Missed miscarriage Saya baru keguguran 2 minggu lepas, baby 22 weeks. Sesiapa ada pengalaman cmni?

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya turut sedih atas kehilangan yang kamu alami. Keguguran boleh menjadi pengalaman yang sukar untuk dilalui. Adalah penting untuk memberi diri masa untuk berduka dan pulih dari pengalaman ini. Jika kamu merasa perlu, sila berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan mental untuk sokongan tambahan. Jika ada sebarang tanda-tanda kesakitan yang tidak normal atau kebimbangan tentang kesihatan fizikal selepas keguguran, pastikan untuk mendapatkan nasihat perubatan segera. Jangan ragu untuk mencari sokongan daripada keluarga, rakan, atau forum komuniti yang memahami pengalaman yang kamu lalui. Setiap individu bereaksi dengan cara yang berbeza terhadap keguguran, jadi pastikan untuk memberi diri kamu ruang dan kesempatan untuk pulih dengan tenang. Semoga kamu mendapat sokongan dan kekuatan yang kamu perlukan untuk melalui masa ini. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

saya pernah mengalami pengalaman sama mcm awak, keguguran baby 22 weeks tahun lepas, dr. sahkan keguguran sbb berat baby kurang drpd 500gram. Saya juga takde simptom apa2, tahu2 masa monthly checkup, heartbeat takde and pegi hospital dr. sahkan keguguran, tunggu 2 minggu utk baby keluar sendiri tpi tak keluar and dr. induce ubat 3 kali and still tak keluar. Balik lagi and datang lgi 2 minggu lps tu utk masuk ubat lagi sampai 2 kali dan barulah baby keluar dan buat dnc terus. Sedih sangat2 sbb anak pertama, tpi redha utk anak syurga saya and now dah ada anak yg ke-2, 1 month alhamdulillah.

Baca lagi
5mo ago

hai awak, half bius je dkt belakang badan, masa delivery tu alhamdulillah dpt tengok baby sempurna semuanya, kalau nurse tanya nk tengok tak, ckp je nak and kalau nk cium, cium je

sy mengandung triplet gugur 21week first pregnant..slah sy juga mmg xtaw mgandung n slalu urut perut dgn balsem sbb ingatkan sy gastrik...sbb skit perut teramat sgt n muntah2....dpt tau mgandung bila ad spotting...kena tahan wad 2minggu utk bedrest...tp mmg xde rezeki...2 sempurna...1 lg ketulan darah sahaja yg kluar.....

Baca lagi
5mo ago

Allahu. Semoga awak tabah. Yelah first time kan, kita tak ada pengalaman lagi. Baby awak dah tunggu kat sana

klo mcm tu bukan di pggil meninggal dlm prot ke sbb jntung xde .. 22 bby da besa ckup sifat kan

5mo ago

Masa scan baby normal, semua cukup. Dr declare sebagai missed miscarriage sebab bawah 24 weeks

sy baru je 30jun 20w baby boy,skrg bengkak susu,MCM mna ye nk srutkan bengkak susu tu

5mo ago

Semoga tabah dan selamat berpantang. Saya before discharge, dr ada bagi ubat untuk stop kan susu. Awak ada dapat tak? Kalau tak ada, boleh beli di farmasi. Dia 2 biji je, sekali makan

Keguguran cemana tu? Ada simptom or makan apa apa ke sebelum tu?

5mo ago

Takde simptom apa2. Saya takde angkat berat, jatuh pun tak. Bleeding or leaking pun tak. Masa buat detail scan, semua normal. Tiba2 masa monthly checkup, dah tak ada heartbeat.

punca ggur? hspital takde ambil ujian drah ke nk tahu punca ggur?

5mo ago

Ada ambil darah. Result belum keluar lagi, ambil masa 4+ bulan

maaf awak,macam mana boleh jadi? awak rasa dia tak bergerak ke

5mo ago

Saya seorang yang aktif, so kadang tak rasa sangat pergerakan baby. Masa buat detail scan, baby memang banyak gerak. Saya takde jatuh, angkat berat, leaking and bleeding pun takde. Tapi time monthly checkup, tiba2 baby dah tak ada heartbeat. Ni tengah tunggu result dari hospital untuk tahu punca

2022 Bulan sept. Saya kena 18 weeks it's was baby girl 🥺

5mo ago

🥺 Semoga ada rezeki untuk awak dan saya to have baby