7 Balas

boleh baca ni. awak tak boleh tanya pendapat mommy2. awak kena dapatkan advise dr doctor. kena ingat setiap mommy tak sama ya. Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih tinggi jika anda terhamil semasa 6 bulan pertama selepas bersalin di mana anda masih lagi menyusukan bayi secara eksklusif dan bayi belum lagi boleh mula makanan pelengkap. Jarak kehamilan yang terlalu dekat boleh menyebabkan janin di dalam kandungan tidak membesar seperti sepatutnya (bukan sebab rahim mengecut tetapi sebab janin yang berhenti membesar), masalah kelahiran pramatang, maka kehamilan ini mesti dipantau dengan lebih rapi. Jangan tanya kenapa ada doktor kata boleh terus menyusukan anak semasa hamil dan ada doktor yang suruh ibu lain berhenti menyusukan anak semasa hamil. Setiap pesakit adalah individu berlainan dan doktor pakar sudah ada latihan untuk mengenalpasti risiko yang berlainan untuk setiap individu. Makcik bawang dan penjual produk suka pukul sama rata sebab mereka tak pernah belajar menilai kesihatan individu dan bukan ahli dalam bidang, sebab itulah jika anda hargai kesihatan anda maka anda jangan tanya pendapat di media sosial. Ada ibu yang tak cukup nutrisi dan ada masalah kekurangan darah sebab baru saja bersalin beberapa bulan sudah hamil semula. Ada ibu yang masih dalam pemulihan pembedahan Caesar dan tak patut hamil terlalu cepat selepas bersalin. Ada ibu hamil yang kekurangan vitamin D dan perlu rawatan. Ada ibu hamil yang muntah-muntah dan ada dehydrasi sebab muntah-muntah maka tak boleh meneruskan penyusuan anak. Ada ibu yang loya tak lalu makan semasa hamil sehingga berat badan turun mendadak dan tidak cukup nutrisi. Ada ibu hamil yang janin di dalam kandungan ada masalah pembesaran. Ada ibu hamil yang menyusukan anak sambil-sambilan saja sebab anak sudah besar dan sudah dapat zat secukupnya dari makanan lain tetapi ada ibu hamil yang masih menyusukan anak secara eksklusif dan belum beri anak mula makan. Ada ibu yang memang ada penyakit lain yang belum sembuh maka penyusuan anak semasa hamil lebih membebankan kesihatan ibu yang memang tidak sihat. Semua faktor perlu dipertimbangkan. Di media sosial saya hanya boleh menyampaikan nasihat kesihatan secara am dan tak boleh beri nasihat secara individu untuk anda. Hargailah kesihatan anda dan jangan minta pendapat tentang masalah kesihatan individu anda di media sosial. Jangan abaikan kesihatan anda. Pi jumpa doktor di klinik. #apaapapunjumpadoktornaaaaa

macam sy masa tau pregnant 2nd baby. 1st baby (setahun 2bulan) masih minum susu badan. masa check pregnancy dkt klinik mmg minta advise doctor. doctor advise suruh stop. sbb takut nutrisi xsampai dekat baby

boleh je bagi mommy selagi mommy rasa mampu nak bg. nak stop susu badan tak leh nak drastik. slow2 pujuk dia dan kurangkan tempoh bg susu kt dia. sy stop kan pon masa kandungan sy 4 bulan dan umur anak 2thn 3bln. anak sy pon mmg xminum susu formula. tp lps stop sy ajar dia minum susu full cream. alhamdulillah dia nak..

ank isap mmey sakit ke sis sbb sya tersa skit bile ank isap . sya bru chek upt positif ank bru 11 buln huhuh xpi x kepastian lgi kt klinik

VIP Member

Puan teruskan je bagi selagi takde apa apa masalah tapi dalam masa yang sama kena pujuk atau terangkan dekat anak sulung bagi dia faham yang dia dah tak boleh hisap susu badan lagi sebab ada baby dalam perut ... Saya pun buat benda yang sama . Sekarang kandungan saya 25w , anak baru betul betul stop susu badan .

ank sis umur brpa

dah boleh stop susu badan. nanti menggangu tumbersaran kandungan 😊

☺️☺️☺️❤️

sy bagi jer ank susu bdn skarang dah 30w 4d

xpe ke sis

bagi jela. xde mslh pon.

bagi je kalau xde mslh apa..

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan