Baby Pasta Beef Bolognese with Vegie- 9 months recipe

Memandangkan Zaara dah pass udang, daging...mamanya lagi semangat nak masak macam2. Buat masa ni Zaara tak ada alergik, semua dia makan. Food lover macam mama dia ? Timbul idea malam ni masak pasta beef bolognese. Bahan bahan : 2 sudu pasta heinz star ( rebus hingga kembang & lembut ) seulas bawang merah & putih seinci carrot 2 helai daun sawi *optional. boleh tukar sayur lain * satu kiub tomato paste 3 inci capsicum merah (ditumbuk) sedikit mixed herbs 1 sudu besar daging lembu (cincang halus) sedikit air Cara cara : 1. Tumis bawang sehingga naik bau.. dah layu sikit masukkan carrot. 2. Masukkan daging. Kacau perlahan sampai daging hampir masak. 3. Masukkan capsicum merah dan tomato paste. Biarkan hingga pecah minyak. 4. Masukkan 5 sudu air dan sayur sawi atau apa2 sayur . Macam biasa, mamanya takkan tinggal sayur berdaun. 5. Dah hampir mendidih, taburkan mixed herbs. 6. Hidangkan bersama pasta yang direbus. *untuk anak saya, selepas hidangan dah siap,saya masukkan semua dalam chopper untuk haluskan sedikit tekstur pasta.

Baby Pasta Beef Bolognese with Vegie-  9 months recipe
2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

❤👌👍💕

VIP Member