Jangan anggap semua kuning bayi itu serupa.

Kuning atau jaundis pada bayi ada beberapa jenis. Bukan semua boleh rawat dgn petua-petua kebiasaan. Ada yang boleh menjadi petanda kepada penyakit yang mengancam nyawa. Yg selalu baby kena tu dikenali sebagai Physiologic Jaundice. Boleh hilang kalau kerap diberi susu, xda masalah dalaman pd bayi. Kalau sudah prolonged jaundice, itu yg kna siasat. Kepada ibu-ibu sekalian, sentiasa periksa warna najis dan air kencing baby. Sekiranya najis berwarna agak pucat dan air kencing warna kuning pekat atau warna teh, segera berjumpa dengan doktor anda. Jika bacaan fungsi hati LFT tinggi, kemungkinan ada masalah pada hati atau saluran hempedu. Saya sedang melalui fasa ini, alhamdulillah baby sy 2 bulan lebih tidak ada masalah saluran hempedu. Ini pun selepas pembedahan baru doktor dapat sahkan. Sekarang baby di diagnose neonatal hepatitis, masih mencari punca kenapa jaundis masih ada dan bacaan hati tidak normal. Review dgn doktor tiap sebulan. Semoga baby sy sembuh dr segala penyakit dan membesar dengan sihat sehingga tumbuh menjadi dewasa yang sihat, kuat dan berjaya dunia akhirat. Amin 🤲

Jangan anggap semua kuning bayi itu serupa.
2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Aamiin Moga bby sis cepat sihat🤲.Bby Saya pun sekarang da sebulan masih Kuning & doc declare prolog jaundise tapi buat masanie doc cuma ambik darah n Alhamdulillah result semua okay n da nampak tanda berkurangan.Sekarang usaha dengan kerap bagi bf,harap Kuning bby cepat hilang .Tolong doakan bby Saya ye..

Baca lagi
3y ago

Aamiin🤲. InShaAllah

amin