Pejuang dua garis ( confuse pregnant atau tanda sebelum nak period ). Tanda tanda awal pregnancy

Ikut kalendar period kemarin, 2 hari lagi nak period (besok). Tapi, kemarin petang macam tu, ada keluar spotting darah (brown) sikit. Lepas mandi malam, sy pakai pad. Ingatkan darah period akan keluar lepas tu. Sebab setiap bulan sebelum period memang macam tu (keluar darah sikit dulu, lepas beberapa jam, baru lah darah period akan keluar banyak). Bila bangun pagi tadi, ada spotting coklat (macam besar duit sepuluh sen) ja dekat pad. Sampai sekarang, pad baru masih kosong. Perut rasa x selesa, kram2 juga macam rasa nak period. Sekarang, badan rasa panas (terutamanya bahagian bawah perut) juga tapi bukan demam. Ada mood swing, masuk angin, badan rasa letih. Semua ni macam normal untuk orang yang nak dekat period kan. Tapi, tu lah. Sy x pernah ada spotting macam tu. Kalau keluar darah sikit, lepas beberapa jam tu memang akan keluar darah period. Beberapa hari ni juga, sy ada juga Pening, sakit kepala dan cepat sangat lapar. Baru berapa minit makan berat (nasi2), lepas tu rasa lapar macam Berjam2 x makan. Apa lagi kalau makan yang ringan2, lagi lah cepat lapar. Bila lapar tu, masi boleh makan portion yang banyak. Sy x pasti nak period atau pun pregnant. Sy memang tak simpan pregnancy test sebab pernah kecewa dulu dan takut bagi harapan yang besar sebab dah balik2 patah hati sebelum ni. Cuma nak dengar kalau ada sesiapa yang pernah jadi mcm ni. Apa jadi lepas tu, pregnant atau cuma Tanda2 sebelum period? Hehe Kalau period x dtg2 (sekiranya lah), bila masa sesuai untuk cek ya? Dan berapa lama kita nak tunggu missed period tu? ##pleasehelp #advicepls #ingintahu #bantusharing #TTC #pregnancysymptoms #premenstrualsymptom

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Spotting tu banyak mana sis? Kalau implantation bleeding biasanya darah secalit je. Tak banyak. Dan dia keluar sekali je dalam masa 1 atau 2 hari tak silap. Tanda2 sis cakap boleh jadi tanda awal pregnant, boleh juga jadi nak dekat period. Kalau masih belum period, and dah lewat 2-3 hari dah boleh check upt. Check awal pagi guna first urine ☺️

Baca lagi
8mo ago

Nampaknya, Bukan rezeki sy sis.. Spotting tu memang secalit sahaja. Period datang hari sepatutnya 🙂. Terima kasih sudi komen.

Lewat period 7 hari baru boleh cek. Macam saya 2 hari sebelum period saya dah cek. Sebab ada simptom luar dari biasa and pregnant. Spotting tak semestinya mengandung.

8mo ago

Tahniah sis😍 Nampaknya, sy belum ada rezeki. Terima kasih sudi komen🙂