depression

lepas abis fasa berpantang, sy sedar sy alami depression yg smpai skrg masih trbawak2 emosi tu. mungkin sbb dpt husband yg x supportive, suka maki dan hina sy even sy dh bertarung nyawa lahirkan zuriat dia. skrg, sy rsa betul2 tawar hati dgn suami, slalu fikirkan psal pnceraian. tapi bila fikir psal ank, sy takot msa dpn ank trganggu. even sy bgi full breastfeed dkat ank pun jadi isu tuk berkelahi dan dia slalu pertikai x abis2 pump3 sbb sy dh start kja. spatutnya dia happy sy dh jimatkan duit dia hampir 5 bln ni. sy buntu, sy xbole idop dgn husband yg sy sntiasa rsa tawar hati dgn nya. tolong sy. tq #firstbaby

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sis call/pergi Jabatan Agama Islam. Minta sesi kaunseling rumahtangga. Kemungkinan besar dia akan panggil suami sis sekali untuk dikaunseling. Biasanya mcmtu dia panggil kedua-dua belah pihak. Biasa dia akan pujuk supaya tak bercerai tapi kalau kes suami pukul/ugut bunuh dsbgainya dikecualikan drp pujuk utk terus bersama. Kalau dah berdua tak boleh nak berbincang elok-elok baik minta tolong orang ketiga iaitu pihak Jabatan Agama Islam. Sis yg dpt tentukan masa dpn bersama anak. Samada utk bersama atau tidak. Tak semua orang mudah berubah. Ada yg perlukan masa. Ada yg perlu terjadi sesuatu dlm hidup. Ada yg tak berubah langsung. Sis sahaja yg lebih mengetahui suami sis mcm mana.

Baca lagi