Kahak Bayi
Macam mommi2 bagi hilang kahak baby ye? Bby baru 2 bln 14hari..ada petua x
Petua yg saya pernah buat dan berkesan pada anak saya. Cincang bawang putih 1 labu,letakkan dalam besen sederhana. Letakkan besen berisi bawang putih tadi didalam bilik mandi lepas tu siram dgn air mendidih. Jgn banyak sangat,anggaran 1 gayung mcm tu la. Pastikan masa curah air panas dlm besen tadi pintu bilik mandi tertutup rapat sebab tak nak wap air keluar ikut lubang pintu. Biarkan dlm 5 minit mcm tu. Lepas tu bawa masuk baby dlm bilik mandi,tutup semula pintu. Biarkan baby terhidu wap bawang putih tersebut. Terlungkupkan baby menghadap besen tadi dan tepuk2 belakng baby perlahan. Jangan biar baby terlalu dekat dgn besen tadi,agak2 wap td bole masuk lubang hidung baby pun dah ok. Tepuk belakng baby dlm 10-15minit. Hingus dan kahak baby akan keluar sedikit semasa proses ni. Dah sampai 10-15 minit dah siap. Kalau rajin boleh ulang esok hari. Memang berkesan. Tapi kena tahan hati masa tepuk belakng baby sebab masa tu baby meraung rasa tak selesa. Tapi bila dah buat mcm tu baby tidur lena sebab kahak pun dah tak ada
Baca lagi