16 Balas

kalo macam sy haritu awal trimester memang teruk migraine campur dengan loya², sy nie memang ada migraine dari umur 18tahun. Sy pergi jumpa doktor dulu & minta nasihat adakah selamat untuk telan pcm. Pcm memang selamat untuk kandungan tpi sis baik pergi jumpa doktor terlebih dahulu. Sy makan pcm pastu baring di bilik yg sejuk atau talakan kipas ke arah kepala agar kepala sejuk & sy sapu balm bidara kat kawasan dahi serta leher. Menjadi juga teknik mandi atau basahkan kepala untuk hilangkan migraine tu. Yang penting elakkan bunyi yg bingit serta cahaya yg terang sewaktu kena migraine. Kena berehat secukupnya.

sy da 19w.hb aritu last cek 10.6.bp sy ok . tambah pulak mmg sy ada migrain sejak belajar kat u. bertimpa2 sakit migrain + hb low. sy kalau sakit sgt letak minyak angin atas kulit kepala lumur kiri kanan dahi . tido. mse nk tido tu sy buka ayat rukyah tuk sakit kepala dlm youtube. tu je cara sy buat tuk kurgkan sakit . nk mkn panadol da jd takut sbb dulu mse bljr panadol teman setia sy.. so skrg mse hamil ni sy mmg nk elak kalau boleh.. minum air kosong xpun sy minum air sunquick kosong masam2 mcm tu

Boleh try cold compress. Isi ais kiub dalam beg yg selalu isi air panas tu dan letak di dahi atau bahagian kepala yg sakit tu. Then baring kalau boleh dalam bilik yg betul betul gelap and try to sleep. Tahan sikit sejuk ais tu. Inshaallah bila bangun tidur migrain dah takda. Saya selalu buat macam ni.

Hi sis. Beli ice pack gel lembik dlm plastik warna biru tu. Beku kan and bila migraine letak je kat dahi. InsyaAllah lega. Saya migraine teruk smpi doctor swasta kasi ubat migraine tapi tak berani nk makan. Last2 pakai ice pack tu mmg lega sgt. Masa pregnant ice tu dh mcm bestfriend 🥲

tidur...sya x pernh mkn panadol masa preg..huhu...tp biasanya sya akan mandi utk buang haba panas dlm badan..bnykkn minum air kosong...banyak berjalan dan bersenam...pastu tido...paksa bg tido jugak..buka la zikir ke apa2 yg boleh bantu utk tido...

urut kiri kanan leher belakang telinga ke bahu.. urut sampai urat keras tu rasa lembut. mmg sakit tp lepas tu lega...1 lg amik ais letak kt tengkuk...

TapFluencer

kalau saya, saya tak makan panadol. saya mandi basah kann rambut. lepastu duduk dalam bilik tutup lampu , langsir dan tidur. alhamdulillah berkesan

ye ni Salah satu tips sis

untuk mengetahuan panadol elakkan mkn waktu pregnant , kecuali folic asid. nk mkn ubat kna gi klinik atau hospital doctor bgi mkn bru blh mkn ya🥰

Sapu minyak cap kapak di kepala. Sy pun selalu pening pening kepala. Normal bg org tgh pregnant. Mtk suami atau sesiapa urut kepala juga bg lega.

Makan padanal & tidur. That’s the only way to cure migraine during pregnancy. Tp kalau teruk sangat, jumpa dr ya. Jgn simply makan pain killer

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan