14 Balas

Salam puan, Selepas bersalin kebiasaannya ibu berpantang akan mengambil jamu herba bagi mengembalikan kesihatan badan. Persoalan saya adakah ia bagus & tidakkah menjejaskan kesihatan bayi memandangkan ibu akan menyusu bayi? Terima kasih.

Baik. Terima kasih atas penjelasan.

soalan saya, 1) Apakah diet terbaik untuk ibu selepas pantang? 2) Apakah saranan atau nasihat pemakanan utk banyakkan susu bagi ibu yang kali pertama melahirkan anak? 3) Ibu dalam pantang boleh amalkan jamu tak?

1. mkn mknan yg bnyk vit dan berkhasiat 2.mkn mknan yg milkbooster klau sy lpas mkn nasi & kurma susu melimpah dh dan minum air masak bnyk. 3.jamu tunggu anak betul² hilang kuning.. klau sy x amal jamu apa² pun sbb jamu panas so risau kt anak sbb dia breastfeeding.

Semasa berpantang, kita digalakkan untuk memilih makanan yang bagus agar tubuh dapat pulih cepat. Tapi bagaimana pula dengan susu badan? Adakah diet semasa berpantang akan memberi kesan pada penyusuan nanti?

Hi puan ✨ Maksud puan berkenaan kuantiti susu ke? Okay puan, puan perlu faham konsep demand vs supply dalam penghasilan/peningkatan kuantiti susu. Semakin kerap bayi menyusu, semakin tinggi rangsangan untuk mengeluarkan/penghasilan susu. Pemakanan ibu sewaktu berpantang dan yang menyusukan bayi perlu lengkap dan seimbang serta cukup hidrasi supaya ibu mendapat tenaga dan nutrien secukupnya. Jika puan mempunyai sebarang isu penyusuan/ low milk supply, segera dapatkan khidmat kaunselor laktasi

TapFluencer

Salam Cik Nuraziema, Sebenarnya telur dan seafood adakah dibolehkan untuk makan bagi yang bersalin czer dan baru beberapa hari bersalin normal? Terima kasih diatas feedback, Cik

Waalaikumsalam puan nora 🤗 Telur & seafood adalah sumber protein berasaskan haiwan yang baik untuk proses pemulihan selepas bersalin normal/c-section. Pastikan sumber protein ini dimasak sepenuhnya (fully cooked) untuk pastikan bakteria mati dan menjaga keselamatan makanan. Semoga menjawab soalan puan.

Salam. Hi Cik Nuraziema. Betul ke dalam tempoh berpantang, kita tak boleh makan belacan dan juga pelbagai jenis makanan laut?

Waalaikumsalam dan hai Puan Dayah. Boleh makan puan asalkan puan ambil sambal belacan tu sebagai cicahan sahaja. Dan elakkan jika puan allergik/ menghidapi resdung Seafood adalah sumber protein berasaskan haiwan yang baik dan pentingnya protein untuk proses penyembuhan badan/ luka selepas bersalin. Pastikan seafood dimasak sepenuhnya untuk memastikan bakteria mati dan keselamatan makanan. Elakkan jika puan allergic terhadap seafood/shellfish Semoga menjawab pertanyaan puan 🤗

Hi Puan, betul ke perlu berpantang? Kenapa kena berpantang ya? Kalau pantang dari segi makanan je boleh ke?

Hi ✨ Berpantang ni proses untuk ibu fokus kepada pemulihan selepas bersalin dan sesi penyusuan. Untuk improve quality of mental and physical health, penting untuk pasangan suami isteri menyediakan comprehensive confinement plan seperti : - urutan tradisional - pemakanan yang sihat - parenting knowledge (penyusuan, ragam bayi etc)

VIP Member

Hi Puan, orang tua-tua kata dalam pantang tak boleh makan sayur2 yg banyak angin. Betul ke? Contohnya sayur apa?

Hi Puan Sharifah ✨ Ada satu kumpulan makanan yang kita kenali as cruciferous food/ vegetable yang mana makanan ini mengandungi tinggi fructan. Proses mencernakan fructan ini akan menghasilkan gas dan menyebabkan kembung perut kepada ibu berpantang/menyusukan bayi. Antara contoh cruciferous vege : - kobis - cauliflower - broccoli - bok choy

Hi Puan, betul ke kita harus berterusan tidak meminum ais batu air selepas tempoh berpantang juga?

Hi puan azaelea ✨ Puan digalakkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari regardless jenis suhu air (suam/sejuk) untuk : - fungsi badan yang optimum - elakkan sembelit - penyusuan Hebatnya ciptaan Allah tu dijadikan suhu air yang sejuk/ suam once masuk dalam badan, akan regulate mengikut body temperature kita

Betul ke kalau masa berpantang, kita kena betul betul jaga makan? Ada kesan ke kalau tak ikut?

Hi puan :) Sewaktu berpantang ini fokus kita adalah ibu berehat, mendapat nutrien yang secukupnya untuk improve quality of : - mental and physical health - breastfeeding - healing process Penting untuk ibu dapat makanan yang seimbang dan lengkap supaya ibu mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan

Assalamualaikum, Apskah kuih-muih yang boleh dimakan sewaktu berpantang?

Waalaikumsalam puan ✨ Kuih-muih merupakan makanan yang tinggi gula dan kalori. Jadi kita tak galakkan ibu ambil sewaktu berpantang sebab fokus kita nak ibu dapat makanan yang seimbang dan nutrien yang lengkap. Jika puan still insist nak ambil, pastikan puan limitkan kuih tersebut 1-2 ketul shj

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan