10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

Hai TAP, saya surirumah sepenuh masa mempunyai 4 orang anak yang berumur 6tahun, 4tahun,2tahun dan 12bulan. Saya masih belum mempunyai carseat. Sungguh bertuah jika saya terpilih untuk bantuan car seat pada bulan ini. Kerana setiap kali saya menghantar anak yang berumur 4tahun dan 6tahun ke sekolah, saya boleh meletakkan bayi saya di car seat untuk keselamatan dan fokus dalam pemanduan saya. terima kasih
Baca lagiassalamualaikum dan selamat pagi . mencuba nasib untuk memenangi contest carseat percuma untuk baby yang baru berusia 22 hari . The reason why nak sangat ada carseat adalah untuk memudahkan pergerakan memandangkan ada planning untuk bekerja kelak dan untuk keselamatan anak saya ketika berada di dalam kereta . Saya sangat bersyukur jika rezeki untuk memiliki carseat ini , dan akan gunakan sebaik mugkin .
Baca lagihai selamat malam & assalamualaikum the asianparents. saya disini memerlukan carseat kerana tahun depan (march 2022) saya akan melahirkan anak yang pertama setelah setahun lebih sayaa menunggu perkabaran yang gembira ini.saya seorang suri rumah tangga harap dapat meringankan beban suami saya sedikit. harap ada rezeki saya untuk peroleh bantuan car seat ini. terima kasih warga TAP. 🥰🥰🥰
Baca lagihi @theasianparent Saya sangat memerlukan bantuan carseat kerana Suami Saya kerja dan bakal Tamat kontrak bulan 3 nanti. Saya pula suri rumah tidak bekerja. Saya memerlukan carseat untuk berniaga dan bawa anak 6bulan bersama utk Buat delivery jualan. Bagi menampung kos sara hidup kami. bantuan carseat dapat mengurangkan bebas kos dan dapat membantu kami sekeluarga. Terima Kasih
Baca lagiAssalamualaikum TAP. Sy ibu anak 4 dan yg ke-5 bakal lahir awal Februari ni.Sy dan suami tak berpeluang mbelikan anak-anak sebelum ni Car seat kerana kewangan agak terbatas memandangkan suami sahaja yg bekerja.Sy dengan besar hati menyertai peraduan yg dianjurkan pihak TAP dgn kerjasama Crolla jenama hebat. Mudah-mudahan ada rezeki untuk baby yg bakal lahir ini. Terima Kasih.
Baca lagiAssalamualaikum... Saya bapa yg berumur 33 tahun dengan rm1456 je sebulan... Saya mempunyai 2 orang anak... Anak yg sulung berumur 5 tahun, anak kedua berumur 1 tahun... Saya sekarang memandu kereta myvi tahun 2013... Saya sangat berharap dapat memiliki carseat ini kerana tidak mampu untuk membelinya sendiri... Terima kasih pihak TAP dan Berjaya sompo insurance...
Baca lagiHi 👋 saya ingin memohon Carseat untuk anak saya Muhammad Amsyar Anaqi lahir pada 7/5/2018, saya sangat perlukan Carseat ini untuk kegunaan harian kerana saya bekerja dan rutin setiap hari menggunakan kereta untuk menghantar anak saya ke rumah pengasuh dengan adanya Carseat dapat memastikan Keselamatan anak saya di dalam kereta yang bergerak. Terima kasih
Baca lagisaya sangat memerlukan carseat untuk anak saya yang berumur 2tahun kerana kami suami isteri tidak mampu untuk membeli carseat sejak suami saya bekerja tidak tetap,saya pula hanya bergantung pada gaji suami.suami juga perlu bayar ccm kereta,bayar bil elektrik dan juga belanja kami anak beranak.semoga ada rezeki kali ini untuk menang carseat.terima kasih
Baca lagihai tap. saya ibu kepada anak 3 orang..dan masuk kepada 4org sekarang..saya sangat memerlukan kerusi itu untuk tujuan menghantar dan mengambil anak² saya bila saya bersalin kelak..Sebb saya pantang sendiri..dan tiada yg menjaga anak saya kalau letak dirumah..saya memerlukan carseat itu untuk memudahkan say memandu kelak..mudah²an rezeki saya..amin
Baca lagiassalamualaikum alhmdulillah semoga ada rezeki untuk anak saya,☺anak saya umur 1thn 3bulan boy,dan agak lasak sikit hehehe dah lama tringin nak belikan untuk anak tapi tu la blum mampu nak belikan,cuma mampu duduk atas ribah umi je smpai sekarang😅 paling susa bila balik kampung jumpa wan,atuk duduk berjam smpai lenguh tangan umi dibuatnya😄
Baca lagi


