad. Yang lain memang saya tak pakai. Awak boleh survey babymama_shoppe kat IG. Kak Nad (owner) selalu share pasal barangan berpantang. 5) Anak saya tak pakai apa2 minyak. Barang mandian cari yang mild formula brand. Contoh Aveeno, Sebamed, Mustela, QV, Cetaphil. Ini pendapat saya. Tunggu mommies lain share pendapat mereka pula

Baca lagi