depression

lepas abis fasa berpantang, sy sedar sy alami depression yg smpai skrg masih trbawak2 emosi tu. mungkin sbb dpt husband yg x supportive, suka maki dan hina sy even sy dh bertarung nyawa lahirkan zuriat dia. skrg, sy rsa betul2 tawar hati dgn suami, slalu fikirkan psal pnceraian. tapi bila fikir psal ank, sy takot msa dpn ank trganggu. even sy bgi full breastfeed dkat ank pun jadi isu tuk berkelahi dan dia slalu pertikai x abis2 pump3 sbb sy dh start kja. spatutnya dia happy sy dh jimatkan duit dia hampir 5 bln ni. sy buntu, sy xbole idop dgn husband yg sy sntiasa rsa tawar hati dgn nya. tolong sy. tq #firstbaby

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sabar mommy..awak kuat..kuat demi anak..cuba ajak suami berbincang..lelaki ni selalu ego mmg kelangit..selagi tak kena benda yang tak bagi hidayah atau pengajaran dekat dia memang dia susah nak sedar..maaf bertanya, sepanjang masa ke sis bertekak? Kalau ada masa yg tengah baik, masa tu adalah yang paling sesuai nak bincang..luahkan rasa hati..bila sis rasa tawar hati, istighfar byk2. Cuba kenang balik segala kenangan manis sis dgn suami. Ttg penyusuan bayi tu cuba sis explainkan dkt dia ttg pencerahan kebaikan susu ibu utk anak2..sy juga pernah lalui situasi spt sis. Suami panas baran, cemburu dgn anak sendiri bila sy tgh menyusu. 3 tahun perkahwinan sy depress. Sy pernah larikan diri dri rumah dgn anak sbb tak tahan dgn suami. Sungguh sy byk makan hati. Tapi lepas ada peristiwa yang bagi pengajaran besar dkt dia, memang dia berubah terus. Skrg anak dah dua. Bkn sentiasa kami bergaduh jd bila waktu tak gaduh tu la kami cuba berbincang & masing2 meluahkan. Skrg suami sy masih lagi bermulut lancang tp sy just pekakkan telinga je & duduk dgn anak2. Nanti dia sejuk sendiri..sbb kalau sy dgr & simpan nnt sy sakit hati. Sy pernah fikir utk berpisah tp bila kenang balik segala kenangan kami & kebaikan suami yg bantu sy uruskan rumah walaupun perangai & mulut dia macam ape jeeeee. Sy tetap kuatkan hati & mental sy..terima suami seadanya mcm mana dia terima segala kekurangan sy. Sy tau & sedar adakalanya kesilapan tu dtg dr diri sy yg blh buatkan suami marah. Sbb dari awal sy kenal suami mmg jenis cakap lepas & panas baran. Jd sy fikir kenapa nak berpisah skrg skdangkan dari dulu dia mcm tu. Byk kan berzikir & istighfar..berdoa & mohon pada Allah. Semoga urusan sis dipermudahkan.

Baca lagi

takda istilah pertahankan rumah tangga sbb anak, rumah tangga dah takda " Seri " Dah takde " manisnya " Buat pe bertahan, awak yg terasa pahit nya. Cerai pun anak tu ttp anak dia, Dia ttp ayh kpd anak awk. Jgn gunakan istilah anak sis. Bahagia Lah dgn Cara awak & Rumah tangga yg bertolak ansur, Suami yg menghargai & menghormati maruah isteri. Bkn dgn memendam Rasa, Dengan anak pun nak merungut gara2 pump susu. Ayah jenis apa ya? Awak bayangkan lah kalau 1hari nanti anak awak taksihat awk kene jaga anak 24jam. Maaf cakap, Suami awk sgt sgt suami yg tk suportive. takda sifat Ayah yg sebenarnya pun. Cuma Nk pesan 1 je , BEST WOMEN WIN. tapi awk fikirlah camne nk jd best women. 😚

Baca lagi

Sis call/pergi Jabatan Agama Islam. Minta sesi kaunseling rumahtangga. Kemungkinan besar dia akan panggil suami sis sekali untuk dikaunseling. Biasanya mcmtu dia panggil kedua-dua belah pihak. Biasa dia akan pujuk supaya tak bercerai tapi kalau kes suami pukul/ugut bunuh dsbgainya dikecualikan drp pujuk utk terus bersama. Kalau dah berdua tak boleh nak berbincang elok-elok baik minta tolong orang ketiga iaitu pihak Jabatan Agama Islam. Sis yg dpt tentukan masa dpn bersama anak. Samada utk bersama atau tidak. Tak semua orang mudah berubah. Ada yg perlukan masa. Ada yg perlu terjadi sesuatu dlm hidup. Ada yg tak berubah langsung. Sis sahaja yg lebih mengetahui suami sis mcm mana.

Baca lagi

maaf sis saya datang dari post sis yg terbaru. ni post 2y back kan. ya rabbi sis kalau suami jenis gini kedekut pulak tu semua sis kena urus kena tanggung sis pikir la baik. sy ni ibu tunggal ank 3. sy lepas dpt ank nom 3 sy nekad mintak cerai sbb sy pikir kalau aku tak cerai now ank aku makin bertambah and aku je kena handle tanpa peranan seorang suami. better aku blah focus dekat 3 ank2 yg dah ada. and yes after divorce rezeki sy dan anak2 melimpah. anak2 tak pernah menyusahkan saya mcm mana si ex sy buat. lagi senang hdp dgn budak kecik dari hidup dgn suami yg dewasa tapi otak tade

Baca lagi
TapFluencer

Hi Puan. Kasihan dengan puan alami depression seperti itu. Mungkin puan boleh cuba luahkan apa yang puan rasa tapi cuba cakap dengan baik dan bagitahu suami tidak perlu nak maki hamun. Kasihan kat anak juga bila emosi ibu terganggu anak juga akan terganggu. Mungkin ibu yang lain pernah alami suami berperangai begini boleh bantu ibu ini? Dalam perjalanan penyusuan dan selepas bersalin sangat memerlukan sokongan. Moga puan terus kuat dan jika puan beragama islam puan boleh berdoa merintih moga Allah permudahkan perjalanan hidup puan. Saya doakn yang baik-baik juga ya puan 💕

Baca lagi

hai. memang kna fkir msa depan anak. tp tkut nnti ank tpngaruh dgn prgai bpak. so fikirkan la

suami jenis xpaham bahasa ni kene dpt kaunseling