Sugar Blood Tinggi
Hi mommies ? Macam mn nak turunkan sugar blood? boleh suggest sarapan, lunch & dinner yg baik? Sugar blood sy tinggi 8.4 ?
Sama mcm saya. Skg 5.3-5.6 je. Wajib makan ikut portion suku suku separuh. 1. Suku pinggan protien - daging, ikan, ayam, telur 2. Suku pinggan karbo - nasi, bihun, mi, pasta, roti etc 3. Separuh pinggan sayuran & buahan. Jangan sesekali ambil karbo tanpa iringan buah atau sayuran, kalau tak gula dari karbo tu mudah serap ke darah. Dengan ada sayuran n buahan tu, gula akn di lepaskan secara perlahan2 ke darah. Jadi bacaan takde la tinggi. Snack time, kekacang n buahan ya. Susu lembu tukar ke kambing sebab gula dalam susu lembu ni mudah menyerap ke darah. Atau ambil cheese, yogurt, tablet kalsium. Jika terlebih makan, buat exercise terus untuk burn lebihan gula tu. Contohnya mop lantai, kemas stor, cuci bilik air, basuh pinggan, lap kabinet. Biar berpeluh. Saya, alhamdulillah makan takde control sgt cuma mmg kena combine dgn serat (sayur/salad/buahan) bila mkn nasi tu atau nasi tu saya campur oat (serat), roti pure wholemeal. Dan banyakkan buat aktiviti sampai berpeluh. Terutamanya awal 30mnt selepas makan. Kalau ambil karbo dan protien shj, buat la kerja lama mana pun, berpeluh sakan pun, bacaan tetap akan tinggi. Sbb karbo dh dlepaskan scara mendadak dalam darah. Itula pentingnya serat bersama karbo tu. Lagi satu saya ambil fish oil, byk saya baca article fish oil mmbantu mengurangkan penyerapan gula dalam darah. Jd lepas mkn sy ambil fish oil tu. Tp bila terlebih mkn shj. Biasanya buat aktiviti sampai berpeluh tu dh cukup utk kurangkan gula dalam darah.
Baca lagi
Mommy To Be