9 Balas
Saya if plan bersalin swasta saya terus buka kt swasta tempat saya nk bersalin je. KK ni bagus very details & tp nk kena ikut masa & rules dorang so saya takleh commit since saya kerja, tak rajin & takda masa check up 2 tempat. And tak rajin & takda masa juga nk q panjang2 dari 7am utk dapatkan nombor. Saya pilih swasta yg ada pakar, details juga tp tak menyerabutkan mcm kk. At first mmg nk try check kk tp mesin scan pun mcm dari zaman jepun. Doktor teragak je nampak janin or tak pastu mula lah nk ckp ectopic then nk refer2 hospital (detailskan 😌). Pergi swasta check sekali je dgn tvs nampak dah janin heartbeat semua. Saya fully check up & bersalin di columbia. Time register kita boleh pilih nk O&G mana & every check up beliau akan scan to see baby growth. About bill, kalau just scan & consultation RM120plus, if ada ambil ubat RM200plus (calcium, obimin or ubat time demam tp saya ambil 2x je sepanjang pregnancy sbb tak habis2 ubatnya), injection RM180plus (kancing gigi 2x) & minum air gula RM300plus (sekali je sbb saya sangkut gdm). So far tak pernah lebih RM400. Facilities hosp mmg best sentiasa sejuk dlm aircond, makanan kt cafe sedap. 34w my O&G dah book kan ward & beliau sendiri sambut baby.
hi mommy. ini pendapat sy, ikut bajet sis. beza kk dgn swasta, service dan masa. kk tempat saya, lebih details. x pasti tempat sis mcmn ye. ini pengalaman as 1st mom, sy ada ketulan di payudara dan urine kotor. bila nurse/doktor detect benda cm ni, terus rujuk ke hospital gov bhgn Ortopedik dan Obstetrik & Ginekologi. mmg perlu masa untuk menunggu lama dan service.. fhm2 la gov.. at least jimat nak buat check up semua tu. sy bersalin pun hosp yang sama. tak pening. apa2 rekod sal kesihatan semua ada kat situ. pada mulanya nak tukar pergi hosp swasta sbb rasa cm lambat, tapi doktor kk cm tak suggest. nak tukar, kena cerita balik dari A - Z. hm mls la nak tukar, sy teruskan je check up kat hosp gov. kalau tukar dan ada masalah, doktor swasta tak nak bertanggungjawab. so sis kalau xde masalah bab "kewangan" dan xde masa nak menunggu, boleh buka buku pink kat swasta. ada duit lebih semua boleh jalan. service memang tip top sbb kite bayar. cuma kite kena ready apa2 masalah d masa akan dtg.
Dua2 ada kelebihan dan kekurangan. Seeloknya sis survey dulu dekat hospital yang sis nak bersalin tu. Tengok buku antenatal dia sekali macam mana. Sebab setiap hospital checkup dia berbeza. Kalau kk semua tempat sama dia dah selaraskan. Pengalaman saya anak pertama buka buku kat dua2 kk dan swasta. Kk lebih details check dia. Tiap kali checkup ada check hb, etc. Dan hospital swasta yang saya checkup tu antenatal book dia tak detail. Takde banyak info kalau nak di bandingkan dengan buku pink kk. Anak ke 2 saya fully checkup swasta. Checkup tak se’detail’ kk. Check hb 3 kali je setiap 3 bulan macamtu. Injection ATT pun tak ada. Dari segi doktor pulak, swasta bagus la. Kita akan jumpa dr yang sama setiap kali checkup. Dr pun boleh pilih nak jumpa dr mana. Nak dr perempuan ke. And memang dr pakar o&g. Kalau kk, jumpa dr 3 kali je tak silap selebihnya just jumpa nurse. Tu pun dr lain2 dan bukan dr pakar.
Kalau awak pilih hospital swasta yang memang ada barisan pakar daripada pelbagai bidang, then proceed to hospital swasta. Lebih details daripada KK. Ini pendapat saya ya. First pregnancy saya buka 2 buku (KK & swasta) sebab nakkan pengalaman. Tapi saya tutup buku KK awal. Dalam 20 weeks++. Memang dah plan nak bersalin hospital swasta. Jadi berdasarkan pengalaman saya, next pregnancy takkan buka di KK dah. Memang akan proceed terus di hospital swasta sebab pregnancy saya lagi terjaga dan tak sama macam apa yang saya dapat di KK di mana kita di pantau oleh nurse bukan OBGYN. Ilmu dan maklumat yang saya dapat daripada OBGYN saya sangat2 membantu dalam pregnancy saya. Sekali lagi, ini pendapat dan pengalaman saya.
@Ain, under Dr Asmah 👍
since sis ade planning nak bersalin di swasta.. better all swasta even checkup sekali ... saya pun checkup swasta bersalin pun swasta.. tapi kalau sis nak checkup kerajaan and bersalin swasta pun ok je ❤️ masa check up waktu preggy swasta punya ubat supplements lain la skit dari kerajaan. swasta ni scan detail dia better and specialist yg buat scanning.
kalau mampu, boleh check up di swasta. tapi seeloknya study dulu, nak doktor mana. sebab di swasta selalunya check up memang jumpa doktor. jadi survey2 dulu doktor mana yang bagus, yang teliti kerjanya, yang dengar luahan patient dan tak ambil mudah semua yang patient cakap. swasta tak semestinya bagus. ada yang kerja sambil lewa je.
If kt swasta jumpa doctor/nurse mcm ni, terus report je sis ke management. Saya pernah kena, customer service manager bukan hanya call tp dtg sendiri jumpa saya personally untuk minta maaf time saya kt lobby. Saya pun heran how dia boleh tau my movement, maybe dia tgk cctv once my appointment card dah key in/register dlm system dorang. Terus bawa 1 goodies bag penuh dgn gift & serta merta lah dpt layanan auto baik dari nurse yg buat hal dgn saya time tu.
sye bsalin kt swasta tp bkak buku pink kt gov sbb bjet sendri bkn panel.. rsenye checkup kk or swasta dua2 ok cuma kos je la kot.. kk free & rmi org.. sye dtg kol 7.30, kol 9-9.30 pg settle.. swasta cpt cuma harga dlm rm100+ tiap kali checkup.. ikut poket masg2 la
Saya bersalin swasta. Saya buka dua2 juga… sbab saya first time mom so atleast kk kerajaan pun ade record. Hehe.. Dah slamat bersalin dah pun ni.
Kalau nak bersalin dekat hosp semi gov boleh ke check up kat swasta? Sbb kekangan masa. Swasta kan boleh check up weekend. Kk weekday je.
Boleh je sis. Tapi bila you dah decide dekat hospital mana you nak deliver tu, kena call and tanya hospital tu untuk buat booking bersalin. Ada procedure yang memerlukan you checkup kat hospital tu at least few times before labor sebab hospital perlukan you punya data and details
Anonymous