Ikut kalendar period kemarin, 2 hari lagi nak period (besok). Tapi, kemarin petang macam tu, ada keluar spotting darah (brown) sikit. Lepas mandi malam, sy pakai pad. Ingatkan darah period akan keluar lepas tu.
Sebab setiap bulan sebelum period memang macam tu (keluar darah sikit dulu, lepas beberapa jam, baru lah darah period akan keluar banyak). Bila bangun pagi tadi, ada spotting coklat (macam besar duit sepuluh sen) ja dekat pad. Sampai sekarang, pad baru masih kosong. Perut rasa x selesa, kram2 juga macam rasa nak period. Sekarang, badan rasa panas (terutamanya bahagian bawah perut) juga tapi bukan demam. Ada mood swing, masuk angin, badan rasa letih. Semua ni macam normal untuk orang yang nak dekat period kan. Tapi, tu lah. Sy x pernah ada spotting macam tu. Kalau keluar darah sikit, lepas beberapa jam tu memang akan keluar darah period.
Beberapa hari ni juga, sy ada juga Pening, sakit kepala dan cepat sangat lapar. Baru berapa minit makan berat (nasi2), lepas tu rasa lapar macam Berjam2 x makan. Apa lagi kalau makan yang ringan2, lagi lah cepat lapar. Bila lapar tu, masi boleh makan portion yang banyak.
Sy x pasti nak period atau pun pregnant.
Sy memang tak simpan pregnancy test sebab pernah kecewa dulu dan takut bagi harapan yang besar sebab dah balik2 patah hati sebelum ni.
Cuma nak dengar kalau ada sesiapa yang pernah jadi mcm ni. Apa jadi lepas tu, pregnant atau cuma Tanda2 sebelum period? Hehe
Kalau period x dtg2 (sekiranya lah), bila masa sesuai untuk cek ya? Dan berapa lama kita nak tunggu missed period tu?
##pleasehelp #advicepls #ingintahu #bantusharing #TTC #pregnancysymptoms #premenstrualsymptom
Anonymous