Saya ada GDM.. Apa perlu saya makan ye. Perut selalu lapar. Tapi risau😫

Lapar masa gdm

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

try makan buah epal hijau dan jambu batu,kosong ya,tanpa cicah. pengalaman sy kali ni pertama kali pregnant ada gdm. bulan pertama seksa nak tahan makan. tp kuatkan hati fikir baby dan bsp. takut nanti bacaan bsp naik kena bersalin awal dr due date. pagi² boleh sarapan ringkas,mee goreng @ nasi sesenduk dan air 0. boleh makan buah yg sy nyatakan td ½ biji. lepas tu boleh la buat kerja rumah. pukul 10 pg mcm tu kalau lapar boleh makan epal lg dan minum air 0. lunch makan nasi sesenduk,sayur hijau 2 senduk,ayam @ ikan seketul dan air 0. minum petang boleh makan epal @ jambu batu lg ½ biji dan air 0. telur rebus 2 biji juga boleh makan. dinner ulang lg mcm menu lunch. banyakkan air 0. sebulan pertama memang agak susah,masuk bulan ke 2 mesti ok. sy amalkan diet mcm tu,bacaan bsp cantik. ada sesetengah org ckp epal hijau tinggi gula,tp sy dah try makan ,bacaan sebelum makan dan selepas 2 jam makan,masih lg angka 4. jd epal hijau sesuai utk sy. kalau sis,sy tak tahu pula. dgn diet strict ni juga berat sy jd kurang dr sebelum pregnant

Baca lagi