Stokin bayi

Mommies, baby kena pakai stokin sampai umur berapa ye? Anak saya baru nak masuk 4 bulan, kadang bila buka stokin lama sikit, kaki dia sejuk.

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya tak pakaikan dr baru lahir pun.. tp balik rumah pakai la sbb mak yg pakaikan, if dah dengan saya saya bukak balik lagi2 siang, mlm bedung tak pakai stokin, kalau tak bedung pakai stokin, dia lagi lena tidur tak bendung dr bedung.. nak tahu anak sejuk ke panas bkn rasa kaki tgn dia, tp rasa kat belakang kepala

Baca lagi

Anak2 sy xpakai pun.. sbb dlm pantang pun berbedung je πŸ˜… klu bg pakai mcm nak bawak kuar jln2.. sj bg xnmpk kosong kaki tu hihi.. pastu balik mmg cabut..mlm pulak sy sllu bg pakai bj tido yg bstokin skli tu.. klu pakai bj tido biasa tu pun sy xpakaikan stokin.. cukup la selimut..

Boleh je sis sarung tangan pakai sampai 2 bulan, barut sampai 4 bulan, sarung kaki/stokin tu as long as sis nak pakaikan pakaikan je la sampai bile2 pon boleh. Tapi selalu saya nampak orang pakaikan stokin tu sampai baby da boleh berjalan pon ada

anak saya hbs pantang saya terus cabut. haha. kalau keluar nk ke tempat air-cond or sejuk je, saya pakaikan stokin or legging dgn sock sekali tu. saya pernah baca dulu, baby know how to adjust their body temperature if dia xsakit la.

Doktor kk hari tu bagitahu stokin sampai 4 bulan je.. Sarung tangan sebulan. Malam kalau cuaca sejuk boleh lah pakaikan. stokin. Kaki sejuk tu rasanya normal je. Kadang sejuk tapi berpeluh.

Tu biasa kaki baby mmg mcmtu sejuk2 pastu suam balik.. sy x pakaikan since baby umur 3 bulan.. mcm panas je cuaca. Just pakaikan time keluar je. Balik tu bogel abis la pakai pampers jeπŸ˜‚

Sebaiknya boleh tanggalkan dah tu. Memang awal awal kita rasa kaki baby sejuk sebab kita dah biasakan baby dgn stokin. Tapi selagi baby sihat. Aktif. Boleh teruskan sahaja tak berstokin

4bulan blh bukak terutama siang nanti nak belajar meniarap kalau pakai stokin kan licin& kulit dia plk blh sentuh direct objek apa2 senang dia belajar nk kawal kaki dia ke apa2 la..

saya bg anak pakai stokin almost 7 month.. kalau buka stokin kaki dia sejuk mcm anak sis.. lps 7 bulan kaki dia dh xsejuk dh xpakai.. depend atas sis nak pakai smpai umur brpa.

Dlm pantang pakai sentiasa. lps pantang sy pakai time mlm je. siang klu musim hujan sejuk baru sy pakaikn, klu jln2 pun sy pakaikan