Fungal infections atau jangkitan kulat

Hi mommies, nak tanya ada tak yg kena fungal infections kt area vulva. Luar faraj rasa gatal merenyam teruk sampai garu2 jadi merah. Bahaya tak kalau biar je? Ada petua atau cara nk bg kurang gatal tak? Sekarang sy masih breastfeed baby. Share la siapa yg ada pengalaman dan cara rawat. Thanks mommies.

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kegatalan pada faraj. Selain jangkitan kulat, ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan penyakit kelamin dan juga masalah yang dikenali sebagai bakterial vaginosis iaitu ketidakseimbangan bakteria pada faraj. Oleh sebab anda menyusukan anak, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mencari punca masalah ini serta mendapatkan saranan rawatan yang sesuai untuk anda dan tidak membahayakan bayi anda. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih

Baca lagi