Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital

Hi Ibu-ibu semua! Anda rasa tak semasa mengandung ni, emosi macam tidak stabil? Ya kita tahu tu semua hormones mengandung kan, tapi pernah tak anda terfikir bagaimana nak kekalkan kesihatan mental semasa hamil? Atau pernah tak ibu rasa macam stres sangat sebab dah la tengah mengandung tapi banyak kerja di pejabat? Rasa seperti suami pun tak faham apa kita tengah alami? Tapi kesian dia asyik kena tempias dengan ketidakstabilan kita. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tips untuk kekal kesihatan mental semasa mengandung dan cara untuk mengatasi stres dan kemurungan bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, MBChB (Glasgow), DrPsych (UKM), AdvMChAdolPsych (UKM) Associate Professor Consultant Child & Adolescent Psychiatrist Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit in UKM Children's Specialist Hospital, Psychiatry Department pada 26 September 2022, hari Isnin. Penting tau ibu-ibu untuk kekal positif semasa hamil, kerana ia dapat memberi kesan pada kandungan kita. Jangan lepaskan ATE kali ini! *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital
33 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Salam dokter saya baru 1st trismester dan baru beberapa bulan kawin, saya merupakan anak tunggal. saya selalu stress bila family saya selalu tekan saya kadang sampai beritahu ibu saudara saya yg saya lebihkan family in law dari mereka sedangkan saya duduk dgn mereka lama bergilir gilir dgn kluarga mertua. saya tk mampu nak puaskan hati mereka disebabkan saya ikut perintah suami.. saya selalu tertekan dgn keadaan saya skrg ni, kadang kadang sampai saya menangis fikir mcm mana nak puaskan hati family saya nak buat family saya rasa yg saya tk jauh dari mereka. saya tau ramai yg beri cadangan utk duduk sndiri tapi kami bru kawin bru nak bina hidup kukuhkan kewangan dlu sblum cari rumah sndiri. saya rasa berdosa bila fmily saya mula terasa hati, saya tertekan sngt dgn keadaan skrg ni.

Baca lagi
2y ago

Waalaikumussalam kita sebenarnya tidak dapat memuaskan hati semua orang. Perkahwinan dan keadaan mengandung menjadikan kita lebih matang serta mengenali pasangan dan diri sendiri. Oleh itu cuba bayangkan keputusan yang terbaik kita boleh lakukan untuk baby kita yang kita kandungkan. Keadaan sekarang cuma sementara. Suatu hari nanti kita akan dapat hidup berdikari demi anak kita insyaAllah. Kita boleh hubungi keluarga kita dengan banyak cara, contohnya melalui mesej, panggilan telefon, kad, hadiah dan macam-macam lagi. Cuba selidiki apa sebenarnya yang family kita perlukan selain dari diri kita sendiri berada di situ, bantuan fizikal? teman? kasih sayang?