Isteri Useless

Ibu² saya cuma nak meluah dan tanya pendapat. Saya seorang surirumah . Sejak saya lahirkan anak pertama ( baru masuk 4 bulan ) Saya selalu terabai untuk buat kerja rumah, macam masak, cucu baju dsbgainya. Anak saya sebelum ni High Demand , kuat menyusu, kuat juga menangis. Jadi saya mmg 24 jam mengadap anak, suami sy keje balik petang. Kdang2 bila suami balik keje, keje rumah saya kdg siap kdg tak siap, kdg masak kdg tak, saya bukan sengaja, tapi kdg² mmg anak tak boleh tinggal, nak ke toilet pun susah. Tapi bila anak dah tidur, saya terfikir nak rehat ½ jam macam tu, lepastu saya nak buat keje rumah. Tup tup ½ jam anak dah bangun nak susu. Anak tak full bf pun, tapi still juga susah bg saya untuk uruskan. Saya tak pernah ada anak buah, atau pengalaman jaga baby sebelum ni. Jadi saya mmg tumpu betul² dgn anak saya. Suami saya kdg² macam terasa hati sbb kerja rumah banyak tak siap. Sebab yela saya suri rumah je kan, kenapa tak boleh siap. Bukan dia tak menolong, kalau cuti dia tolong banyak sgt, tapi kalau hr kerja mmg penat tak boleh tolong. Saya dah cuba slow talk dgn suami, suami cakap suami faham tapi saya tahu dia kurg senang dgn keadaan rumah sebegini. Sebelum saya ada anak, saya tak pernah miss mengemas memasak walaupun sarat pregnant. Tapi bila dah ada anak.. lain sgt. Macam mana ya saya nak buat kdg2 penat nak urus rumah lagi, anak lagi, masak dn cuci baju hmmm. Rasa down sgt sbb tak mampu buat keja rumah siap² , saya sorang je ke yang macam ni hmm, rasa macam isteri useless je..

5 Balas

saya pun suri rumah, anak baru 3bulan . anak firstbjugak. anak pun sma high demand, mmg takleh kena tinggal . lagi lah kat rumah dok adik ipar lelaki tinggal sekali😂 saya masak petang lepas suami balik kerja, dia jaga anak . macam suami saya sangat membantu bab kerja rumah, tak pernah pun marah . alhamdulillah . baju saya basuh kadang 3 atau seminggu sekali . betul sis, mmg penat kan . saya pun kadang sampai nangis, sbb kadang anak nangis, tidur lambat . rumah saya flat jeh, tak besar . jadi takd nak sepah lah . lagi pun suami tak kuat makan, kadng saya goreng telur atau buat nasi goreng jehh

hi sis saya pun sama dulu masa belum ada anak mmg suka kemas rumah tp semnjak ada anak mmg rmah jrg kemas n besepah, takpa masa ni mmg susah tp lama2 nnti bila dia dah besar sikit nnti akan okay sis, mcm sya anak lagi 0-3mths mmg susah nak berengang, tak dpt nak tinggal tp ni bila dia dah masok 5 bulan dia dah pndai main dgn toys saya dpt curi2 masa kemas dapo at least! n masak, dulu mmg tak dpt terus, takpa cakap dekat suami buat masa ni mmg rumah tak akan terurus tp lama2 it will get better jgn stress sis smua org mengalami benda yg sama just enjoy je nnti penjam celik kejap je dorg dah besar

Sy pn mcm tu bezanya suami sy melayan je sy kalau tak dia tau nnt sy stress. Lg satu sbb suami sy pernah wfh so dia tau mmg susah nk buat kerja bila ada anak. Lagi2 anak kecik lagi baru berapa bulan suami pttnya faham n TOLONG. Suruh dia tido atau temankan bdk tu sekali sekala maybe sejam utk ibu buat kerja. Puan cuba buat mcm ni. Bagi baby bgn awal, mandikan dia, then bg dia nap balik. Baby 4 months akan nap 2-3 kali n waktunpagi tu insyaAllah nap lama sbb dia still mengntuk lps mandi. Time tu puan kemaslah rumah. Sementara dia belum reti sepahkan rumah heheheehe

Situasi kita sama la sis. Anak sy pon baru masuk 4 bulan dan kategori high demand baby. Sy pon ckp dgn suami yg sy x mampu nk buat mcm dlu. Skrg basuh baju pon 3x je seminggu. Klau anak meragam ari tu, alamat nye mmg x masak. Suami phm tp kita la rase serba salah. Kita dah cuba buat yg tbaik kan. Harap baby dah besar sikit, dia ok kan. Sama2 berdoa la mommy😊

sy bukak tv je bagi anak tengok kalau tk mmg tak siap kerja tp takde pilihan dah.. tu je cara yg ada.. btw awak buat yg awak mampu je.. jangan rasa useless.. awak yg beranak awak yg tahan sakit.. awak dah berkorban banyak dah sebenarnya.. bagi la suami awak pulak tolong awak mengemas..

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan