Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Nuraziema Ari, Dietitian, Klinik Siti

Ibu-ibu yang baru lepas bersalin mesti tertanya-tanya sekiranya perlu ke berpantang atau tidak. Hal ini sudah lama menjadi tanda tanya tetapi sehingga hari ini masih lagi tiada kata putus. Adakah anda percaya dengan istilah pantang? Apakah kepentingan berpantang? Perlu ke kita berpantang? Kalau pantang makanan tapi selang-selang boleh ke? Tahukah anda, penjagaan makan selepas bersalin adalah sangat penting untuk setiap ibu yang baru sahaja lepas bersalin. Ini penting untuk memastikan semua keperluan nutrien yang diperlukan dapat diperoleh untuk memulihkan kesihatan ibu serta menjayakan penyusuan susu ibu. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pantang larang dalam pemakanan selepas bersalin bersama Cik Nuraziema Ari, Dietitian, Klinik Siti pada 6 Julai, hari Rabu, jam 3 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Nuraziema Ari, Dietitian, Klinik Siti
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Semasa berpantang, kita digalakkan untuk memilih makanan yang bagus agar tubuh dapat pulih cepat. Tapi bagaimana pula dengan susu badan? Adakah diet semasa berpantang akan memberi kesan pada penyusuan nanti?

3y ago

Hi puan ✨ Maksud puan berkenaan kuantiti susu ke? Okay puan, puan perlu faham konsep demand vs supply dalam penghasilan/peningkatan kuantiti susu. Semakin kerap bayi menyusu, semakin tinggi rangsangan untuk mengeluarkan/penghasilan susu. Pemakanan ibu sewaktu berpantang dan yang menyusukan bayi perlu lengkap dan seimbang serta cukup hidrasi supaya ibu mendapat tenaga dan nutrien secukupnya. Jika puan mempunyai sebarang isu penyusuan/ low milk supply, segera dapatkan khidmat kaunselor laktasi