Tolong bagi tips untuk hamil hampa ,kongsi jap nk sangat Ada ankkk hmmm

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

1) JANGAN STRESS. nampak simple tp ni lah tips paling top sekali. bila kita stress, dok fikir sgt knp la aku tak pregnant lg, knp itu knp ini. hormon gembira kita berkurang & hujung2 ovum/sperma yg dihasilkan pun tak berkualiti. kena tenang2, enjoy the process. kalau perlu, jalan2 makan angin. 2) jaga pemakanan & amal gaya hidup sihat. kalau berat berlebihan, cuba utk kurangkan. mmg betul ada je org berat 150kg boleh ada 2-3 org anak. tp tu mereka. yg part kita, kita cuba ikhtiar yg terbaik. makan real food, kurangkan fast food makanan berminyak2, diet suku2 separuh, bykkan protein & sayur. bersenam sekurang2 nya 2-3x seminggu. jalan pusing taman, sapu keliling rumah pun ok kalau tak mampu nak jogging & lari2 atas treadmill. 3) lakukan ujian kesuburan. kalau dah berkahwin lebih setahun & mmg tak merancang, dah boleh ke klinik kesuburan/pakar sakit puan. kos mmg agak tinggi tp kita kan sedang usaha, jadi kena lah berkorban sikit. boleh minta nasihat, saranan & pendapat doktor berkenan kesuburan. lg elok jika suami & isteri sama2 buat ujian kesuburan. dari situ boleh tgk mana perlu perbaiki & ubati jika ada masalah. boleh juga ke KK & dptkan surat rujukan ke pakar O&G hospital kerajaan, cuma mungkin proses nya lambat sedikit. 4) bykkan berdoa & percaya aturan Allah. kadang kita terlupa yg bg rezeki, ujian semua ni Allah. Dia tahu kita mampu nak hadapi. Allah akan bg pada masa yg tepat, pada masa yg kita PERLU. bukan pada masa yg kita mahu. kita boleh minta pd Allah. jgn jemu meminta, minta lah dgn sungguh2. Insha’Allah dlm hari2 kita meminta tu, salah satunya akan dimakbulkan. rezeki takkan pernah salah alamat. cepat/lambat pasti ada. 5) cuba utk bersedekah. tak mampu nak sedekah duit sekepuk, yelah zaman ekonomi cmni masing2 pun struggle. kalau ada rezeki lebih, cuba buat kek/kuih2 & bg pd jiran2. minta mereka doakan. mampu sedekah duit, boleh sedekah. sikit ke banyak bukan jumlah yg dikira, tp effort kita tu Allah nak tgk. tak mampu dari semua sudut, berbuat baik pd org lain. senyum, tolong mana mampu. kdg kita rasa benda tu kecik je, tp pd org yg memerlukan, amatlah besar pd mereka. 6) usaha selagi mampu & terdaya. selagi kita ada rahim, selagi tu kita boleh berusaha & boleh mengandung. Insha’Allah. cari waktu subur, bersama dgn kerap bila dah sampai waktu subur, kira period samada teratur/tak & cuba. gagal bulan ni, usaha lg bulan depan. usaha yg gigih pasti akan dpt hasil yg baik. percaya lah. moga dipermudahkan.

Baca lagi
1y ago

Terima kasih