140 Balas
assalamualaikum dan salam sejahtera.. terima kasih TAP dan Crolla kerana membuat bantuan seperti ini untuk keluarga yg kurang berkemampuan. saya sangat berharap saya terpilih untuk menerima bantuan car seat ini, disebabkan pendemik covid19 pendapatan keluarga kami terjejas. suami saya diberhentikan kerja dan untuk mencari nafkah dia mengambil upah membersihkan jalan raya dan halaman rumah org. saya pula menjual kerepek dari rumah dan akan menghantar tempahan kerepek ke rumah pelanggan. saya sangat memerlukan car seat untuk anak saya kerana semasa menghantar tempahan saya terpaksa membawa anak saya yg berumur 1tahun 3bulan bersama dan meminjam car seat saudara-mara memandangkan tiada yg menjaga anak saya dirumah. dengan adanya bantuan seperti ini dapat meringankan beban kami sekeluarga dan amat kami hargai. semoga pihak TAP dan Crolla terbuka hati untuk memilih saya. aamiin
Hai Crolla dan AsianParents. Saya seorang surirumah, dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. yang sulung 2 tahun 4bulan. Yang kedua baru menyambut hari kelahirannya yang pertama pada 2.12.2021 haritu. Tidak berpeluang mampu untuk membelikan dia hadiah. Banyak lagi keperluan. Sambutan disambut kecil-kecilan sahaja kerana kekangan kewangan. Namun, saya tahu akan kepentingannya car seat untuk anakΒ². Terutama anak yang masih kecil. Amatlah bahaya jika saya memegang dia dan duduk dihadapan. Atau jika saya memandu sendiri dan memegangnya dipangku Saya percaya Carseat Crolla ni, anak akan lebih selamat dan selesa dan terjaminnya keselamatan anak . Saya berharap ada rezeki untuk anak saya, Ayra untuk mendapat carseat ini. terima kasih kerana menganjurkan pertandingan amal ini. Semoga rezeki berpihak pada anak saya memenangi giveaway ini . amin. Terima kasih π
Selamat sejahtera π₯° Saya mempunyai anak perempuan yang akan menyambut hari lahir pertamanya pada 29 Dec 2021 ini. Saya selalu risau apabila dia bermain dalam kereta di atas kerusi dan tidak mahu duduk dengan saya.. Saya ingin membeli car seat yang sesuai untuk umurnya dan selalu meninjau harga car seat yang ada di kedaiΒ² berhampiran. Namun, harga tersebut iaitu rm300 ke atas terlali mahal bagi saya.. Saya merupakan ibu tunggal yang mempunyai anak lelaki berusia 2 tahun serta anak perempuan berusia hampir setahun. Saya hanya bekerja dengan gaji rm1200 dan hanya menggunakan kereta milik ibu. Saya sangat menghargai jika ada yang sudi memberi car seat untuk keselamatan anak saya terutamanya ketika dia mengikuti saya di dalam kereta hampir setiap hari. Semoga TAP & Crolla sentiasa maju dalam perniagaan aminn π€²π€² Terima kasih. β€οΈ
hai selamat malam . theAsianparent and crolla. bulan depan saya dah nak bersalin. saya seorang suri rumah tangga. suami hanya berkerja sendiri. saya belum mempunyai carseat . nak beli carseat kami tak mampu. disebabkan kais pagi makan pagi. kalau ada rezeki saya betul2 nakkan carseat dari crolla ini. saya anak tunggal. kedua ibu bapa saya dan suami yang jagakan. jadi untuk membeli barang keperluan dapur amatlah terhad. apatah lagi untuk membeli carseat. harga dekat sabah mencecah rm400 keatas. dah cuba cari yang murah2. tapi memang tak ada. kalau diberi rezeki. saya sangat memerlukan carseat ini. saya percaya carseat dari crolla ini sangatlah istimewa . saya yakin carseat crolla sangat berkualiti dan tahan lasak . saya harap carseat kali ini ada rezeki saya dan anak . terima kasih. #theAsianparentsβ€οΈ #carseatcrolla #terimakasihβ€οΈ
Hi TAP.. Saya seorang ibu kepada seorang bayi perempuan berumur 8 bulan. Saya sedang hamil anak kedua dan dijangka akan melahirkan pada June 2022. Kandungan kedua saya berjarak dekat dgn yg pertama. Saya sangat memerlukan bantuan carseat memandangkan kedua anak saya masih kecil ( tahun depan ). Suami saya bekerja, pendapatan suami cukup untuk kami beli keperluan bulanan, sewa rumah, ansuran kereta dan motor shj , saya tidak bekerja jadi pendapatan keluarga kami agak terhad. Selepas bayi kedua lahir, saya akan bergerak kemana2 bersama anak2 ( bawa anak ke klinik &etc ). Dengan bantuan carseat dari TAP , InshaAllah anak2 saya selamat , dan saya boleh tumpu perhatian kepada pemanduan saya. Saya berharap TAP dapat mempertimbangkan keadaan keluarga saya. semoga ada rezeki buat anak kedua saya .Terima kasih TAP β€οΈ
Hai Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua parents TAP. Terima kasih kepada TheAsianparent dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla atas keprihatinan menggalakkan penggunaan Car Seat yang berkualiti untuk bayi. Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak tersayang. Sebagai bapa kepada bayi comel berusia 1 tahun, saya amat berharap agar dapat memberi penjagaan yang selamat dan pengalaman membesar yang selesa buat yang tersayang. Peluang menggunakan Car Seat bayi berkualiti tinggi sesuai dengan standard keselamatan dan rekabentuk selamat dari Crolla, meyakinkan saya untuk melihat anakanda tersayang membesar dengan lebih sempurna. Semoga para parents TAP yang gigih berusaha untuk keluarga tersayang dapat bersama-sama mencapai impian yang diimpikan.
saya merupakan ibu kepada bayi saya yg berumur 10 bulan. saya berhenti kerja sewaktu PKP lepas. sekarang merupakan suri rumah, saya terpaksa berpindah dari kuala lumpur ke ipoh kerana tidak mampu lagi menyewa dan sekarang menumpang di rumah ibu bapa. setiap 2 minggu, saya akan memandu ke kuala lumpur untuk bawa anak anak berjumpa suami atau suami akan pulang ke ipoh jika kerja mengizinkan. saya sekarang menggunakan car seat yang saya perolehi daripada seorang wanita yang memberikan car seat terpakai anak nya. saya jahit semula bahagian fabrik car seat tersebut untuk nampak kemas semula. saya harap bantuan car seat ini dapat memberikan bayi saya keadaan yang lebih selesa setiap kali saya memandu dari ipoh ke kl untuk bertemu suami. terima kasih TAP, Berjaya Sompo & Crolla
Pertama, terima kasih atas bantuan carseat anjuran kerjasama berjaya sompo dan crolla. Saya yati berumur 26tahun dan seorang suri rumah, manakala suami berkerja pendapatan di bawah RM3000 sebulan. saya sangat memerlukan bantuan carseat ini kerana, saya mempunyai seorang anak kini berumur 15 bulan, dan saya kini sedang hamil 1 bulan 1 minggu.. setiap bulan saya akan pulang ke kampung sekali atau 2 kali dan perjalanan ambil masa selama 4jam pergi dan balik. Anak sulong suka duduk diriba saya atau tertidur diriba saya selama perjalanan sehingga tangan kaki saya kebas meriba anak kini berat dia 9kg.. Saya berharap nama saya terpilih antara 10 bantuan carseat ini, agar mudah urusan untuk pulang ke kampung tanpa meriba anak. Terima Kasih Berjaya Sompo dan Crolla.
Hi Crolla & Asian Parents. Saya merupakan seorang surirumah dan mempunyai 2 cahaya mata. Anak sulung berusia 5 tahun manakala anak kedua adalah 1 tahun. Saya juga bakal melahirkan anak yang ketiga pada hujung bulan ini (December 2021). Selain menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang surirumah semasa suami sedang bekerja. Saya juga menghantar anak sulung ke sekolah. Dengan adanya bantuan carseat daripada Crolla, ia memudahkan perjalanan saya menghantar & mengambil anak ke sekolah dengan meletakkan baby saya di carseat. Saya yakin bahawa carseat yang diberikan ini amatlah menitikberatkan ciri-ciri keselamatan dan merupakan carseat yang terbaik untuk baby. Semoga saya & keluarga dikurniakan rezeki untuk memenangi giveaway ini. Aamiin. Terima kasih.
Assalamualaikum. Hi! π Anak saya Ali berumur 1 tahun 9 bulan dilahirkan down sindrome. Anak istimewa tentulah memerlukan carseat yang istimewa. Ali tidak seperti baby sebaya yang normal. Tulang dan badan Ali masih belum cukup kuat untuk berdiri sendiri. Badan Ali tidak sekuat baby sebaya yang normal. Setiap bulan, Ali perlu berulang-alik ke hospital untuk berjumpa sama ada dengan doktor pakar paeds, mata, telinga, OCCT, fisio atau jantung. Ya, Ali ada masalah jantung berlubang. Dengan adanya carseat Crolla, Ali akan lebih selesa dan selamat. Setiap perjalanan Ali juga akan lebih menyeronokkan. InsyaAllah π€² Terima kasih The Asean Parent Malaysia, Berjaya Sompo Insurance & Crolla kerana menganjurkan pertandingan amal ini π₯°πΆπ