Ibu kandung toxic

Mak saya besarkan anak2 lelaki dia jadi pemalas. Tak berdisiplin. Dan ZERO common sense. Manakala anak perempuan dikerah buat semua benda, dituntut berkorban masa , tenaga , dan duit . Anak lelaki dia semua tinggal bangun , makan , tidur. Tak perlu buat apa2. Konon semua benda kerja org perempuan. Yg kami adik beradik perempuan ni dgn sibuk nak pegi keja, penat balik keja, sibuk urus suami dan anak, kena buat extra kerja lg masakkan dan hidangkan dan basuhkan pinggan mangkuk utk si pemalas. Ada masa sy tak larat masak dan buat itu ini , suami sy pulak jadi mangsa jadi babu. Pelik. Anak lelaki dia, boleh bagi banyak alasan tak boleh buat itu ini. Anak lelaki orang lain (menantu dia), dibuat babu pulak. Bila sy tegur anak2 lelaki kesayangan mak sy ni, mesti jadi gaduh. Mak sy tak pernah cuba terima apa sy cakap dan sentiasa back up anak2 lelaki dia biar pun terang lagi bersuluh anak lelaki dia ni semua serba tak boleh. Mak sy ni enabler kepada sikap pemalas dan tiada common sense anak2 lelaki dia. Bila nak sewa rumah nak tinggal asing, ayah pula merajuk. Dan menyindir. Ayah pun toxic. Sejenis yg semua duit kena bagi kat dia. Cth mcm, kalau nak bawa anak makan luar, dia akan cakap “banyak duit. Baik buat isi dapur duit tu”. Padahal dlm setahun berapa kali ja bawa anak makan kat mamak. Pastu kalau nak menyewa , sindir lagi “banyak duit. Duit tu drpd buat bayar sewa baik bagi mak ayah” . Padahal kita dlm sempit2 yg takda org nak tolong pun tetap hulur duit. Nak bunuh diri kdg tp mcmna. Demi anak terpaksa teruskan hidup hadap mak ayah mcmni. Selain dr tu, mak saya jenis suuuuukaaaaaaa berburuk sangka dgn semua orang dan banyak tabur fitnah. Kalau tegur , dia akan ckp kita anak derhaka . Pastu dia nangis dan buat kami rasa mcm kami ni akan masuk neraka sbb buat dia nangis. Semuanya sbb kami tegur sikap tuduh menuduh fitnah memfitnah dan berburuk sangka dia tu. Dan , mak sy suka adu domba antara kami adik beradik. Depan yg sulung , burukkan yg bongsu . Depan yg bongsu , burukkan si angah . Mcm tu . Nasib kami adik beradik dah pandai luah sesama sendiri skrg utk elak salah faham dan elak masam muka . Dan, kita tak boleh cakap kita penat ke takde duit ke. Habis buruk kita dikata dan disindir kalau ckp mcm tu. Sejenis tak paham orang. Nak difahami je tp tak letak diri sendiri kat tempat orang lain. Suami sy dah lain2 dah dgn sy. Mcm tak happy dah dgn sy. Kdg risau kalau satu hari nt suami guna ni semua sbgai alasan utk tinggalkan sy. Tolong la share kat sy kalau parents awak pun toxic so sy tak rasa sendirian sgt hadapi dunia ni sbgai anak yg malang. Geram aku!

24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Awak. Kisah hidup kita lebih kurang. Parents saya pon mcm parents awak. Tp toksik lebih kepada ayah. Mak tu tukang turut je. Da kawin lama kn, terikut la da xtau mne betul mana xbetul. Anak laki dy jd raja dekat rumah ni. Makan pakai semua org uruskan. Bila xde mknn org siapkan dy akan merungut maki hamun yg pompuan. Yg anak2 pompuan semua keluar bekerja. Anak laki tu pon kje tp utk hidup dy jela. Anak pompuan lain kje semua kne bg kt mak ayah n belanja rumah je. Saya sorang je yang da berkahwin n dduk rumah lain. Lega sikit. Masa baru2 kawin duduk sekali sampai penah bergaduh ayah dgn suami saya sbb ayah nk suami saya pon ikot telunjuk dia. Saya xtahan dah, nekad keluar rumag jugak. Nasihat saya, demi jaga hubungan awak suami isteri, better cari rumah lain. Kita da kawin ada kehidupan masing2, lantakkn je dorang nk terasa ke perli ke. Kalau saya xpedulik dah sbb da penat sgt. Dari kecik layankn kerenah toksik dorang. Adek2 saya yg belum kawin duit habis utk rumah je. Sian dorang. Bila xbg ayah akan perli2 cakap sesen pon tak hulur. Makan luar atau tapau mkn pon akan jeling2. Masak pon ikot tekak dia je. Selera anak2 dy tak pernah peduli pon suka ke tak. Yg penting tekak dy puas. Belum lg mintak belikn itu ini😌 Awak bukan sorang je tau. Saya rasa ramai lg yg ada parents toksik mcm kita. Kita kne kuat, sabar, n doakan yang baik2 je utk parents kita. Saya selalu nasihat adik2 “kita jaga syurga kita(mak), biar dia jaga syurga dia(ayah)”. Semoga dapatlah kita syurga nnti. Amin🤲🏻

Baca lagi