beli barang online harga memang jimat banyak berbanding beli direct store.
saya bila ada masa, suka pusing2 masuk kedai baby contoh manjaku, baby mall, untuk bandingkan kualiti dan harga. bila dah jumpa brand yg saya berkenan, balik rumah saya akan cari di shoppee / tiktok then check out online. memang beza harga banyak. tilam, katil, buai pun murah online lagi.
untuk baby fair tu, sekadar nak jalan2 cuci mata boleh jee.. kadang2 lebih kurang je harga sama je macam harga kedai. tapi kalau nak shopping untuk buat stock tu, better lagi harga kedai online.
botol susu saya pakai avent natural. sebab tahan lama dan design anti colic. harga tak semahal botol anti colic jenama lain. kalau ada bajet lebih boleh beli avent natural ppsu. botol boleh tahan sampai 1 tahun tak calar. just tukar2 puting bila perlu je.
minyak telon, saya try n error. akhirnya yg terbaik bagi saya adalah minyak bayi anugerah (botol ungu) harga dalam rm20 sebotol tapi dia tak panas ke atas kulit bayi. bau sedap. dan sesuai untuk legakan kembung baby. sapu di tapak kaki dia semua.
untuk sabun, sensitivity baby semua lain2. so untuk keselamatan, boleh try yg safe for sensitive skin mcm sebamed. kalau ada bajet lebih boleh beli brand cetaphill. ni beli kat watson murah. lama2 bila baby da 3-4 bulan dah besar sket baru slow2 try tukar jenama lain yg harga lagi mesra dompet. saya sekarang baby dah besar pakai baby Bzu Bzu.
tips masa nak shopping barang baby,
lebihkan beli kain lampin/napkin & swadle baby yaa. sebab memangggg membantu dan pakai banyak dari baby newborn sampai la dia besar nanti. boleh search kat tiktok muslin swaddle. cari yg 70% bamboo 30% cotton. cari saiz 100cm keatas.. kain yg kita dapat akan lembut dan selesa atas kulit baik. kalau beli muslin swadle 100% cotton tu kainnya jadi agak keras lama2.
lepastu kalau nak shopping baju lubang2 baby tu, beli dekat aeon bahagian baju baby. semua aeon sama harga. so far baju baby aeon kualiti terbaik, tahan lama. dan harga murah berbanding kedai2 lain.
Baca lagi