Puasa 1st trimester

Kalau puasa masa 3 week++ ni boleh ke ye?#ingintahu #firstbaby

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

awak boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. lebih baik awak dapatkan advise doctor yg selalu checkup awak. setiap mommy condition dia tak sama. Berpuasa semasa hamil. Ada sebabnya kenapa Allah memberi keringanan kepada ibu yang hamil ataupun ibu menyusu dari berpuasa, dan Allah juga tidak mengharamkan jika hendak berpuasa. Ini terpulang kepada kesihatan ibu dan anak masing-masing, tetapi saya galakkan ibu hamil yang hendak berpuasa bertanya dahulu kepada pegawai/pakar perubatan sebelum berpuasa. ---------------------------------------------- Apakah perubahan physiology badan wanita apabila hamil? 1) Pertama sekali, pengaliran darah daripada jantung ibu kepada rahim dan uri akan meningkat 10 kali ganda untuk membekalkan oxygen dan khasiat kepada janin. Bermula dari hanya 80ml setiap minit sebelum hamil ke 600-800ml setiap minit bila sampai ke akhir peringkat kehamilan. Pada masa ini, sebanyak 20% darah yang dipamkan keluar daripada jantung ibu akan sampai ke rahim ibu, dibandingkan dengan hanya 2% sebelum hamil. Ini menunjukkan betapa kuat badan ibu berkerja bila hamil. 2) Untuk membenarkan darah sampai ke rahim dan uri tanpa sebarang halangan, tekanan darah ibu menjadi lebih rendah semasa hamil. Inilah normal untuk kehamilan bahawa tekanan darah ibu akan turun pada 20 minggu pertama kehamilan. Tekanan darah yang rendah ini boleh menyebabkan setengah ibu hamil merasa nak pitam-pitam sedikit bila tiba-tiba berdiri atau bila berdiri dengan lama. Selain dari itu, jumlah darah ibu perlu meningkat lebih dari 1.5 Litre semasa hamil untuk menyampaikan cukup pengaliran darah ke rahim ibu yang membesar dengan cepat. 3) Jantung ibu hamil berkerja dengan lebih kuat lagi dari wanita yang tidak hamil, walaupun semasa rehat, dan ini menyebabkan kadar degupan jantung yang lebih tinggi (increased heart rate) daripada wanita yang tidak hamil. Kadar degupan jantung naik sebanyak 10-25%, dan darah yang dipam keluar daripada jantung (cardiac output) naik sebanyak 50% jika dibandingkan dengan sebelum hamil. Kadar degupan jantung akan naik lebih tinggi lagi jika badan ibu kegersangan akibat kurang meminum air. Secara tidak langsung kadar degupan jantung janin juga akan naik lebih tinggi lagi jika kadar ibu juga tinggi. 4) Untuk mengelakkan pendarahan yang berlebihan selepas uri lekang daripada dinding rahim selepas bersalin, darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bila dibandingkan dengan sebelum hamil. Hormon kehamilan ibu semasa hamil merangsabkan hati (liver) membuat lebih protin yang memekatkan darah, dan inilah caranya Allah melindungi ibu bersalin dari pertumpahan darah yang teruk dan berlebihan semasa dan selepas bersalin. Tetapi, kepekatan darah yang lebih tinggi semasa hamil ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE) sebanyak 6 kali ganda. VTE berlaku kepada 1-2 per 1000 ibu hamil dan boleh membahayakan nyawa ibu. Risiko ini bertambah tinggi lagi jika badan mengalami kegersangan akibat tidak minum atau muntah-muntah yang berterusan, jika pernah mendapat masalah VTE, jika mempunyai berat badan yang berlebihan, jika manaiki kapalterbang perjalanan jauh selama lebih daripada 4 jam, jika usia lebih daripada 35 tahun, jika demam disebabkan jangkitan kuman yang memerlukan antibiotik, dan selepas baru bersalin 42 hari. 5) Darah ibu sentiasa membekalkan gula glukos kepada janin, dan bila berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah daripada kandungan gula wanita berpuasa yang tidak hamil. Ibu yang hamil lebih cepat letih, dan bila kandungan gula menjadi sangat rendah akan lebih cenderung merasa loya dan muntah-muntah, terutama sekali pada peringkat awal kehamilan. 6) Apabila rahim semakin membesar, terdapat tekanan dari bawah yang menolak perut ibu ke atas. Tekanan ini menyebabkan ibu hamil tidak boleh makan banyak-banyak. Ramai yang mendapat kepedihan ulu hati (heartburn) terutama selepas makan, dan muntah kembali. Ibu yang mengalami masalah ini hanya boleh makan sedikit-sedikit tetapi hendaklah makan dengan lebih kerap untuk mendapat kalori yang cukup. 7) Untuk membekalkan khasiat kepada janin, hormon progesterone yang dikeluarkan daripada uri akan memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus (reduced motility), supaya lebih banyak khasiat dan air boleh diserap dari usus ke dalam darah ibu, sebelum yang baki itu keluar sebagai najis. Bila dibandingkan dengan wanita yang tidak hamil, pergerakan di dalam usus mengambil masa yang lebih lama, dan itulah yang menyebabkan najis yang lebih keras dan masalah sembelit yang lebih kerap dihadapi oleh ibu yang hamil. Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya. Disebabkan 7 perkara di atas, saya selalu menggalakkan ibu yang hamil supaya minum secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (terutamanya jika masalah sembelit atau ada risiko VTE seperti di atas), kurangkan pemakanan setiap kali makan tetapi memakan dengan lebih kerap, dan jangan makan sebelum tidur untuk mengelakkan heartburn. ----------------------------------------------- Tidak ada banyak kajian perubatan yang menilai kesihatan ibu hamil dan janin selepas sebulan berpuasa dengan lengkap. Kebanyakan ibu yang hamil tidak berpuasa. Ada kajian dari luar negara (USA dan UK) yang hanya menggunakan maklumat banci negara. Ia menunjukkan jika Ibu hamil itu seorang Islam, hamil ketika bulan puasa, ia mendapati anak yang dilahirkan adalah lebih kecil dan mempunyai lebih masalah persekolahan apabila besar. Kajian ini bukanlah yang berpiawai tinggi sebab ia hanya mengira bilakah anak yang Islam itu dilahirkan dan membuat andaian yang semua ibu hamil yang Islam itu berpuasa. Sedangkan ibu Islam di negara barat, kebanyakannya berasal dari Pakistan dan Bangladesh, dan anak mereka memanglah selalunya lebih kecil lagi jika dibandingkan dengan orang Puteh, kerana sifat keturunan mereka. Lagipun, ramai anak mereka tidak fasih berbahasa Inggeris di sekolah dan akan ada lebih masalah persekolahan dan masalah pencapaian akademik di peringkat permulaan. Kajian yang berat sebelah macam ini boleh kita abaikan keputusannya. Tidak ada kajian yang berpiawai tinggi. Tidak ada randomized controlled trial. Kajian yang berkualiti sederhana pula menunjukkan tidak ada kesan negative terhadap kesihatan bila ibu hamil berpuasa bila dinilai saiz anak ketika lahir. Tetapi bila dikaji saiz uri ibu yang berpuasa, ia lebih kecil dari yang sepatutnya bila dibandingkan dengan uri ibu yang tidak berpuasa. Jika ibu hamil berpuasa pada musim panas di negara barat, yang waktu siang lebih panjang dan masa puasa yang lebih lama, kita mula melihat bukti yang pembesaran janin terganggu. Ada juga dua kajian yang menunjukkan ada kesan terhadap pembesaran janin jika ibu berpuasa pada tiga bulan pertama kehamilan. ------------------------------------------------ Justeru itu, Dari segi kesihatan, walaupun tidak digalakkan, ibu hamil yang sihat dengan janin yang sihat selepas tiga bulan pertama (selepas first trimester) boleh berpuasa jika hendak berpuasa. Jika berasa lemah, atau loya, hendaklah berbuka puasa. Jika pergerakan janin berkurangan (selepas 28 minggu kehamilan), hendaklah berbuka puasa dan jika pergerakan janin masih juga berkurangan selepas berbuka puasa, ibu dinasihatkan ke hospital untuk penilaian CTG dan ultrasound untuk menilai kesihatan dan pembesaran janin. Ibu hamil yang tidak sepatutnya berpuasa: 1) Tiga bulan pertama kehamilan (first trimester) terutama sekali jika loya, tak boleh makan, tak boleh minum secukupnya atau muntah-muntah. 