Menu paling senang nak buat & katanya boleh senang naik berat baby ?
Sayur Lemak Putih :
Bahan bahan:
1 ulas bawang putih dan merah
4 ekor ikan bilis (rendam sekejap supaya tak terlalu masin) ditumbuk kasar
Carrot
Sawi
Kubis
Capsicum merah
3/4 cawan santan
Cara cara :
1.Masukkan kesemua bahan di dalam periuk, api perlahan, sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
2. Tutup api bila santan sudah mula mendidih. Siap.
.
* boleh pelbagaikan sayur ya, ikut la nak letak sayur apa pun, resepi ni letak sayur apa yg ada dalam peti.?.
.
*petua mak mak kita, masak lemak sayur jangan sampai pecah minyak. Masak sekejap saja atas api dapur. Nanti sayur tu masak sendiri dengan kuah santan masa panas2.
.
*Anak dara kite suka sangat makan dengan nasi & tenggiri goreng