Plasenta privia (Uri dibawah) type 2 26w anak ketiga.
Lepas bersama keluar darah ketul2 macam hati ayam. Lepas tu saya terus pergi PAC.. 1 lagi tak lewat malam masa tu KUL 1pagi. Dr tahan wad 3 hari untuk pantauan jika ada turun darah lagi ke tak. Alhamdulillah sampai je hospital duk 3 hari tu tak turun darah langsung syukur sangat. Pastu Dr bagi balik rumah. Syarat dan pantang larang nya: 1. Tidak boleh bersama langsung dengan suami sampai bersalin. 2. Tak boleh jalan banyak. 3. Tak boleh angkat barang berat. 4. Tak boleh jatuh atau ada tekanan pada badan lebih lagi bahagian perut. 5. Tak boleh berurut. Saya bersyukur boleh balik rumah.. siap minta adik dtg rumah lagi untuk tinggal bersama tolong2 saya buat kerja rumah sampai bersalin.. sebab saya tak boleh buat mana dah. Cuma saya jadi terlebih takut dan risau.. mungkin sebab tak pernah berlaku lagi dan if bleeding Dr kata.. memang kita akan czer walaupun baby belum matang lagi. Saya jadi takut.. jadi banyak berfikir kadang sampai terbawa-bawa mimpi punya la takut. Sahabat2 ada pengalaman tak? Atau nak share tip dengan saya boleh komen ya.. Atau yg ada ayat untuk tenangkan fikiran saya sikit ni hihihi..takut 🤧❤️#pleasehelp