2) Ada risiko VTE yang sederhana atau tinggi, terutama sekali ibu yang perlukan suntikan ubat untuk mencairkan darah. 3) Ibu yang demam, tidak sihat dan perlukan rawatan antibiotik. 4) Ibu yang mempunyai risiko tinggi pre-eclampsia, atau penyakit autoimmune, atau penyakit jantung. 5) Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik (type 1 diabetes, type 2 diabetes, atau GDM yang memerlukan rawatan insulin) 6) Ibu yang janinnya dikenalpasti mempunyai masalah pembesaran 7) Ibu menyusu (ataupun tidak menyusu) di dalam masa berpantang. Kadangkala darah nifas hanya dua minggu, tetapi kepekatan darah adalah masih tinggi pada 6 minggu selepas bersalin. 8)Berpuasa pada musim panas dengan waktu siang yang lebih panjang di negara barat. Sila lihat gambar terakhir. Ini menunjukkan perbandingan kandungan gula dalam darah bagi mereka yang berpuasa dan tidak berpuasa dan mereka yang mempunyai penyakit kencing manis. Paras gula yang naik turun tak terkawal ini untuk sebulan jika hamil boleh menjejaskan kesihatan janin, meningkatkan risiko pre-eclampsia, kelahiran pramatang dan pembedahan Caesar. Bagi ibu yang mempunyai GDM (penyakit kencing manis semasa hamil sahaja) yang boleh dikawal melalui penjagaan pemakanan dan bersenam, tanpa memerlukan rawatan metformin atau insulin, boleh berpuasa jika boleh terus mengawal bacaan gula di dalam darah pada bulan puasa. Masalahnya bukanlah bacaan gula semasa berpuasa tetapi bacaan gula yang tinggi melambung selepas berbuka, sebelum sahur dan selepas sahur. Saya syorkan mengambil bacaan gula 2 jam selepas berbuka puasa, sebelum sahur, dan dua jam selepas sahur. Jika dua jam selepas makan, bacaannya melebihi 6.7, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat metformin. Tetapi jika bacaan masih tinggi juga selepas menerima rawatan metformin, lebih baik tidak berpuasa dan kawal semula pemakanan seperti sebelum bulan puasa supaya tidak perlu mengambil rawatan insulin untuk mengawal gula yang terlalu tinggi selepas berbuka puasa. Selamat menyambut bulan Ramadan. Yang tak boleh berpuasa pun boleh beribadah seperti yang berpuasa. Allah yang maha mengasihi. Ada sebabnya ibu yang hamil atau menyusu tidak semua diwajibkan berpuasa. Setiap ibu adalah berlainan, setiap janin di dalam kandungan adalah berlainan dan setiap kehamilan juga adalah berlainan untuk ibu-ibu yang sama. Jangan membuat perbandingan diri sendiri dengan ibu hamil yang lain. Buatlah apa yang terbaik untuk anda dan anak di dalam kandungan. TAK payah bandingkan diri dengan orang lain. Jangan kata kenapa saya boleh buat orang lain tak boleh buat dan jangan kata kenapa saya tak boleh buat orang lain boleh buat. Untuk semua soalan perubatan peribadi anda, saya MOHON anda JANGAN tanya di bahagian komen di sini dan jangan PM saya di FB messenger. Saya mohon anda semua pergi ke klinik dan tanya doktor yang memeriksa anda dan menilai kesihatan janin anda di dalam kandungan, bukan tanya doktor yang tidak tahu tentang kesihatan keseluruhan anda bersama janin anda dan tidak langsung melihat anda. Hargailah kesihatan anda dan anak di dalam kandungan dan jangan minta pendapat orang lain yang TIDAK dipertanggungjawabkan untuk perubatan anda secara rasmi. Pesakit tidak patut memberi nasihat perubatan kepada pesakit yang lain sebab tidak boleh membuat andaian bahawa pesakit lain ada risiko yang sama dan komplikasi yang sama. Terimakasih. Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Subspecialist Maternal & Fetal Medicine Maternal Medicine ialah masalah perubatan ibu yang hamil. Pakar maternal medicine ialah pakar kehamilan berisiko tinggi. Fetal medicine ialah masalah kesihatan janin di dalam kandungan. Pakar Fetal Medicine ialah pakar tentang masalah kesihatan dan masalah pembentukan atau kecacatan janin yang memantau kesihatan janin sebelum dan semasa bersalin.

