Baju baby
Mak2 ade cadangan tak untuk jenama baju sesuai utk bayi newborn. Maklumla first baby. Excited sikit. Ade org cakap jgn amik yg mahal2 sbb baby cepat besar, pkai skjp je.#ingintahu #firstbaby

saya beli brand pureen ja. saiz campur ada saiz 0-3, ada yang 0-6 tapi tak beli banyak budget untuk pakai seminggu ja cuma kena rajin cuci la nanti. banyak yang bagi nasihat jangan beli baju banyak untuk newborn sebab nanti baby cepat membesar. lagi satu bila sedara mara atau kawan tau kita dah bersalin nanti mesti ada yang bagi hadiah lagi. itupun dah cukup untuk pakaian dekat baby nanti. dari segi harga bagi saya okla pureen ni. mampu milik. nak beli yang mahal atau jenama tunggu baby besar baru berbaloi rasa. time baru lahir ni yang penting kain lembut untuk skin baby tapi kalau mampu nak beli yang berjenama atau mahal pun takda masalah. ikut budget masing masing kan. macam saya semua beli dekat mall boleh terus pegang baju tu rasa kain ok ke tak lebih puas. kalau nak beli online pun banyak cuma kualiti kain tu tak pasti la ok ke tak.
Baca lagi