27 Balas

TapFluencer

Sis, bukan nak cakap apa lah ya. Org lain ada anak tapi ada masa nak masak kemas rumah tu ada beberapa situasi yg husband awk tak nampak. 1. Husband orang tu tolong mudahkan kerja isteri. Sebelum kerja dia prep, potong bawang, defrost makanan. Husband sis nampak tak? Tak nampak tu 2. Ibu tu diberi rezeki anak jenis boleh main sendiri 3. Walaupun anak high demand, dan takde pertolongan suami, ibu tu masih boleh buat masak dsb. Kenapa? Dia gunakan sepenuh tenaga dia dan extensive planning untuk jalan kan tanggungjawab harian. Ni paling bahaya sebab satu hari kalau dia burn out, depression menanti. Ketiga2 situasi kat atas tu berlaku dan sy pun pernah alami benda2 tu. Sy extensive planning masa anak first sampaikan rasa burn out dgn kerja lagi. Tiap kali drive naik flyover rasa nak pecut. Walaupun sebenarnya husband sy tak kisah pun sy masak ke tak, dan selalu tolong. Tp standard sy letak terlalu tinggi nak semua yg terbaik and benda tu tak sihat Tujuan sy cakap ni, nak bagi tau, apa yg husband awk cakap tu jgnlah tanam dalam otak awk dan rasa awk useless. Sebab awk tak useless pun. Awk overwhelmed. Cakap dgn husband contoh situasi yg sy bagitau. Tanya dia. Nak isteri dan ibu yg tenang sekaligus anak happy atau nak awk tertekan dan meroyan? Benda ni ambil masa sis. Kita nak matang kena alami dulu. Masing2 baru jadi parents. Jadual yg kita selalu buat semua lari. Kalau dia tak faham, suruh dia jaga anak sehari dan masak dalam masa yg sama. Minta dia rasa apa awk rasa walaupun tak sama. Dia bukan ada tek pun nak bagi kan 😂 tapi atleast dia tau tak mudah nak jaga anak sambil buat semua tu

saya seorang isteri yang berkerja.. mengajar anak2 sekolah rendah. dan sy juga yang mengurus rumah tanpa dibantu suami. saya pernah suarakan berkaitan ni dekat suami.. tahu ada jawapan yang dapat "mmg ni semua kerja kaukan" terdiam dan tak terkata saya masa tu. bnyk sy belanja untuk diri saya semua guna duit gaji sy. terniang2 ceramah ust azhar idrus.. kerja rumah ni bukan kerja isteri.. tpi bila suami dah suruh buat.. isteri pun buat suami kena bgi upah.. senang cerita penat lelah kita tu suami pandang.. sekali2 kita diajak makan yang sedap2.. takpun tanya hari kita mcm mana.. tu pun dah syukur dan happy sgt. tp semuanya indah kabar je dr rupa.. lama2 saya da tak ckp apa2 dah. sy rasa penat sy rehat. suami nak marah ke nak masam muka ke sy buat tak tahu je. sy buat je mcm biasa.. sy dah rehat sy kemas la rumah.. masak.. layan anak2 suami. kunci dia SABAR awak.. tak semua yang kita inginkan akan berlaku.. bnyk doa pada Allah. bergantung sungguh2 pada smpai satu tahap kita diabaikan pun kita tak rasa dah. bila kita penat.. kita tgklah anak kita tu.. yang kita kandungkan 9bulan 10hari yang kita lahirkan yang kita susukan.. insyaAllah ada ketenangan diwajah anak kita tu.. Sabar ya awak.. saya faham sgt apa perasaan awak. anak saya pun jenis semua nak mama.. berak kencing mandi pakai baju makan.. semua sy.. ayatnya apa "mama je pandai.. abi tak pandai" 🤭🤭 sabar ya.. 🌹

Adik saya pula situasinya sangat suka mengemas. Bukan buat sbb tanggungjwb, tapi dia kata memg dia sgt suka mengemas.. (Dia suri rumah sepenuh masa, umur 24, tinggal dgn mertua smbil jaga mertua sakit). Tapi bila dapat anak ke2, anaknya suka melekat spnjg masa. kalau letak je nangis. Solusi dia, dia dukung je anaknya sambil buat kerja sebelah tgn. Masak & mengemas, mana yg boleh buat sblh tgn,semua dia buat smbil berdukung. Adik sy tu kurus orangnya, tapi dia memang nmpk kuat bab2 kerja rumah sejak skolah rendah lagi. Smbil buat kerja & dukung tu dia ajar anak dia benda itu ini. Buat kerja smbil berbual dgn anak kecil tentang hal2 di dapur. Sampaikan masa anak dia umur setahun lebih dh bleh kenal n sebut bnyak brg/perkakas dapur yg buat kami terkejut. Dia xnmpk stres. Dia kata dia happy sebab tu je cara utk dia capai kepuasan - dpt mengemas/rumah bersih. Bila kerja dah settle, baru dia rehat sama2 dgn anak. Skrg anak dia dah ok, dah xslalu melekat dah. Tahun ni baru nk masuk 3tahun. Kalau sy pun, mungkin tak sekuat dia.. Dia memang yg paling rajin antara kami adik bradik. (Ini kes lain.. Saja cerita kat sini sebab kami kagum dgn kekuatan dia. Jadi kesayangan mertua juga. Masha Allah.) Sekali lagi, kalau sy di tempat adik sy tu pun, sy pun tak tahu akan kuat macam dia atau tak..