Baca lagi

Bulan Ramadan dah nak dekat. Ramai ibu hamil yang datang ke klinik saya tanya, “Doktor Imelda, saya boleh berpuasa ke tidak?” Saya jawab boleh tetapi kena ada 6 syarat-syarat ini: 1) Jangan tinggal sahur. Bukak puasa on time. Kajian perubatan luar negara telah menunjukkan bila tempoh puasa itu berpanjangan, sebagai contoh pada musim panas di negara berdekatan dengan kutub utara di mana waktu siang sangat panjang dan waktu malam sangat pendek, mereka mula lihat masalah pembesaran janin di dalam kandungan. 2) Bila buka puasa, pastikan anda minum secukupnya 8 gelas air di antara buka puasa dan sahur. Jangan benarkan badan ibu hamil mendapat dehydration. Sebagai contoh: 2 gelas bila berbuka puasa 1 gelas selepas solat maghrib 1 gelas selepas solat Isyak 1 gelas selepas solat Terawikh 1 gelas sebelum tidur 1 gelas bila bangun pagi 1 gelas sebelum tamat Sahur 3) Bila berpuasa, berikan perhatian kepada kemampuan diri sendiri, dan jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Wanita yang hamil, walaupun tak makan, akan terus menyalurkan khasiat dan tenaga kepada janin di dalam kandungan dari darah ibu hamil melalui uri placenta. Maka semasa berpuasa, kandungan glukosa di dalam darah ibu yang hamil akan jatuh lebih rendah dari kandungan glukosa di dalam darah wanita yang tidak hamil. Maka, jika ibu hamil berpuasa rasa loya, hendak pitam, muntah, terlalu letih, maka tak payahlah teruskan berpuasa, boleh buka puasa. Berpuasa pada bulan Ramadan untuk ibu hamil itu wajib kecuali jika ibu hamil bimbang tentang kesihatan dirinya sendiri atau bimbang tentang kesihatan janin di dalam kandungan. Dibolehkan buka puasa, tetapi kena ganti balik puasa pada hari lain. Ada ulama kata kena bayar fidyah, ada ulama kata tak perlu bayar fidyah bergantung kepada buka puasa sebab bimbangkan kesihatan ibu atau buka puasa sebab bimbangkan kesihatan anak. Kebanyakan ibu bimbang kesihatan kedua-dua sekali sebab kesihatan janin di dalam kandungan bergantung kepada kesihatan ibu. Kalau tak pasti, tanya ulama, atau buat kedua-dua fidyah dan ganti puasa. Yang tu saya tak bincang di sini, saya hanya bagi nasihat perubatan. 4) Jika anda berada dalam trimester ketiga, iaitu 28 minggu ke atas, jangan lupa memberi perhatian kepada pergerakan janin di dalam kandungan bila berpuasa. Jika ada perubahan yang membimbangkan dari segi pergerakan janin di dalam kandungan atau reduced fetal movements, maka bukalah puasa. Jika pergerakan janin masih juga tidak aktif selepas buka puasa, sila pergi ke hospital. 5) Jika anda ibu yang ada GDM on diet control yang tak perlu rawatan insulin, cabarannya ialah memastikan bahawa bacaan glucose BSP anda 2 jam selepas sahur dan 2 jam selepas berbuka puasa tidak melebihi 6.7. Kita tak perlu check bacaan pada waktu siang bila berpuasa untuk ibu yang tidak perlu rawatan insulin tetapi kita bimbang adakah anda boleh kawal nafsu nak makan berbagai makanan manis bila berbuka puasa dan adakah anda boleh kawal nafsu makan berlebihan. Anda mesti check sendiri Self-Monitoring of Blood Glucose dan jangan abaikan. Jika tak boleh kawal nafsu makan terlalu banyak masa berbuka puasa sehingga bacaan gula naik tinggi mendadak sampai memerlukan rawatan suntikan insulin, maka lebih baik tidak berpuasa. Kenaikan gula dalam darah yang tiba-tiba tinggi selepas berbuka puasa boleh memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan. Lebih baik tidak berpuasa jika anda lebih berjaya kawal pemakanan yang tidak berlebihan sekaligus dan kawal glukosa di dalam darah dari berpuasa tetapi tidak boleh mengawal makan bila berbuka puasa. Ibu hamil yang ada GDM mesti berdisiplin dengan pemakanan sihat dan seimbang dan tidak berlebihan semasa berbuka puasa dan mesti memastikan bacaan glukos SMBG 2 jam selepas makan tidak melebihi 6.7. 6) Paling penting sekali, anda sudah tanya doktor anda sendiri jika anda patut berpuasa. Saya sudah pun memeriksa dan menilai kesihatan ibu dan kesihatan janin di dalam kandungan dulu sebelum saya beri nasihat 1-5 diatas untuk pesakit saya. Maka semua ibu lain mesti dapatkan penilaian kesihatan dari doktor anda dulu dan jangan bertanya anda boleh puasa ke tidak dari saya di media sosial atau dari doktor yang tidak pernah melihat anda. Siapakah ibu-ibu hamil yang saya bagi nasihat JANGAN berpuasa? A) Diabetes yang tidak terkawal dan memerlukan rawatan insulin B)Ibu-ibu yang ada Risiko Tinggi untuk mendapat masalah darah beku dalam saluran darah (venous thromboembolism). Sebagai contoh morbid Obesiti. C) Ibu hamil yang pernah dapat venous thromboembolism, perlukan suntikan ubat mencairkan darah setiap hari semasa hamil. D) Ibu hamil yang ada ovarian hyperstimulation syndrome E) Ibu hamil yang ada pre-eclampsia F) Ibu hamil yang ada penyakit buah pinggang dan proteinuria, G) Ibu hamil yang lumpuh tidak boleh berjalan yang ada lebih Risiko masalah pengaliran darah. Ini ialah kerana darah yang pekat akibat dehydrasi boleh meningkatkan risiko venous thromboembolism kepada ibu-ibu hamil ini. H) Ibu hamil yang muntah-muntah I) Ibu hamil yang ada pendarahan J) Ibu hamil yang demam K) Ibu hamil yang ada masalah pembesaran janin di dalam kandungan atau ‘fetal growth restriction’ L) Ibu hamil yang ada kehamilan kembar dua, tiga atau lebih. Semoga ilmu ini bermanfaat. Jangan tanya saya di media sosial meminta pendapat peribadi untuk anda boleh berpuasa atau tidak, sebab saya tak pernah memeriksa anda dan tak pernah menilai kesihatan janin anda di dalam kandungan. Jumpalah doktor anda dan tanyalah doktor anda. #ApaApaPunJumpaDoktorNaaaaa Terimakasih, Dr Imelda Balchin.

