Nervous tapi excited

Hi ibu ibu. Saya first mom, sekarang 37w, ada gdm diet control & asthma. Due date 13/12/2022 nanti tetapi kalau takde tanda 12/12 saya kena serah diri 🫠 Saya sekarang di fasa saya excited nak bersalin cepat tapi dalam masa yg sama saya terlalu nervous. Oh lupa saya ada depression & anxiety diagnosed by doktor semasa ujian DASS tetapi takde ambil ubat sebab doktor rasa saya masih boleh control dgn bykkan communicate dgn org sekeliling. Dari segi persediaan financial & fizikal, in shaa allah ready. Dari segi mental, saya taktahu. Saya 50-50 seperti saya cakapkan. Nak luahkan pd kawan2, biasa la masing2 dah lepas fasa beranak anak pertama, mereka jawab persoalan saya sambil lewa aje. Nak luahkan pada emak sendiri, mak pulak last beranak 26 tahun lepas 😂 mak mertua? Saya tak contact dgn mak mertua, hanya suami. Sebab suami anak yg terpisah & dijaga oleh nenek. Ipar duai ada la bertanya khabar melalui socmed. Adik beradik saya? Cuma ada satu je adik lelaki. Saya lonely dan saya banyak scroll group ibu mengandung di fb dan di app ini sahaja utk baca pengalaman org. Harap boleh bagi sepatah dua kata utk kuatkan semangat saya and kurangkan ‘what if’ yg banyak sgt berlegar di fikiran. Terima kasih ibu ibu.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

You can do this mummy!!!! Saya pun macam tu dengan my first born. Rasa macam alone sangat walaupun ada kawan kawan sebab tak semua faham what we go through. Mummy tanya je dalam group. Saya perasan dekat sini semua akan jawab soalan soalan tanpa judgement tau!

You got this ❤️