sedikit nak meluahkan...

Maaf sblm nya saya bukan tak bersyukur pantang dan di jaga mak sendiri..tp masa dlm pantang saya sedikit stress, stress pasal banyak sgt makanan yang saya tak boleh makan smpai minum air putih pun saya tak dibagi just minum air rempah rimpang yg direbus ja, air putih katanya boleh buat kembung ..sayur pun saya banyak pantang tak semua sayur saya boleh makan, dtg pula family lain cakap ini itu mak suka saja ikut 😭saya kena pakai bedak tepung beras yg dh campur rempah dan sapu kaki dan tangan setiap lepas mandi, setiap pakai bedak tu beserak habuk kat lantai dan tempat tidur, bedak tu untuk jaga supaya tak masuk angin..family saya sgt percaya mitos, mkn pun tak boleh yg panas takut bibir anak melepuh, hari ni saya berpuasa mak kata kalau puasa susu badan boleh jd basi ya Allah dari mna dtg nya basi 😭 kdg saya selalu bantah apa mak cakap pasal mitos2 tu semua tp mak marah saya 😭 anak saya pun dimandikan guna air biasa tepekik anak saya nangis😭katanya supaya anak cepat besar.. ini saya dah lepas pantang dan saya nak sayur tauge untuk juadah buka puasa nanti tp ada saudara lain cakap tak boleh.. jd saya lawan pasal apa tak boleh makan tauge adakah jangkit apa2 sama baby atau bagi sakit ?? depa hanya jawab sayur lama pantang nya.. saya tak faham la 😭😭

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

tegas sis. sy 2 minggu awal ya ikut pantang dulu2. lepas 2 minggu, jahit dah elok tak berapa ikut pantang dah. air langsung sy tak sukat selama pantang walau disuruh, sy tak boleh sukat sebab dah kena marah ngan doc waktu nak bersalin badan tak cukup air dia suruh banyak minum air lepas bersalin. 2 minggu awal sy minum air panas/suam/mineral . lepas 2 minggu , sy minum air sejuk bukan ais ya. yang macam air coway tu. ais sy pantang lagi. lagi pun walau tak pantang, ais memang tak elok untuk badan . Alhamdulillah okay setakat ni. pantang jangan stress sis, bertegas jugak kadang2. atau sis boleh mintak husband bagi makan/minum senyap2. sis je tahu badan sis. lepastu kalau sis pakai bedak sejuk/tepung banyak ,jangan dekat sangat dengan baby, takut pernafasan anak. sebab bila benda tu kering kan jadi cam habuk2, not good for lung. paru2 baby belom kuat lagi. follow dr imelda

Baca lagi
2y ago

kann , sama laa. dalam 2 minggu elok dah walau jahitan renggang masa tu sebab tak reti dok diam. betul, sayur kena makan & banyakkan makan buah. lagi2 oren.

Allahhh tu mmg mengarut sangat dah la. bgtahu lah suami. minta dia bagi awak makan apa awak nak. ikutkan kalau saya dulu mmg saya buat pekak telinga & makan je. bila diorg bising saya buat tak tahu. kadang ada hari saya balas la kata Dr Imelda pakar sakit puan kat fb tu kata boleh. kalau yg pakar dlm bidangnya kata boleh, mesti lah boleh. skrg dah moden takde kena ikut cara lama. kalau nak ikut cara lama tu handphone pun takyah guna sbb dulu manade fon fb tt semua tu. ikutlah peredaran zaman

Baca lagi
2y ago

ya mmg mengarut tp saya x mampu nak lawan 😢suami saya x blh buat apa.. lg dia bkn org melayu dia orang luar, dia pun terkejut tgk cara saya pantang then dia ckp mama dia x ada buat tu semua tp dah tua pun masih sehat

Banyak tak betul dari betul tu. Minum air untuk adanya susu dan elak sembelit. Saya pon pantang dgn mak. Begitulah saya jgk. Semua tak boleh. Sampai sembelit saya, baru la dibagi makan sayur. Skrg berpantang hari ke 36, bukan semua ckp org tua betul. Boleh mental kalau ikut huhu.

bidan saya ckp sayur hijau boleh mkn dlm pantang,toge tu angin ka sejuk tah memang xbrani gk mkn,kobis,ais memang xminum..minum air yg panas2 ja sampai sekrg dkt 2bln dh ada yg pantg ais sampai setahun awk

Saya seminggu yang pertama tu je brpantang. Itupun takdelah pantang yg strict tu.Lepas dari tu semua benda boleh makan. Stokin pun tak pakai. Alhamdulillah sekarang minggu ke 5. Saya dah sihat dah.

Air putih tu sepatutnya penting.. Pulak x boleh.. Naiya la gitu.. Ianya juga utk penghasiln air susu badan.. Perit la tekak kalau air putih pun langsung x boleh minum.. Semoga dipermudahkan sis..