Termarah😭

jadi surirumah sepenuh masa tersangat la penat mental dan fizikal.. dengan ada anak kecik yg semakin membesar.. aku taktau nak luah kat sapa lagi.. nak luah kat laki, dia balik keja dah penat.. dengan family lg la.. kawan pon takdak.. aku taktau semenjak jd mak2 ni cepat sangat aku naik angin.. aku marah anak aku hanya sebab benda2 kecik ja.. marah bukan marah sikit2 tapi aku jerkah depan muka anak aku.. sampai lari anak aku sebab takut..kadang aku cubit anak aku😭😭 sekali tu sampai lebam.. ya allah mak apa aku ni.. bila tengok anak time tidoq mula rasa bersalah, ayaq mata berlenang sebab tergamak buat anak sampai macam tu.. series aku rasa berdosa sangat.. kadang bila pikiaq aku ni gila dah ka sampai tergamak buat macam tu kat anak.. hampa tolong jangan kecam aku.. aku cuma nak luah.. nak minta semangat dari hampa ja😭😭😭😭 type ni pon ayaq mata berjurai😭😭 #bantusharing #firstbaby #firstmom #pleasehelp #ingintahu

34 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sy pun fulltime housewife dgn 2org anak lelaki, sy tidak pernah bekerja sejak berkahwin dari thn 2006. Jadi surirumah ni jgn bnyk fikir sgt, kena selalu positif, rumah nak bersepah ke, nak jd tongkang pecah ke, biarkan. Nnt bila kita rasa larat, kita kemas. Tak perlu fikir sgt mulut org, rumah kita biar kita urus cara kita. Lps tu seeloknya jgn pendam sorang2, kena sembang juga dgn suami supaya suami boleh bantu apa yg patut. Suami sy thn ni berumur 56thn, sy 38thn. Tapi Alhamdulillah suami sy bnyk bantu buat kerja rumah walaupun sy tidak bekerja. Klu rasa badan tak ok, tolong lah pergi berubat, tak kira lah berubat secara moden ataupun traditional, sbb kita ni dah beranak, kdg2 ada masalah meroyan tp kita tak perasan, sbb tu kdg2 susah nak control kemarahan tu, sy juga pernah merasa selepas sy kehilangan arwah anak sulong sy. Apa2 pun jgn terlalu memendam, suami berhak utk tahu apa masalah yg kita hadapi, benda boleh bincang.. jaga diri, jaga kesihatan mental dan fizikal demi anak2 kesayangan kita, insyaAllah moga dipermudahkan 🤲🏻🥰

Baca lagi