Covid semasa mengandung

Hi momies, tibe terfikir kalau ibu mengandung yang kena covid macam mana ye cara treatment dia ? Kena makan ubat tak ? Setahu saya Ibu mengandung bahaya makan ubat . Buat sesiapa yang ada pengalaman kena covid semasa mengandung korang boleh komen ye tq..

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pernah kena covid tetapi bukan semasa hamil. selepas pantang. both saya dgn baby kena. 2nd pregnancy pula beberapa bulan lepas sy kena virus influanza. masa doctor check kita inform kata kita pregnant. sy makan je ubat yg doctor bagi. termasok antibiotik. alhamdulillah saya sepanjang saya check baby okay, aktif. saya buat detail scan pon alhamdulillah baby okay. apa2 kena minta advise dr doctor. doctor tak kan bg ubat yg membahayakan ibu hamil atau ibu menyusu. doctor akan bg dose yg bersesuaian utk kita. if awak makan sebarangan tanpa consult doctor itu yg membahayakan kandungan awak.

Baca lagi

Saya baru kena covid masa third trimester. Alhamdulillah no severe symptoms, demam sehari dan batuk pun tak teruk. Saya call KK untuk inform dan minta advice, nurse cuma cakap paracetamol boleh ambil, tapi untuk ubat batuk nurse cakap tak boleh takut nanti baby kurang active since kita yang tua pun makan ubat batuk mengantuk. Mungkin puan boleh cuba call KK minta advice based on condition puan macam mana. Kalau teruk mungkin kena ke CAC.

Baca lagi

saya pernah kena covid tp bukan masa mengandung la. cuma nak betulkan mitos bahaya ubat tu. masa mengandung pun boleh makan cuma ada jenis dia la. sakit apa pun kena inform doctor jadi dia boleh bagi ubat yg sesuai dgn kita. yg bahayanya kalau main makan tanpa consult kepada yg pakar

Sy kena covid ms tu 19week. Doktor tahan dlm wad sb mengandung kan. Dia masukkan air pastu bg ubat antibiotik (sakit sgt nak tgu hbs sebotol) pastu transfer wad. Dlm dua hari dh boleh blk bila demam dh tkde. Covid skrg tk mcm dulu. Kalau ibu mengandung tkde penyakit lain cpt je dah ok

Saya baru je kena covid bulan 8 haritu, masatu dah 4 bulan pregnant. Saya just makan vitamin c, minum air masak byk2 & air lemon cengkih suam je. Alhamdulillah takde simtom yg teruk masa tu & cepat je sembuh..

Sy br lepas kene covid kandungan 7 bulan. Cuma makan pamadol biasa sahaja. Utk batuk sy minum air suam cawan x besar sgt+1 sudu madu+3 sudu air lemon. Alhamdulillah hilang batuk cpt

Saya pernah covid. Saya admit HTA sbb HB saya low. Saya duduk wad 8 hari. Dekat wad mereka cucuk cair darah je untuk patient covid.

Kalau takde sakit pape. Just symptom je. Treat symptom. Pegi je CAC. Nanti diorg pantau

yg i tahu tak blh guna molnupiravir