Baca lagi

ni pula penerangan doctor imelda balchin tentang ibu hamil yg ada gdm on DC Inilah jawapan saya kepada komen netizen ini tentang berpuasa untuk ibu hamil yang ada GDM on diet control: Masalah yang lebih besar untuk ibu-ibu hamil GDM on diet control yang berpuasa bukanlah hypo semasa berpuasa. Hypo ini ialah bacaan gula di dalam darah yang terlalu rendah. Hypoglycaemia ini ialah masalah besar untuk ibu hamil GDM yang mengambil rawatan ubat atau suntikan insulin yang berpuasa. Hypoglycaemia boleh membahayakan, terutama sekali untuk ibu hamil yang ambil Suntikan insulin tetapi berpuasa. Masalah yang lebih besar untuk ibu hamil GDM on diet control ialah selepas berbuka puasa tak control diet sampai bacaan gula di dalam darah yang mencanak tinggi dan membahayakan kesihatan baby. Anda mesti check sendiri bacaan gula 2 jam selepas berbuka puasa. Dah buat ke tidak? Kalau tak berusaha check bacaan gula anda dan tak dapatkan rawatan jika bacaan gula tinggi, lebih baik jangan berpuasa, dan control pemakanan semula. Matlamatnya ialah good diet control, jangan jadi bad diet control. Ada ibu hamil yang GDM sederhana saja yang boleh control bacaan gula dengan pemakanan sihat selepas berbuka puasa. Tetapi ada ibu hamil yang GDM tak boleh buat diet control bila buka puasa dan dinasihatkan jangan berpuasa. Sila berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan. Untuk ibu-ibu hamil GDM yang hendak berpuasa, minta rujukan untuk mendapatkan nasihat DOKTOR, bukan nasihat nurse. Jururawat boleh menjaga kesihatan ibu hamil berisiko rendah. Jika anda ibu hamil yang ada GDM, anda bukan lagi ibu hamil berisiko rendah dan sepatutnya mendapat pantauan dari doktor. Ganti puasa tu senang saja nak buat tetapi kesihatan anak di dalam kandungan itu sangatlah mahal.

