NIVEA TAMPILKAN KEUNIKAN ROS HOKKAIDO YANG MEWAH DALAM DEODORAN WHITENING DEEP SERUM BARU!
Keindahan Ros Hokkaido, yang bermekar hanya setahun sekali, adalah tumpuan utama dalam Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose yang baru, menawarkan cara untuk pengguna menikmati wangian yang mewah ini setiap hari! Deodoran ini menggunakan formula inovatif dengan gabungan Vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido yang memulihara kulit bawah lengan, untuk memberikan pengguna 3x tindakan iaitu, ia memulih dari dalam, menjadikan kulit bawah lengan yang lebih cerah dan licin, serta mempunyai wangian Ros Hokkaido untuk keyakinan menyerlah sepanjang hari. Dalam kehidupan seharian sebagai seorang wanita yang sibuk dan aktif, formula eksklusif ini memulihara dan mencerahkan kulit, dan pada masa yang sama menawarkan haruman yang mewah lembut. Artis tempatan Farah Nabilah turut menyerikan majlis pelancaran Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose. “Saya amat menyukai Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose yang menyerlahkan keyakinan saya dengan aroma mewahnya. Ia amat mengujakan untuk meraikan kekuatan dalaman yang ada dalam setiap wanita; kita semua berhak untuk merasai sentuhan kemewahan dalam kehidupan, seperti dari sentuhan wangian Ros Hokkaido yang menawan dan boleh membantu kita mengharungi setiap hari dengan penuh keyakinan”, jelas Farah. Turut hadir menyerikan majlis pelancaran adalah penyanyi popular Joey Chua, pengguna dan peminat rangkaian terbaru Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum. "Selepas menggunakan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose, saya mendapati kulit bawah lengan saya kelihatan lebih licin dan berseri. Ini sangat penting bagi saya sebagai penghibur yang sentiasa berada di atas pentas, kerana menggunakan deodoran NIVEA memberikan saya keyakinan dan kesegaran setiap kali saya membuat persembahan atau berada di atas pentas. Tambahan pula, saya suka sangat wangiannya!" jelas Joey. Dari 31 Julai hingga 4 Ogos, orang ramai dialu-alukan untuk menikmati pengalaman bertemakan ros di concourse North Court, Mid Valley Megamall yang kini digubah menjadi Concourse Floral yang tersergam indah dengan taman ros mini. Acara di concourse ini mempamerkan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose dan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Sakura, selain produk-produk NIVEA lain yang berinspirasikan bunga ros. Ketahui lebih lanjut tentang bunga kegemaran dunia ini, dan gubah jambangan ros mini untuk setiap pembelian sebanyak RM40! Akhir sekali, tangkap Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose and Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Sakura kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utama di seluruh negara dalam roll-on 50ml dan botol semburan 150ml pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM12.50 dan RM17.50. Ikuti www.facebook.com/mynivea untuk informasi terkini atau untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA, sila layari https://www.nivea.com.my/.