SILA AMBIL PERHATIAN, IBU AYAH

Kami mendapati sejak akhir-akhir ini timbul kembali isu segelintir ibu ayah yang bersikap menghukum dan tidak sensitif terhadap pengguna lain. Ambil perhatian! Aplikasi theAsianparent ialah platform selamat dan komuniti kami dianjurkan tidak sesekali bersifat menghukum. Kami kecewa kejadian sebegini semakin kerap berulang walaupun sudah beberapa kali teguran dibuat. Ibu ayah, tolonglah bertimbang rasa terhadap komuniti lain. Ingat, kita sama-sama memanfaatkan platform ini untuk saranan, tips, dan perkongsian kehidupan. Setiap di antara kita sudah pastinya melalui jalan kehidupan yang berbeza. Cubalah bersikap terbuka dan jika perlu, tegur dengan berhemah kerana wanita dan ibu, insan yang sangat mudah terkesan. Kami akan terus memantau ruangan komuniti theAsianparent demi menjaga kesejahteraan bersama. Laporkan sebarang bentuk provokasi dan tindakan tidak wajar kepada kami. Kami memohon maaf jika kami tidak melakukan sebaiknya untuk melindungi anda. Terima kasih kepada komuniti ibu ayah yang sentiasa bersikap positif dan bertimbang rasa. Teruskan aktif dan bersama kita sebarkan 'positive mommy vibes' dalam menjalani kehidupan keibubapaan yang sarat ujian. Yang prihatin, Team theAsianparent

44 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua. Minta kerjasama semua, berkenaan isu ini juga : 1) menggunakan bahasa kesat/kurang sesuai dalam post/reply post. Menganggu emosi pembaca lain. Mungkin ada dialek sesetengah negeri yang bunyi nya kasar (acceptable) tapi ada yang terang terangan memaki menggunakan foul words (kecam) dan menggunakan perkataan lucah (mungkin lelaki, bertujuan memancing ibu2 utk komen dalam post demi kepuasan). 2) menggunakan platform TAP untuk tujuan membuka cerita peribadi/rumahtangga. Baik membuka aib mahupun menunjuk2. Ada antara kita yang sebegitu perangainya. Sedangkan kebanyakan pengguna di sini sebenarnya lebih suka bertanya/menjawab perihal KEIBUBAPAAN sahaja. 3) post yang berulang. Kita ada butang "carian" tp kadang2 ada yang gemar bertanya soalan remeh temeh yang berulang menyebabkan lambakkan soalan sama. Saya sendiri pernah jugak terasa annoying bila scroll feed dan baca soalan yang sama. 4) attachment gambar tanpa "NSFW". Ramai yang kurang peka dengan sensitiviti gambar. Ada gambar yang tidak menutup aurat(bg muslim), ada gambar baby bump (sensitive issue - preggofilia), ada gambar darah/najis/muntah/kandungan keguguran --- yang memerlukan kita utk jadi lebih sensitive terhadap pengguna lain. Setakat itu sahaja pandangan dr saya. Minta maaf andai ada yang tersinggung/terganggu. Wassalam.

Baca lagi
VIP Member

Thank you, Admin ❤️

InsyaAllah... 🥰👍

Terima kasih Admin!

Betul tu

Betul tu 👍👍

Boleh👍👍👍

👍👍👍

🥰👍🏻

Ye betul ❤