13 Balas

GBS. Ramai ibu hamil tanya saya tentang GBS. Ada ibu hamil yang panik tentang GBS. Ada ibu hamil yang tanya apakah GBS. Ada ibu hamil tanya saya kenapa ada pakar yang buat ujian saringan untuk GBS bagi ibu yang hamil tetapi kenapa ada pakar yang tak buat ujian saringan GBS ini? Mari saya beri anda semua penerangan. GBS ialah bakteria Group B Streptococcus atau juga dikenali sebagai Streptococcus agalactiae yang selalunya duduk di dalam Najis dan saluran dubur dan tidak memberi apa-apa kemudaratan. Dalam lebih kurang 1 dalam 4 (25%) ibu hamil, GBS boleh dijumpai di dalam vagina. Bakteria GBS dalam vagina wanita selalunya tidak memberi kemudaratan kepada wanita dan tiada simtom atau gejala. GBS bukan penyebab keguguran. GBS bukan penyebab kelahiran pramatang. GBS bukan penyebab air ketuban pecah. GBS juga tidak menyebabkan janin meninggal dunia dalam kandungan ibu selagi kantung dan air ketuban tidak pecah. Sebab inilah tiada keperluan ujian saringan untuk mengenalpasti ada GBS atau tidak pada awal kehamilan dan tiada keperluan merawat ibu hamil yang ada GBS dalam swab vagina dengan antibiotik pada awal kehamilan selagi labour belum bermula dan air ketuban belum pecah. Hanya semasa nak bersalin, 2 dalam 1000 bayi (0.2%) boleh mendapat jangkitan GBS semasa dilahirkan. Jadi kita sudah lihat, walaupun 25% ibu hamil ialah pembawa bakteria GBS, hanya 0.2% bayi mendapat jangkitan GBS. Tetapi jika bayi mendapat jangkitan GBS, bayi mesti dirawat dengan antibiotiks serta-merta, sebab KEMATIAN bayi disebabkan GBS ialah 10%, iaitu 10 dalam 100 bayi yang mendapat jangkitan GBS ini. Maknanya jika 2 dalam seribu bayi yang dilahirkan dapat jangkitan GBS, dan 10% bayi yang ada jangkitan GBS meninggal, maka kadar kematian bayi akibat GBS keseluruhannya ialah 2 dalam 100 ribu kelahiran bayi. Bakteria GBS ni, kadangkala ada, kadangkala hilang, kadangkala datang balik dalam vagina wanita. Jadi tak berguna memberi antibiotik semasa kehamilan untuk mencegah GBS, sebab selepas ia hilang, ia boleh datang balik semula sebelum bayi dilahirkan. Sebab inilah jika ibu hamil pembawa GBS, kita hanya perlu berikan rawatan antibiotik semasa proses labour atau selepas air ketuban sudah pecah, bukan sebelum labour selagi air ketuban tidak pecah. Sia-sia saja beri rawatan antibiotik semasa kehamilan sebelum labour bermula, sebab bila labour bermula kena bagi juga lagi rawatan antibiotik. Lagi satu masalah yang semua ibu hamil perlu tahu, ialah ujian saringan GBS melalui swab vagina ini bukannya ujian yang bagus untuk mengesahkan ada bakteria GBS atau tidak. Pada hakikatnya dalam 100 ibu hamil yang membawa GBS bakteria dalam vagina, swab test vagina itu hanya boleh mengesan 25 orang ibu. Test sensitivity hanya 25%. Ini bermakna 75% ibu hamil yang membawa GBS dalam vagina akan dapat keputusan yang false negative, iaitu, walaupun ada GBS bakteria di situ, swab test itu gagal mengesannya. Zaman dulu, kematian bayi jika mendapat jangkitan GBS ini sangat tinggi, tetapi sekarang, dengan sebab banyak kajian perubatan, kita sudah tahu siapakah ibu hamil yang berisiko tinggi mendapat bayi yang dijangkiti GBS, dan kami boleh mengurangkan risiko ini dengan rawatan antibiotik kepada ibu-ibu sebelum melahirkan bayi. Apakah risiko paling tinggi untuk bayi mendapat jangkitan GBS selepas dilahirkan? 1) Kelahiran pramatang (3 kali ganda) 2) Pecah air ketuban semasa pramatang, 3) Pecah air ketuban pada jangkamasa yang lama sebelum dilahirkan 4) ibu yang pernah melahirkan anak yang mendapat jangkitan GBS 5) Ibu yang dapat jangkitan GBS dalam air kencing (GBS urinary tract infection) 6) Ibu yang Demam semasa labour Jika dibandingkan 6 perkara di atas dengan Hanya terjumpa GBS dalam vaginal swab, risiko Bayi mendapat jangkitan GBS jika ibu hanya ada GBS dalam vaginal swab adalah jauh lebih kecil. Sebab inilah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dan NHS UK tidak membuat saranan GBS screening melalui vaginal swab untuk semua ibu hamil yang nak bersalin. Tetapi kita semua mesti peka tentang 6 fakta di atas dan beri antibiotics untuk ibu-ibu yang ada SALAH SATU dari 6 perkara di atas. Tetapi di USA Amerika Syarikat, garispanduan doktor-doktor di sana menyarankan semua doktor-doktor buat ujian saringan ini juga sebab penduduk yang berasal dari Africa ada lebih risiko membawa GBS dan bayi mereka lebih tinggi risiko mendapat jangkitan GBS. Jadi pakar O&G di Malaysia di Hospital swasta, jika mereka mengikut saranan KKM dan NHS UK, maka tiada ujian saringan semasa kehamilan untuk GBS. Sebaliknya jika pakar O&G di Malaysia di Hospital swasta mengikut saranan USA, maka mereka akan memberi cadangan membuat ujian saringan semasa kehamilan untuk GBS sebab kos ujian ini boleh ditanggung dan dibayar oleh pesakit. Dari ilmu pengetahuan kajian perubatan antarabangsa tentang kematian bayi yang disebabkan GBS, 1) Jika ibu ada preterm labour, iaitu labour bermula pramatang, saya akan beri ibu hamil IV antibiotic sehingga bersalin. Tidak kira ada GBS atau tidak dalam swab vagina. 2) Jika ibu pecah air ketuban semasa masih pramatang tetapi labour tidak bermula, saya akan beri ibu hamil pil antibiotic sekurang-kurangnya 10 hari. Kemudian jika labour bermula, saya tambah IV antibiotics semasa labour, sehingga bersalin. Tidak kira ada GBS atau tidak dalam swab vagina. 3) Jika ibu hamil sudah sampai kematangan 37 minggu ke atas, tetapi air ketuban pecah lebih dari 18 jam dan belum lagi bersalin, saya akan beri ibu hamil IV antibiotic sehingga bersalin. Tidak kira ada GBS atau tidak dalam swab vagina. 4) Jika ibu hamil ada jangkitan GBS di dalam air kencing, iaitu GBS Urinary Tract Infection (UTI), saya akan beri ibu pil antibiotic serta-merta selama 7 hari dan memastikan GBS UTI itu telah pulih semasa kehamilan. Sebabnya ialah sesiapa yang hamil yang ada UTI, jika tidak dirawat, ada risiko kelahiran pramatang disebabkan jangkitan yang sampai ke buah pinggang ( inilah pyelonephritis). Tidak kira apakah bakterianya yang bertanggungjawab, sama ada GBS atau bakteria yang lain, UTI mesti dirawat dengan serta merta. Ada Misi yang panggil ini kencing kotor. Untuk ilmu pengetahuan anda jika swab air kencing menunjukkan ada protin atau leukocyte atau nitrite di dalamnya, ramai Misi atau doktor muda akan kata kencing kotor. Pada hakikatnya, tiada kekotoran di dalam air kencing, hanya ada kehadiran protein atau leukocyte (Sel darah putih) atau nitrite. Untuk mengesahkan jika ada UTI, perlu buat ujian culture air kencing dulu baru boleh kata ada UTI. Ujian culture akan mengambil masa 2-3 hari untuk mendapat keputusan. Jika ibu hamil tiada gejala atau simtom, saya tak perlu beri antibiotik sehingga mendapat kepastian urine culture. Jika ibu hamil ada simtom atau gejala, saya akan beri pil antibiotic sambil menunggu keputusan urine culture. Sebenarnya ‘kencing kotor’ itu bukanlah istilah perubatan, sebab air kencing itu tiada kekotoran. Saya tak suka beritahu ibu hamil air kencing mereka kotor, sebab ini hanya membuat ibu risau dan bimbang, tiada manfaat langsung menggunakan Bahasa ini. Saya akan beri penerangan yang betul supaya ibu hamil tak risau. Kemudian, untuk ibu hamil yang ada pengesahan GBS UTI, yang sudah pulih dengan rawatan antibiotik, mereka juga saya akan berikan Rawatan IV antibiotic semasa labour, sehingga sudah bersalin, disebabkan ilmu pengetahuan risiko yang lebih tinggi kepada bayi yang baru lahir tanpa antibiotic semasa labour untuk ibu-ibu ini. Tidak kira ada GBS dalam swab vagina atau tidak. Maka tak perlu pun buat ujian saringan GBS dalam swab vagina sebab apa-apa pun keputusan swab itu tidak akan mempengaruhi saya nak beri antibiotik atau tidak. Semua ibu yang ada GBS UTI ialah pembawa GBS. Jika UTI dari punca bakteria lain semasa kehamilan, tak perlu antibiotik semasa labour, sebab ini hanya untuk GBS UTI. 5) Jika ibu pernah bersalin anak yang disahkan mendapat jangkitan GBS selepas bersalin, saya akan beri ibu hamil IV antibiotic semasa labour sehingga bersalin. Tidak kira ada GBS atau tidak dalam swab vagina untuk kehamilan kali ini. Maka tak perlu langsung buat ujian saringan GBS melalui vagina swab untuk semua kehamilan yang berikutan. 6) Jika ibu DEMAM semasa labour, saya akan beri ibu hamil IV antibiotic sehingga bersalin. Tidak kira ada GBS atau tidak dalam swab vagina. Alhamdulillah setakat ini semua ibu-ibu yang saya pernah rawat yang ada 6 perkara di atas, dimana ada risiko lebih tinggi untuk bayi pun boleh melahirkan secara normal dengan rawatan antibiotik semasa labour dan TIDAK PERLU pembedahan Caesarean section atas sebab ibu ialah pembawa GBS. Sekarang masih lagi ada kajian perubatan untuk mencari kaedah yang lebih baik untuk mengenalpasti ibu hamil yang membawa bakteria GBS dalam vagina dengan lebih tepat, sebab ujian saringan swab vagina (HVS) untuk GBS itu sangat tinggi keputusan yang false negative dan tidak memberi keputusan bagus sebagai ujian saringan. Sekarang penyelidik juga sedang mencari vaksin GBS untuk mencegah masalah ini. Semoga bermanfaat. Terimakasih kerana rajin membaca. Memang followers saya sangat awesome! Jangan lupa, tiada consultancy online di sini, jika anda ada masalah, sila berbincang dengan doktor anda masing-masing di klinik, bukan di media sosial. Tak payah tanya ibu-ibu lain apa nak buat, tanyalah doktor anda. TAK PAYAH BELI PRODUK OVERCLAIM MENGARUT NAAAAA!!!!! Saya juga sangat pantang orang yang kongsi ilmu pengetahuan yang saya sampaikan kepada anda kemudian cuba menggunakan posting saya untuk menjual produk overclaim. Memang jika saya tangkap orang-orang penipu macam ini, saya akan block terus supaya tak boleh memperdayakan orang ramai melalui posting saya. Anda hanya patut terima rawatan dan nasihat doktor, bukan penjual produk. Terimakasih. Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Obstetric & Gynaecology, Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine.

Tak jugak sis. Ikut situasi. Saya bersalin awal sebab baby kecik kat dalam. Kena paksa bersalin and saya ada gbs. Saya tunggu 5 hari baru bersalin, sempat laa cucuk antibiotik selama 4 hari. Antibiotik dah cover utk anak sekali. Kalau tak cukup 4 hari, nanti dorang akan tahan anak kat nicu utk cucuk antibiotik tu pada anak.

saya pun +ve gbs , dpt tahu masa 38w. takda ubat apa pun. Turun tanda 41w (darah) kena warded , doc cucuk antibiotik 6x , kena ckup 6x sebelum bersalin. bg saya cucuk jarum tak sakit, tapi bila nak cucuk mengalir antibiotik tu yang sakit pedih gila 🤭

tengok orang kot sis? sy pun gbs. tp kne emergency czer sbb first time discharge warna kuning hijau direct g hospital. gbs sy dpt detect by air kencing. bukan keputihan. sy masa tu 38 weeks 5 days rasa. kne czer sbb bacaan ctg tak cntik.

@noor shzw ,mcm sy sbb slalu checkup basic kk asyik sangkut kencing ktor.. tp keputihan smua takde. gatal ke apa smua takde..so end up ambil sample air kencing hntar lab.. next week nya result kluar detect gbs. mcm sis kalau kencing ok, better g buat swab test keputihan tu trus. mcm sy sbb takde tanda2. gatal ke apa,keputihan bewarna smua takde. cuma stiap checkup kencing je mesti sangkut. so sy kne check air kencing.

macam sy tak. doctor tmpt sy ckp xkena bersalin awal. kalau xde tanda je baru kena induce. sy bersalin masa 39w4d. tanda bersalin contraction kerap.

ha'a bersalin normal awak. baby 3.52kg. masa 39w1d baby sy pon mcm xaktif dn mengeras pada satu tmpt je. sy pergi klinik swasta check. doctor ckp belom masa lg. tp bila scan baby okay je. lepas 3 hari tu baru bersalin. doctor xsmpt on antibiotik pon dkt sy. sbb masa dlm labour room tu sy mmg dh nk bersalin sgt. baby kena pantau 48j. lepas tu boleh keluar dgn sy sekali☺️

saya gbs, 38 week air ketuban da keluar skit terus kne tahan ward n bersalin

tak semestinya..sy gbs + bersalin mcm biasa bila dh turun tanda. 39w 2d

37 tu pun dh boleh standby utk besalin tu. Moga baik2 aja sis.. aamin

Ikut situasi. Macam saya tak

antibiotic tu rse sejuk je mengalir msuk dlm bdn 🤭😂

GBS jika tiada mslh lain bersalin mcm biasa je

sye pun mcm nie..

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan