Masa saya bujang. Saya pernah duduk dgn Kakak n Abg ipar saya. Walaupun semua bekerja. Akk bnyk buat kerja rumah Sbb Dia office hour,saya kerja shift. Tapi saya da siap ckp awal2, barang2 saya Jgn sentuh. Saya akan settle sndri melainkan Kalau Dia masak akan makan skli. Bila da kahwin, adik ipar saya pulak menumpang saya. Apa yg saya buat. Bilik Dia Saya tak masuk. Bakul Baju Dia semua saya ltk Dlm Bilik Dia. Pandai la Dia basuh sndri. Saya tolong Bila free angkat n ltk je dr jemuran ke Katil Dia. Masak, Kalau suami ada Baru saya masak. Kalau x Mmg xkuasa Aku nak masak untuk orang lain. Melainkan Dia beli bahan2 mintak tlg masak n mkn skli. Kat sini boleh je awak ignore adik ipar tu. Biar Dia buat sndri. Asingkan baju2 basuhan. Walaupun saya ni Anak bongsu. Istilah menyuruh tu xda ikut turutan pun, kadang Saya pun tegur ipar2 yg lain suruh kemas rumah.
teringat kat pengasuh ank sy dulu. dia akan masukan kain dia dlm mesin lepas tu berhari2 xjemur2.. lps tu tak pernah sentuh periuk.. biarpun masak utk diri sendiri. tiap hari sy terpksa tapaukan dia makan 3 kli sehari, xpernah menyapu rumah n pling teruk. tak mau basuh berak ank sy.. tiap kli ank sy berak dia akan call sy.. sy terpksa balik skejap dri tmpt kerja utk bersihkan ank sy..syukur tmpt kerja n rumah sy dekat ja. sebln sy bertahan sebab tak ada pilihan. dpt ja pengasuh baru terus sy hntr pengasuh tu balik. sy hilang berat 5kg sebab stress dgn perangai dia😂
kalau sy, sy buat part sy je. contoh sy selalu masak & basuh baju mak ayah, anak2 & suami. then sy teruskan. baju org lain sy asingkan. letak bakul lain. tu cara halus la nk bgtahu yg dia kena buat part dia juga. kain nak lipat pun sama, ambil bahagian kita saja. yg org lain, biar situ. bila kita biasakan dari awal, tu yg dia ingat ada org buat utk dia. gitulah adat menumpang kan. lgpun baru habis belajar mesti muda lg, tak faham kehidupan lg😂 tu je cara nk ajar. ataupun panggil je cth "dik baju awk siap basuh dah ni nanti awk sidai k" & tinggalkan.
dia da biasa dimanjakan semua mak ayah buatkan..sebab tu terbiasa macam tu..macam adik saya jugak. tapi saya basuh baju saya n suami je..baju dia pepandai la urus sendiri.da besar panjang takkan tak reti2 lagi..sis tak payah la rajin2 sangat nk buat semua nanti dia makin terbiasa.org macam tu tak boleh biasa kita buatkan nanti semua dia harap kita buat..
awak buat part awak je. kalau dia tak buat kerja dia tu, lantakkan. dia tu memang dah biasa mak ayah buatkan kerja dia. kalau tambah awak yang buatkan kerja dia, lagi lah dia seronok. so awak buat tugas awak je. and yang mana awak nak ringankan tugas mak mertua awak, awak buat yang tu. cuma kalau part sidai baju dia, lipat baju dia, tu awak biarkan je
kluar dri rumah tu. bincang suami. cri rumah sewa lain
buat bahagian kita je..dia punya biarkan je
Ammerryl Terah