Baca lagi

Boleh sis InsyaaAllah, try puasa sunat dlu tgok camna badan sis, saya dlu first trimester mmg time bulan puasa dan saya bekerja, Alhamdulillah boleh puasa penuh sbb xda muntah or mual2… tgok keadaan badan, tp dlu saya mindset nk puasa penuh, senang…Alhamdulillah Allah permudahkan… berbuka n sahur pastikan nutrisi amik ikot kemampuan badan, jgn paksa nk telan semuaa hahah, saya mngandung mmg mkn apa yg badan rasa nk mkn byk mana, doa juga supaya x effect baby… InsyaaAllah2, goodluck! Btw Alhamdulillah saya dah beranak bulan november 2022 haritu, anak first, semua baik2 🌸

Baca lagi

tanya doktor dan tanya diri sendiri. tahun lepas Ramadan masa preg 1st baby, sy mampu puasa full, pregnant 3rd trimester. kuatkan diri.. if nk ikut org, bila tanya org ramai ckp jgn puasa try puasa dulu tgk diri sendiri ok, baby pn ok, hari2 monitor, setiap minggu gi klinik cek baby taknak baby bantut ke apa, kira gerakan baby elok2, makan berbuka&sahur jaga, minum cukup. insyaallah allah jaga selalu 💪🏿🤲🏿 kalau tak puasa pun at the end of the days kita yg kena ganti puasa @ kita yg kena ganti puasa&bayar fidyah. nnti nak nyusu plk dlm ramadhan.. mommy strong💪🏿 islam tu mudah tp jgn ambil mudah

Baca lagi
1y ago

betul cakap puan ni. dapatkan penilaian dr doctor dulu. kalau doctor bagi proceed utk berpuasa. then kita cuba berpuasa. kalau ada tanda nk pitam, pening terlampau, baby kurang gerak kita boleh berbuka. islam itu mudah❤️.

Klau awal kandungan tak digalakkan sbb baby perlukan byk nutrien utk mmbentuk. Kalau dh tri ke tiga pun tak galak jugak. Pape pun awk tnye nurse. Klau dg trimester 3. Bila lapar dh boleh rasa sgt gigil pitam pesemua. Klau awal tak rasa lapar tpi risau kandungan jadi apape. Boleh je nk cuba 2/3 jam puasa rasa lain buka je. Jngan smpi rasa lapar. Pening pitam tuh bahaya dahh

Baca lagi

3w ke 30w ? Kalau doc sy jumpa kat kk bagi tau dia x suggest utk sy puasa sbb dah masuk 30w . Nak puasa tu boleh tp boleh ada risiko la. Kalau baru first trimester, boleh je nak puasa. Kalau larat, puasa. Kalau x larat dan rasa memudaratkan, x payah puasa. Nanti dah bersalin, ganti je balik. Ustaz pun ada ckp pasal benda ni

Baca lagi

Ibu ibu mengandung tak diwajibkan sebb ade mufti ckp, boleh memudaratkan anak dalam perut, i pilih utk tidak berpuasa sebb i utamakqn baby i dalam perut ni, lagi2 i pregnant ni gastrik i teruk sikit. Ape pon pilihan masing2 hehe.

TapFluencer

Ntah la sis ni blum puasa pun saya try tahan lapar pun blh 3-4 jam je pastu perut bunyi memulas nak cari mkan balik. Huhu. Air pun minum bnyak takde air mcm nyawa2 ikan dah saya rasa.

Kalau ikut hukum setahu sy kena cuba dulu puasa..bila dtg sebab2 yg memudaratkan ibu/kandungan barulah kita dibenarkan berbuka puasa tu.. kena cuba dulu paling tidak pun utk berpuasa.. maaf kalau sy silap..

1y ago

betul cakap puan ni. kena cuba dulu. bukan terus cakap xboleh tak digalakkan