Nampak Kantung Sahaja

Masa 8w1d, check up di 1 klinik ni (klinik pertama), nampak kantung saja dan ada cyst. Dr. minta scan semula lepas 2-3 minggu. Dr. kata, kalau kandungan tak jadi, akan turun darah tu sendiri dan jangan panik. Masa 9w4d (kebetulan wife sakit pinggang dan perut), dapatkan rawatan dan alang2 check up sekali tapi di klinik lain la (klinik kedua), Dr. kata kantung kecik macam 6w dan ada cyst / mungkin kandungan x jadi. Dr. bg surat refer hospital. Wife kata nak tunggu dan check up di klinik pertama semula. Pagi ni sakit dah kurang sikit. Hari ni kandungan 9w5d. Still ada simptom hamil. Apa komen para ibu dan ayah di sini? Saya percaya ada baby dalam rahim dan keajaiban pasti berlaku. Doakan kami. Zuriat ke-4.

undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!