Semoga dipermudahkan segala urusan sis ye… kuatkan semangat… sy ni working mommy, walaupun mak mentua jage anak2 dan masak time sy keje… tapi bile suami balik dari keje terus hadap tanpa main dgn anak2, sy jadi bengang… sbb dah lame mak mentua jage anak2 dia, bagilah peluang untuk ibu dia sndiri rehat… sbb sebelah malam giliran sy plak urusan hal rumah… sy faham perasaan sis penat tu mcm mane… kite sbg ibu bukan saje penat fizikal tapi penat dari segi mental… asyk nak jage perasaan org dari fikir perasaan diri sndiri… itu yg sampai kes ibu dera anak, ibu bunuh anak tanpa sedar… sy doakan semoga kuat semangat… slow talk dgn suami secara damai… lepas tu kalau dia tak faham, suruh dia jage anak mase dia cuti

Berdasarkan pengalaman saya, 1. Sis cuba luahkan apa sis rasa pada suami, ajak suami sama2 buat kerja rumah dan jaga anak. Buat sistem gilir. Cth sis masak, suami basuh pinggan mangkuk, sis kemas rumah, suami handle mkn mandi anak dll. 2. Jika situasi masih sama, sis minta org ketiga nasihat suami. Paling terdekat ayah atau adik beradik lelaki sis. 3. Jika masih lagi sama dan berlarutan stress sis, sis boleh minta tlg khidmat kaunseling dari bahagian psy atau pejabat agama utk sis dan suami. 4. Sis elakkan diri pendam stress terlalu lama. Kita pun manusia biasa ad limit, minta tlg org lain. Kita mommy ni kuat. Harap dapat membantu sis, semoga urusan sis dipermudahkan. Hug dari jauh ❤️🥰

cuba bagi husband jaga baby 1 hari waktu dia cuti . sis pergi lah mana2 before sis keluar supply susu dkt husband . masa tu anak menagis , meragam baru dia tahu apa yang dia cakap tu salah . biasalah sis .. kita bila dah kawin dah ada anak , perasaan suami dekat kita tu dah pudar 😌 sebab kita dah tak macam dulu . saya masak suami tak makan , rumah berkemas , baju berlipat pun suami macam dah tak sayang . yelah kita buat smua tu tapi kita dengan rambut serabai , ketiak busuk . kita sempat beri dia keselesaan tapi tak sempat berhias 🙂

Semoga dipermudah urusan. Anak sy pun dr infant sampai 18bulan juga sgt susah asyik nangis. Saya tak give up, tapi sy penat. Jadinya kalau baby dh diberi susu n mkn, still nanges sy pekakkan je telinga. Separation anxiety ank sy sgt teruk xboleh xnampak muka. Tapi sy pekakkan telinga sbb nk buat kerja rmh. Dh siap baru sy p balik kat dia n explain. Eventho dia tak faham. Tp mcmtu jela sy mampu. Sy pun nk mkn kan, lapar. Kene jaga diri kita juga walaupun sedikit. Be strong mama, i feel you!

betul.. xpa biarkan anak nangis sekejap. selagi dia bukan nangis sbb sakit/dlm keadaan bahaya.

saye tk de komen kak tp saye sedih bace kak. saye doakan akk ye . saye sedih bile tgok ibu2 kne lalui mcm ni..husband sis tu nk tungfu org pengsan kot baru nak sedar tanggungjawab. nk anak tp tk reti nk tolong. sye pun ade satu time saye mmg dh pnt sye diam sye dduk dkt bucu.. anak mnagis sye xlayan. die bru je balik keja..maybe dh tahap meroyan kot sye.. mcm org gila kot time tu. husband tnye knpe. maybe time tu kot dia mcm brsalah . trsedar.. but papepun mummy dlu kne kuat ok. awak kuat. awak kuat . woman are strong!! ♡♡♡

VIP Member

Sy bukan nak lagakan tp hub sis perlu diberi pengajaran, apa kata time hub sis cuti, sis tinggalkan anak dgn dia sekejap, dlm half day ke, sis pergi me time. Mungkin time tu hub sis sedar yg jaga anak ni bukan nya mudah. Tp sis kene kuatkan hati, if hub call marah2 suruh balik, sampai je rumah sis boleh confront yg sis pun penat. Sbb anak sama2 sepatutnya sama2 jaga, bonding si ayah dgn anak juga perlu ada, sbb 7bulan tu baby dah kenal ibu ayah dia.

stress kalau suami yg X memahami Sya house wife jugk anak first 7tahun dan ank 3 yg kecik sekali 11 bulan ,skrg Sya pregnant pulak masuk 3bulan mmg letih sgt2 sis,nasib la alah sya x dak teruk sgt mcm yg len2,nasihat sya cuba ajar tidur buai sbb anak Sya Pon tdo buai elektrik tu sbb jns nk kena tanggunk2 ja ,ada buai tu sng kerja kita nak msk,dan buat kje rumah semua

kata kat suami mmg le org lain ada anak boleh masak boleh ngemas sebab laki org tu participate sama2 dalam ngurus anak. bini masak pegang la ank tu bg mandi ke bg tido ke. tummy time ke. bini ngemop kemas rmh tlg la pgg sat ank tu. kain baju dia boleh kot tlg masuk dalam mesin basuhkan. laki ni bukan takleh buat kerja tapi maaf cakap tak semua suami ada belas kasihan and common sense. semoga dipermudahkan

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan