Sakit perut trimester 2
Hi mommies. Alhamdulillah masih dapat berpuasa sehingga hari ini. Nak tanya para mommies, hari ini perut saya kerap sakit. Tak pasti sama ada salah makan, memulas nak membuang atau apa. Sakitnya seperti mengeras di bahagian atas / tengah perut. Dan sekiranya bergerak secara tiba tiba, akan rasa senak. Perlu ke saya buka puasa atau teruskan je macam biasa? Thank you mommies.