Termarah😭

jadi surirumah sepenuh masa tersangat la penat mental dan fizikal.. dengan ada anak kecik yg semakin membesar.. aku taktau nak luah kat sapa lagi.. nak luah kat laki, dia balik keja dah penat.. dengan family lg la.. kawan pon takdak.. aku taktau semenjak jd mak2 ni cepat sangat aku naik angin.. aku marah anak aku hanya sebab benda2 kecik ja.. marah bukan marah sikit2 tapi aku jerkah depan muka anak aku.. sampai lari anak aku sebab takut..kadang aku cubit anak aku😭😭 sekali tu sampai lebam.. ya allah mak apa aku ni.. bila tengok anak time tidoq mula rasa bersalah, ayaq mata berlenang sebab tergamak buat anak sampai macam tu.. series aku rasa berdosa sangat.. kadang bila pikiaq aku ni gila dah ka sampai tergamak buat macam tu kat anak.. hampa tolong jangan kecam aku.. aku cuma nak luah.. nak minta semangat dari hampa ja😭😭😭😭 type ni pon ayaq mata berjurai😭😭 #bantusharing #firstbaby #firstmom #pleasehelp #ingintahu

34 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pon surirumah. setuju, surirumah tak ada cuti, tak ada rehat. tapi puan, kita boleh cuba yang terbaik. kalau puan penat, puan rehat lah. tak apa, rumah tak kemas mana, tak apa kalau baju tak lipat, tak apa kalau hari itu letih rasa tak nak masak. rehatlah amalkan zikir ya Baari, 40x setiap waktu pagi, minta Allah bantu uruskan semua. bantu uruskan kerja rumah, uruskan anak. kalau penat, berbincang dengan suami, kita dah kawin kita memang tak ada kawan tempat bercakap suami lah kawan kita, cerita lah aktiviti harian kita kat suami, cerita anak buat apa. semoga membantu puan. jaga diri ye puan, ibu yang ceria, sihat emosi dan fizikalnya kesan positif tu tersebar dalam keluarga dan rumahtangga hugs♥️

Baca lagi