Aku ibu panas baran

Maaf kalau coretan ini mengguris hati sesiapa. Anak aku dah 5 bulan. Aku rasa stress sangat jaga dia. Aku jadi rasa nak marah, nak melenting. Kadang2 rasa nak pukul dia bagi dia diam. Asyik menangis. Tak boleh dipujuk. Susu taknak, tido taknak. Aku rimas. Aku rasa mcm nak cederakan diri aku sendiri sbb aku tak layak jadi mak budak ni. Aku benci kalau dia minum susu aku sbb aku taknak dia ikut perangai aku yg mcm setan ni. Aku rasa terperangkap duduk sorang2 dekat rumah jaga anak. Aku x boleh nak pergi mana2, buat apa yg aku suka mcm dulu2. Aku berhenti keje sebab suami suruh jaga anak. Suami kerja waktu tak menentu. Kadang lewat malam baru balik. Aku x tau nak buat apa bg fikiran aku ni kekal waras dan tak jd pemarah. Aku tahu anak tu amanah. Aku sayang anak aku. Tp aku penat buat benda sama, nak hadap dia setiap masa. Aku ni memang mak tak guna kan? Kesian anak aku dapat mak tak guna macam ni

38 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Puan seorang yg berguna. Takkan lah Tuhan jadikan puan sia-sia, kan. 1st, puan kena akui puan penat. Jika buntu dgn segala mcm cara puan atasi penat, puan carilah kaunselor utk rawat diri puan yg penat mental fizikal. Puan masih sayangi diri dan anak cuma belum tahu cara paling sesuai utk puan bertenang menghadapi kehidupan sbg isteri dan ibu.

Baca lagi

Berdamailah dengan takdir. Memang fitrah baby untuk menangis. Minta pertolongan dari clinic berdekatan ya kalau ibu rasa mental health ibu bukan dalam keadaan yang stabil. In sha Allah mereka membantu. Kuat kan diri. Ibu sorang yang kuat.

sabar la..byk kan istifar bila nak mare..sye pun mcm tu ..mengamuk nak mare semua..sebab buat semua sendiri..amek masa n bawa berbincang dgn suami ..ape yg awk rase..insyallah dia akan fham..mungkin boleh suruh sesiapa jaga buat sementara emosi tak tentu..sebab sye pernah rase awk rase..buka zikir selalu ,ingat pada nya..

Baca lagi

saya pun rase bende yg sama sis, semua ibu melalui frasa begini. yg pertama adalah sis kene cuba maafkan diri sendiri dulu. kita rase kite stress, x enjoy. ingat..anak tu, dia ade kite je, kite ni dunia dia. kalau kita bosan n benak duduk rumah jaga dia, cuba fikir, dia lg sedih klo kite xde..kuat yee sis

Baca lagi

🥺🥺🥺sama cam q lah mom, q jaga anak kembar umur 3 tahun dan anak umur 3 bulan hari2 marah anak kembar tu, now anak kembar sy masa traning pee in the toilet sometimes dia poo di mana2, pasal sy tak. jaga sy kasih baby sy minum susu, sometimes sy menangis sendiri banyak letih hidup cam ni...

smga Allah kuatkan sis. sy blm melalui fasa ini dah hrpnya dpt lalui dgn hti lapang dan tenang. stiap hr sy blaja bersyukur. anak ini yg ttc 3 thn ni yg bwa tuah utk kami.bakal bergelar ibu dan ayah... sy hrp puan kuat...smga ada jalan utk ubati depression tu

TapFluencer

Cuba ambil masa me time n muhasabah diri.. Cuba baca pengalaman org lain nak anak lebih 10 tahun baru berhasil.. Doa nagis minta Allah bagi kemudahan n jalan keluar dari segala kesulitan.. Klau minta sabar memang Allah uji la utk bagi sabar tu..

TapFluencer

try happy kan diri bermain dgn baby. emosi ank sbenarnya dr kita ibu. kalu kita stress sedih dia pun akan rasa benda y sama. amankn dgn keadaan rmh. jgn pikir tu nk kemas ni nk basuh ni. larat buat, xlarat rehat dgn ank. ank tido kita tido.

Klu berterusan better refer pakar psikatrik takut puan kategori post parturm sign-gangguan emosi selepas bersalin. Maaf bg suggest camni.. utk kebaikan baby dan puan.

Puan bg lah org lain jaga sementara. Puan perlukan rehat Dan me time. bila betul2 ada kekuatann baru jaga semula. tkpun anta kt asuhan sementara .