bby 6 bulan mkn

minta pendapat, ank sy 6 bulan 4 hari skrg ni. start makan 5 bulan 15 hari atas kbenaran dr. mula makan bubur kosong+evoo. buat 3 days rule. next bubur carrot,bubur pakchoy,puri kentang,puri carrot,puri buah pear,kledek jepun. smua ok. najis normal tak cirit, dan boleh detect dia xsuka buah pear, puri kentang dia susah buang angin. so da mark siap2 dan xletak apa yg dia xboleh dlm mknn. mnyusu tetap teruskan ikut demand.. mkn sehari skali. start masuk 6 bulan lebih, sy kenalkan dia ayam. contoh bubur,ayam,sayur yg dia boleh mkn,evoo. dua tiga hari ni dia muntah.. muntah kluar susu.. even dah jarak waktu penyusuan 2 jam. muntah jugak.. dulu masa 5 bulan lebih, habis semangkuk ok je walaupun nyusu on demand. skrg sy takat bg dia 5 sudu mkn je. so setakat ni bg 5 sudu makan,dah xmuntah. tp bila checkup kk. sy ckp 5 sudu mkn,nurse pandang sinis . dia ckp kne 3 kali sehari. separuh cup beras sekali mkn. tp anak sy nk 2 kali sehari pon sy risau. sbb dah try mkn 2 kali sehari.muntah. dia kuat mnyusu. sy dah jumpa dr. dr ckp setakat 3 4 sudu pon dah ok. jgn paksa untuk bby habiskan semangkuk. kalau dia reject,stop. skrg ni langsung xnk buka mulut . kalau buka,dia kluarkan blik. walaupun dah jarak penyusuan 2 jam. hrini sy stop letak ayam. cuba buat blik mcm yg dia suka.bubur carrot. dah xnk bukak mulut. ada x ibu2 prnh alami ni. dr ckp selagi dia ok nyusu truskn. 6-8 bulan susu tetap utama.solid ni sampingan. dan setahu sy prmulaan mkn ni bukn untuk knyg. tp bg bby kenal rasa tekstur mknn smua tu. setakat sehari 2 3 sudu pon dah ok. sy nyusukn dia berat naik 600-800g stiap bulan. cuma tu la sy risau takut tiba2 berat drop sbb xnk mkn sgt. nk nyusu je. adakah benda ni normal untuk bby yg awal2 diperkenalkn dgn mknn? nnti nk msuk 7 bulan bru akn selera nk mkn? dia boleh duduk kt krusi mkn. tp klau tnpa krusi mkn,atau nk duduk sendiri tnpa bntuan tu blum 100% lgi. klau boleh duduk tnpa bntuan pun takat 5-10 minit mcm tu..normal ke mcm ni.. graf dia ok. mningkt stiap bulan..perlu ke sy prknlkn cerelac beras/buah/sayur untuk tarik balik selera dia untuk buka mulut? #seriusnanya #ingintahu #firstmom #firstbaby

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

normal tu ❤️.. 6 bulan ni dia baru nak explore makan... baby saya baru 5 bulan 24 hari... lagi 6 hari ja dia leh start makan... 🤤 mama saya metron hospital.. saya consult dengan mama saya masalah puan... mama saya kata itu normal asalkan susu dia mahu dan demand.. makanan pejal pun terus mencuba bagi.... puree makanan baby suke... kalau boleh jgn beli kat kedai punya dulu... sebab kedai punya ada gula and perisa... nnt yang organic ni dia taknak makan... takpe train sekejap sekejap hari2 ok la tu.. dia baru nak biasakan diri... ❤️ 🤤 saya pun x sabar nak explorekan baby saya makanan puree 🤣🤣🤣 saya mungkin akan try schedule ni... mari kite sama sama berusaha ya puan ❤️❤️❤️ hehe🌹

Baca lagi
Post reply image
2y ago

oh asalkan susu dia msih demand still ok la kan? mknn still kne offer.

Normal. Ikut sahaja nasihat doktor. Plus baby baru 6 bulan. Masih banyak lagi yang belum baby explore.