Pejuang dua garis ( confuse pregnant atau tanda sebelum nak period ). Tanda tanda awal pregnancy

Ikut kalendar period kemarin, 2 hari lagi nak period (besok). Tapi, kemarin petang macam tu, ada keluar spotting darah (brown) sikit. Lepas mandi malam, sy pakai pad. Ingatkan darah period akan keluar lepas tu. Sebab setiap bulan sebelum period memang macam tu (keluar darah sikit dulu, lepas beberapa jam, baru lah darah period akan keluar banyak). Bila bangun pagi tadi, ada spotting coklat (macam besar duit sepuluh sen) ja dekat pad. Sampai sekarang, pad baru masih kosong. Perut rasa x selesa, kram2 juga macam rasa nak period. Sekarang, badan rasa panas (terutamanya bahagian bawah perut) juga tapi bukan demam. Ada mood swing, masuk angin, badan rasa letih. Semua ni macam normal untuk orang yang nak dekat period kan. Tapi, tu lah. Sy x pernah ada spotting macam tu. Kalau keluar darah sikit, lepas beberapa jam tu memang akan keluar darah period. Beberapa hari ni juga, sy ada juga Pening, sakit kepala dan cepat sangat lapar. Baru berapa minit makan berat (nasi2), lepas tu rasa lapar macam Berjam2 x makan. Apa lagi kalau makan yang ringan2, lagi lah cepat lapar. Bila lapar tu, masi boleh makan portion yang banyak. Sy x pasti nak period atau pun pregnant. Sy memang tak simpan pregnancy test sebab pernah kecewa dulu dan takut bagi harapan yang besar sebab dah balik2 patah hati sebelum ni. Cuma nak dengar kalau ada sesiapa yang pernah jadi mcm ni. Apa jadi lepas tu, pregnant atau cuma Tanda2 sebelum period? Kalau period x dtg2 (sekiranya lah), bila masa sesuai untuk cek ya? Dan berapa lama kita nak tunggu missed period tu? ##pleasehelp #advicepls #ingintahu #bantusharing #TTC #pregnancysymptoms #premenstrualsymptom

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy sblm tahu pregnant sy kua spotting coklat dulu mcm awal² nk period tu. Mgkn mcm sis. Pd awalnya sy ingt period tp dah beberapa hari pun tak kua² jgk darah yg bnyk. Asyik spotting on off on off sampai sy ingt bulan tu period sy tak lawas. Rupanya dh lekat. Sbb selain spotting perut sy & pinggang sy rs tak selesa mcm nk period. Tu pun awal²nya test guna upt expired. Sje suka². Tak expect apa² pun cuma nk tgk apa result upt tu kalau letak urine. Terkejutnya bila letak je urine terus line T naik merah walau teramat² lh samar sbb guna upt expired kn. Esknya test atas upt baru sbb adik sendiri & bff sendiri duk desak. alhamdulillah mmg +ve. Try la test sis. Mana tahu mmg rezeki awk.

Baca lagi

Kalau boleh check terus UPT sis, bukan ape kalau spotting ni berkaitan dgn ibadah kita sis. Katakan UPT -ve, tu dah kira darah period, sis tak boleh solat dah time tu. Jangan tanguh2 check upt ye sis, inshaAllah kalau ada rezeki, ada utk sis. Kalau takde, next cycle cuba lagii

saya takat ni pregnant tak pernah spotting, alhamdulillah. jadi kalau ikut pengalaman, most probably period nak datang. better sis tunggu at least lagi 2 ke 3 hari. kalau takde dah darah atau spotting, sis kira delay period dah kan? boleh check UPT dah. moga murah rezeki sis 💜

8mo ago

Terima kasih sis. Baiklah, Kena tunggu beberapa hari lagi, bru sy akan cek. Darah atau spotting xda dah. Semalam tu ja spotting color brown. Semoga sis pun murah rezeki☺️

Macam kes saya ada spotting sebelum period( 4 hari lagi nak period) Tapi sikit je spotting tu darah kecoklatan mcm tu, Esok dia xde pun darah keluar, saya terus check upt walaupun sebelum hari period , Alhamdulillah double line😊

saya keluar spotting time pregnant tapi time tu dah delay period. so macam kes awak ni belum period. nak make sure kan check upt. kalau negative nak period la tu. susah nak predict pregnant or period melainkan awak buat upt

8mo ago

Terima kasih sudi kongsi. Nak tanya, spotting tu keluar Sekali sahaja atau macam mana ya? Dan keluar dalam kuantiti macam mana? Tq in advance.

sye x penah spotting.. so klu tnye sye, sye akn ckp period.. nk kpastian check upt.

8mo ago

Okay, tq. Nanti sy cek lepas beberapa hari kalau masih tak period.

maybe nak period..sbb dlu time saya pregnant,xpernah ada spotting

Setiap kali pregnant saya tak pernah spotting

8mo ago

Terima kasih sudi komen.

boleh je nak check utk kepastian

8mo ago

Baiklah. Nanti sy cek beberapa hari lagi