Dr Imelda Balchin

Ini ialah Ultrasound 4D rahim wanita yang baru saja selepas keguguran beberapa hari. Bila semua kehamilan sudah keluar, inilah dinamakan ‘complete miscarriage’ atau keguguran yang sudah lengkap. Tidak ada lagi kesakitan. Darah nifas sudah mula kering. Rahim sudah kecut ke saiz yang normal. Tidak ada peranakan jatuh dan kedudukan rahim Ini ialah normal. Dalam dinding rahim kelihatan licin saja. Tidak ada rahim yang kotor. Rahim tidak perlu diurut untuk kecut semula walaupun wanita ini tidak ada bayi untuk menyusu. Bila wanita ini tanya, perlukah berpantang 44 hari, saya jawab, tak payah pantang pun, sebab matlamat kita ialah kesihatan jangkamasa panjang. Dalam Islam hanya perlu pantang hubungan kelamin, solat, berpuasa sehingga darah nifas kering, kemudian mandi hadas besar. Rahim ini tak perlu di-urut, tak perlu disengkak, tak perlu dibetulkan kedudukannya. Untuk mengelakkan peranakan jatuh boleh lah buat senaman Kegels. Bila wanita ini kata beliau ada semangat baru untuk bersenam dan mengurangkan berat badan yang berlebihan, saya terus berikan galakan, boleh mulakan senaman dan tingkatkan intensiti senaman perlahan-lahan. Jangan lupa pemakanan sihat naaaaa. Jangan lupa positif selalu naaaaa. Jangan lupa ambil folik acid naaaaa. Boleh cuba untuk kehamilan lagi bila suami-isteri sudah bersedia. Ramai yang bertanya bila boleh mencuba kehamilan lagi selepas keguguran? Saya jawab, ini ialah berlainan untuk setiap pesakit, bergantung kepada tahap kesihatan mereka, jika ada obesiti, jika ada diabetes, jika ada penyakit autoimmune, jika ada jangkitan kuman, jika ada polycystic ovarian syndrome, jika merokok, jika perlukan ubat-ubatan untuk masalah perubatan. Jadi nasihat saya untuk setiap individu pesakit saya ialah berlainan. Jika anda seorang yang sihat, kajian perubatan telah membuktikan bahawa mereka yang hamil lagi sekali dalam masa 6 bulan selepas keguguran, tiada perbezaan risiko keguguran berulang jika dibandingkan dengan mereka yang memilih untuk menunggu sehingga 6 bulan untuk hamil lagi sekali. Memang tak payah berpantang cara lama selepas keguguran. Amalkan gaya hidup sihat dan cergas seumur hidup dan berfikir positif selalu. Saya doakan yang terbaik untuk anda, semoga mendapat kehamilan dan zuriat yang sihat selepas ini. Jangan lupa senyum selalu dan jangan salahkan diri sendiri. Dr Imelda Balchin, Pakar Kesihatan Wanita.

Dr Imelda Balchin
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Tq sharing doktor. Very nice sharing