Termarah😭

jadi surirumah sepenuh masa tersangat la penat mental dan fizikal.. dengan ada anak kecik yg semakin membesar.. aku taktau nak luah kat sapa lagi.. nak luah kat laki, dia balik keja dah penat.. dengan family lg la.. kawan pon takdak.. aku taktau semenjak jd mak2 ni cepat sangat aku naik angin.. aku marah anak aku hanya sebab benda2 kecik ja.. marah bukan marah sikit2 tapi aku jerkah depan muka anak aku.. sampai lari anak aku sebab takut..kadang aku cubit anak aku😭😭 sekali tu sampai lebam.. ya allah mak apa aku ni.. bila tengok anak time tidoq mula rasa bersalah, ayaq mata berlenang sebab tergamak buat anak sampai macam tu.. series aku rasa berdosa sangat.. kadang bila pikiaq aku ni gila dah ka sampai tergamak buat macam tu kat anak.. hampa tolong jangan kecam aku.. aku cuma nak luah.. nak minta semangat dari hampa ja😭😭😭😭 type ni pon ayaq mata berjurai😭😭 #bantusharing #firstbaby #firstmom #pleasehelp #ingintahu

34 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya reply ni bukan nak niat nak keca. sis. Tp sy nak sis tengok dari sudut pandang seorang anak yg dbesarkan ibu yang burn out yg tak "diubati". saya berusia 29 tahun. saya dbesarkan oleh ibu kandung yg persis mcm ape yg sis alami. ibu saya juga selalu lepaskan rasa marahnye kepada sy, anak sulungnya sebab burn out ni. Sebagai seorang anak yg selalu dimarahi tanpa sebab atau sebab yg remeh, dirotan seteruk teruknya ( extreme ye ibu sy rotan sy ketika kecil dulu 🙈)Saya membesar dgn penuh rasa marah ,takut dan dendam yg tak terluah terhadap ibu. saya jadi degil dan susah dgr kata ibu. saya selalu sedih bila tengok ibu kawan2 menyayangi dan menyatuni anak mereka sepatutnya. Rasa sedih sgt sebab selalu fikir kenapa ibu tak boleh sayang aku mcm kwn2 yg lain 😭. selalu fikir ape salah aku? hodoh ke rupa aku sampai ibu jarang peluk, berkata baik dan melayani aku seperti yg sepatutnya. saya selalu takut dgn ibu, saya membesar dengan low self esteem. rendah diri tak bertempat. sangat pemalu rasa mcm diri ni tak ada nilai. yela sbb ibu sendiri pun buatkan saya rasa seperti seorang yg takde nilai, bukan sape2, rasa mcm nak lenyap je kadang2. bila di sekolah, dlm kelas susah nak study dan fokus. entah kenapa rasa mcm lost sgt dan tak tahu ape tujuan kena belajar. Sehinggalah result upsr keluar, result sy tak teruk tp tak seperti yg ibu sy harapkan. jadi, ibu telah pulaukan sy selama 2 bulan tanpa langsung bercakap dgn sy 😭. keadaan ni Alhamdulillah jadi titik tolak buat sy, Allah jentikkan dlm hati sy utk mncari Dia. sy berubah. sy rajin beribadah, solat malam mohon ampun, mohon Allah lembutkan hati ibu,mohon Allah jadikan sy kuat utk terima kenyataan yg klau ibu tak sayang saya, Allah dan ayah masih sayangkan sy dan hakikat ni dah cukup utk sy mula bangkit dan lakukan yg terbaik utk diri sendiri kerana Allah. takpelah klau ibu tak sayang sekalipun🥲. Alhamdulillah ketika di sekolah Menengah saya sgt perform, hampir tiap tahun sy merupakan pelajar cemerlang. dan mmperoleh keputusan cemerlang dlm peperiksaan besar sehinggalah melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kini Alhamdulillah sy juga merupakan ibu kepada anak yg baru dilahirkan beberapa bulan lalu dan isteri kepada seorang suami yg sangat menyayangi dan sehabis baik cuba memahami sy, Alhamdulillah. Hubungan sy dan ibu semakin bertambah baik ketika sy dbangku sekolah menengah. walaupun pd awalnya ibu masih lagi burn out, sy cuba sehabis baik menolongnya melakukan sedikit kerja rumah setiap kali balik dari sekolah. Lama kelamaan ibu jadi seorang yg lembut hati sehinggalah hari ni. perasaan sy sepanjang waktu di sekolah dulu, sgt terluka dan selalu tertanya tanya dan teringat ingat akan waktu lampau yg menyakitkan. waktu tu saya hanya jalankan tanggungjawab menolong ibu kerana Allah semata mata bukan sebab sayang. saya rasa mcm tawar hati mungkin waktu tersebut. Alhamdulillah as time passes, sy dah tak tawar hati dan memang sayangkan ibu selepas ibu berubah ketika sy di sekolah menengah. kini,bila jadi ibu, lebih2 lagi suri rumah sepenuh masa, sy mula faham rasa burn out yg bertandang bila kita jadi suri rumah, takde kawan nak luahkan perasaan,keluarga jauh, suami kerja. sy mula memahami ape yg ibu sy pernah rasai dulu. Tapi, sy insyaAllah tak ada niat utk biarkan burnout ni menang dan mengulangi cycle yg pernah sy lalui dulu. Naudzubillah. ia sangat toxic. Jadi, sy harap sis mampu bangkit utk beat the burnout dengan ape cara jua. saya doakan kita sama2 jadi ibu yang lebih penyanyang, yg lebih simpati dan empati terhadap anak serta yg paling penting kita berjaya jadi ibu ug anak kita perlukan ❤️, Aamiin2 ya Rab 😇

Baca lagi