Selepas berkahwin, anda terus pindah rumah atau duduk bersama keluarga?
1036 respon

lepas kawen saya duduk dgn mak saya selama 2 bulan. sbb masa tu tengah tunggu surat resign saya di terima. suamk ddk dgn mak dia,sbb dia pun kerja kn. kami tak kerja sama tempat. masuk bulan ke 3,kami masuk rumah sewa kami. kami pilih untuk hidup berdikari sendiri. lagipun mak sy awal² dah cakap,lepas kawen pindah rumah. mak tak nak anak² yg dah kawen duduk dgn mak. pandai² nak hidup laki bini katanya 😂. lagipun mak saya cakap,duduk campur ni takut tak bebas. walau menantu lelaki,dia pun nak kebebasan juga dlm rumah. tapi berbeza dgn mak mertua saya,anak dah kawen kalau boleh dia tak bagi pindah. semua nak kumpul 1 rumah 💆🏻♀️. mujur suami saya tak ikut mcm tu. dia faham saya kena jaga aurat saya kalau kami duduk dgn family. lagipun kami pindah tak jauh,20 minit je nak balik ke rumah saya atau pun mertua.
Baca lagi



Queen of 2 energetic magician