3 Balas

TapFluencer

sy tak diet pun sepanjang pregnant ni. rezeki sy berat tak naik banyak, 1st-2nd trim berat menurun sbb alahan & nak hujung trim 2 baru naik sikit. now 32w berat sgt2 ok & berat baby pun ikut usia. tips sy, sy makan sikit tp kerap. nasi mmg sy makan sekali sahaja sehari. kalau malas makan nasi sy beli bihun sup/laksa. yg penting makan berat. lain2 sy sarapan mcm biasa, roti/kuih. air manis mmg sy jarang ambil sbb ada gdm. & sy banyakkan buah tinggi zat besi. mcm hari nk cek hb tu, sy wajib makan buah jambu batu separuh biji sebelum pergi klinik. Alhamdulillah hb tak pernah bawah 13. & sy tak pernah skip ubat2/vitamin yg kk bg. semua sy makan ikut waktu. sis boleh cari makanan yg tinggi zat besi, sayur bayam/daging/kerang/buah jambu/delima/buah naga. makan kerap selang 2-3 hari & lebih kerap bila nak checkup hb tu. tidur pun kena cukup tau. & bykkan minum air putih. Insha’Allah membantu.

salah satu punca hb sbb diet yg krg zat besi. so bagi sye xperlu la nk diet time mengandung nii. mkn je mcm biasa. krg kn makanan manis. makan sikit tapi kerap. kesian bby x ckup zat. nnti bby pembesaran baby x ikut minggu. mcm sil sye diet punya diet, bby kecik 2w, berat xnaik2 even dh msuk 36w. dh on dexa 5dose, harini induce. jantung bby pon dh x cantikk. doctor ckp kesan dri die diet tu la. bby x cukup khasiat and zat. u boleh mkn cm biasa. tapi sikit2 la. mkn roti wholemeal. oat. kurma. susu. nasi. lebih kn mkn protein. sayur.

Sy pun selalu low hb, paras2 10+ mcm tu. Dari yg sy baca, zat besi ni kadang susah nak serap. Kalau dah low tu memang kena make sure sehari ada 2 3 kali makan makanan yg tinggi zat besi, contohnya daging, kerang, organ dalaman, jambu batu, bayam dll. Pastu cuba makan sekali dgn vitamin c (supplemen, buah/jus oren) utk promote absorption zat besi tu. & jarakkan dgn apa2 yg ada caffeine/ high calcium mcm teh, susu, cheese sbb mmg effect absorption.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan