27week 2days.

Kelengkang belah kiri sakit sgt lagi2 bila nak jalan. Dah 3 hari termasuk hari ni sakit lagi. Ada yg pernah rasa? Apa solutionnya yee nak hilangkan rasa sakit ni? Cuma hari ni dah kurang sikit sakitnya dari semalam. Tapi normal ke? Lagi 1 nak tanya normal tak kalau kaki tak bengkak? Sy berat 52kg skrg. Sbb ramai yg sy kenal kaki bengkak masa mengandung. Maaf ni pengalaman pertama.

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya pernah sakit bahagian kelengkang kaki masa kandungan 23 weeks. saya rasa mungkin sebab saya tersalah duduk. seminggu juga sakit. saya buat inisiatif stretching duduk macam yoga dan tekan lutut ke lantai dalam seminit sampai rasa ada tekanan dekat bahagian celah kelengkang tu. Alhamdulillah esok tu makin kurang sakit and lama2 terus hilang. saya tak tahu cara saya betul ke tidak, tapi sakit tu memang hilang. mungkin awak boleh try

Baca lagi

saya 1st time pregnant jg,pernah sakit kat situ jg time 28w,,dlm 2 3 hari jg,bila tnya nurse sbb kepla baby ada kt bwh sbb tu sakit,lpas tu bila posisi baby dh pindah blik sakit tu hilang,kaki sy pn x bengkak just sakit bila berdiri lama2,duduk lama2 smbil kaki trgantung tu pn kaki akan cramp,saya bengkak kat jari2 tangan je tp x teruk sangat la

Baca lagi

Sy sakit celah kangkang lama jugak haritu sis tak igt berapa lama tp lama rasanya dr 26w skrg dah 29w. Pastu skrg dah okay tak sakit sgt cuma time nak angkat dr baring or duduk tu terasa jugak sakitnya. Sy assume tu normal 🥹 yg bengkak tu pun sy takde bengkak setakat ni lah

Tentang kaki bengkak tu saya pun tak rasa juga. Ada kawan saya kaki bengkak dan sakit kalau consume garam berlebihan cth makan junk foods. Ada juga kawan yang kaki bengkak tapi tak perasan pun kaki dia bengkak sebab tak sakit. Simptom tu vary kepada semua orang😁

VIP Member

Kaki bengkak tu depends jugak sbnrnya. Ada org bengkak lewat sikit. Kandungan dah 8 bulan lebih baru kaki bengkak. Ada org mmg x bengkak langsung. Ada org awal lg dh bengkak kakinya.

saya dari kandungan 26 weeks sampai skrg sakit . sakit dan ngilunya Tuhan ja tau 😌 yg pelik belah kiri ja . dah tanya nurse . nurse ckp biasalahhh tuuuuuuuu

normal sakit celah kangkang lagi sarat lagi sakit..sy pun tngh alami. elok la kaki x bngkak.klau bngkak time tido letak kaki ats bntal.

sy 25mgu 5hri,dh rsa sis skit celah kang2...normal sis...