Dah beli barang baby ?

Ibu ibu kat sini ada dh beli barang baby ? Kalau mcm baju baby, lengan pendek lengan panjang berapa helai eh ? Sbb saya first baby tkde pengalaman hehehe

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Alhamdulillah๐Ÿ˜ siap juga nak kongsi Harituh, masa preggy, nak cari list barang keperluan untuk selepas bersalin banyak tak berapa nak lengkap. Ni Kak Izah listkan semula dengan penambahan. Jika terkurang boleh tambah. Jika tak nak dari list pun tak apa. Ikut keperluan kita, ikut budget kita๐Ÿ˜ Che cklist barang baby: Pa-kaian bayi baru lahir: ๐Ÿ’œ5 pasang baju baby lengan panjang/seluar panjang https://shope.ee/20KDRIwtjH ๐Ÿ’œ5 pasang baju lengan pendek/seluar pendek ๐Ÿ’œ5 pasang baju baby lengan pendek/seluar panjang ๐Ÿ’œ5 pasang rompers panjang/pendek https://shope.ee/7zbQaNCqVU ๐Ÿ’œ10 helai barut baby https://shope.ee/AsZFztjko ๐Ÿ’œ11 pasang mittens and booties https://shope.ee/1fhN2lrsvM ๐Ÿ’œ2 helai topi kepala https://shope.ee/1fhN2lrsvM ๐Ÿ’œ6 helai kain bedung (besar/kecil) (Beli yang nipis macam lampin kain. Kalau pakai ekon bolehlah tebal) https://shope.ee/2ptKQw92QK ๐Ÿ’œ Saputangan https://shope.ee/4V1YQ1Jt7z Checklist barang baby: Diapering ๐Ÿ’›1 paket (12 helai) napkin baby (boleh buat bedung jika baby kecil) https://shope.ee/4V1YQ1Jt7z ๐Ÿ’›Baby pin (Tak perlu kot sebab pakai lampin yang pakai buang) ๐Ÿ’›Pampers @ lampin pakai buang https://shope.ee/99nNyd9hYn ๐Ÿ’›Tisu basah https://shope.ee/2fZuEiu396 ๐Ÿ’›Changing mat https://shope.ee/9K6oAxLrWb ๐Ÿ’›Nappy liners (Tak perlu kot sebab pakai lam.pin yang pakai buang) ๐Ÿ’›Detergent/Sabun basuh untuk baby https://shope.ee/5pWw0Z83dI ๐Ÿ’›Nappy krim https://shope.ee/1Al6S0goOv Checklist barang baby: Baby care & grooming ๐Ÿ’š. Sabun mandi https://shope.ee/6pPTCUJtly ๐Ÿ’š. Shampu bayi https://shope.ee/6pPTCUJtly ๐Ÿ’š. Bedak bayi https://shope.ee/6KTCbayiji ๐Ÿ’š. Baby lotion https://shope.ee/1VNwqjUBtY ๐Ÿ’š. Minyak bayi https://shope.ee/4zxp1BKnGi ๐Ÿ’š. Tab mandian bayi https://shope.ee/1q0nFP9V7i ๐Ÿ’š. Tuala mandi ๐Ÿ’š. Krim nappy rush ๐Ÿ’š. Vicks ๐Ÿ’š. Gunting kecil ๐Ÿ’š. Pemotong kuku ๐Ÿ’š. Nasal aspirator https://shope.ee/1q0nFQhx1l ๐Ÿ’š. Termometer https://shope.ee/8KEGzOsH6P ๐Ÿ’š. Sikat (guna jika perlu, kalau tak ada cukup rapikan rambut anak dengan tangan) ๐Ÿ’š. Berus gigi (ini boleh beli bila dah ada gigi) ๐Ÿ’š. Kapas putih (s.aiz b.aby) ๐Ÿ’š. Putik kapas baby ๐Ÿ’š. Tungku bayi https://shope.ee/6zitOyEGqQ Checklist barang baby: Penyusuan Ini juga adalah barang keperluan yang penting. Ibu harus teliti dengan betul ya! โค Botol susu https://shope.ee/7A2JbImuYb โค Puting (jika perlu) โค Berus pembersih botol https://shope.ee/7A2JbImuYb โค Cecair pencuci botol susu khas untuk bayi โค Breast pump https://shope.ee/2fZuF4gtu4 โค Cooler beg untuk simpan susu yang dipa.m (terutama ibu yang bekerja) https://shope.ee/405HpYJDBy โค Bekas simpanan susu perah @ storage bottle https://shope.ee/3plrdGWdpg โค Nursing bra https://shope.ee/20KDRuhGym โค Nursing pad https://shope.ee/6A9mPaaDcO โค Termos https://shope.ee/4Ki8EEpWb6 โค Botol isi air kosong Checklist barang baby: Keperluan tidur ๐Ÿ’•. Set katil bayi (Jika naklah. Kalau nak cari, cari yang boleh adjust tinggi/rendah. Yang boleh buat me-ja pun boleh tapi tak boleh adjust) https://shope.ee/1Al6STvdK6 ๐Ÿ’•. Set tilam (yang paling best tilam organik kekabu) yang ada begnya lagi bagus. Boleh bawa travel https://shope.ee/4Ki8EKZpib ๐Ÿ’•. Selimut kecil ๐Ÿ’•. Kelambu Checklist barangan as.as untuk mummy ๐Ÿ’™ Set selepas bersalin atau set semasa berpantang https://shope.ee/AJzLNNhf1e ๐Ÿ’™ Bengkung moden (lebih mudah guna kalau pantang sendiri. Yang lekat tu pun ketat jugk) https://shope.ee/2Kx3qiShVo ๐Ÿ’™ Baju sejuk ๐Ÿ’™ Tungku moden/yang best tungku dulu2 https://shope.ee/2VGU32evjs ๐Ÿ’™ Selipar ๐Ÿ’™ Kain batik ๐Ÿ’™ Pad (extra besar dan panjang) ๐Ÿ’™ 5 pasang stokin tebal ๐Ÿ’™ Sebotol minyak urut Checklist beg hospital mummy ๐Ÿ’˜. Buku rawatan merah ๐Ÿ’˜. Kad pengenalan ๐Ÿ’˜. Baju/tshirt ๐Ÿ’˜. Kain batik ๐Ÿ’˜. Tudung ๐Ÿ’˜. Stokin ๐Ÿ’˜. Baju dalam/ seluar dalam ๐Ÿ’˜. Tuala muka ๐Ÿ’˜. Peralatan mandi ๐Ÿ’˜. Tuala mandi ๐Ÿ’˜. Bedak, sikat. ๐Ÿ’˜. Maternity pad, pad biasa, breastpad ๐Ÿ’˜. Baju sejuk, selipar, beg plastik kotor ๐Ÿ’˜. Minyak angin ๐Ÿ’˜. Beg pakaian, getah rambut ๐Ÿ’˜. Makanan dan air (Lapar tau lepas bersalin๐Ÿ’˜. Bengkung (Kalau bersalin normal lepas mandi dah boleh pakai. Pakai yang jnis lekat2 tu je senang) C.hecklist beg baby ๐Ÿ’. Pampers saiz new born ๐Ÿ’. Baju siang dan malam (panjang) ๐Ÿ’. Seluar siang dan malam (panjang) ๐Ÿ’. Mitten & booties ๐Ÿ’. Bedung ๐Ÿ’. Barut ๐Ÿ’. Topi ๐Ÿ’. Selimut ๐Ÿ’. Tuala mandi baby ๐Ÿ’. Tuala muka ๐Ÿ’. Tisu basah ๐Ÿ’. K.eperluan barangan mandi baby ๐Ÿ’. Bedak, baby lotion, baby oil ๐Ÿ’. Vicks ๐Ÿ’. Minyak telon ๐Ÿ’. Saputangan ๐Ÿ’. Diaper bag Kelengkapan lain jika perlu ๐Ÿ’“ Stroller https://shope.ee/6A9mPozDwe ๐Ÿ’“ Car seat https://shope.ee/6f630l5zV4 ๐Ÿ’“ Baby carrier https://shope.ee/7KLjo0KZyF ๐Ÿ’“ Diapers bag https://shope.ee/6pPTD6ZHHt ๐Ÿ’“ Bantal bulan untuk menyusu https://shope.ee/4V1YQuWwBl ๐Ÿ’“ Folding Baby Bath Tub Stand ๐Ÿ’“ Sterillizer botol baby https://shope.ee/6KTCcDIIFQ ๐Ÿ’“ Bakul/rak tingkat untuk letak barang baby https://shope.ee/2VGU3C1HSS ๐Ÿ’“ Tisu mu.ka ๐Ÿ’“ Jaring mandi Terlebih atau terkurang mohon maaf ya. Nak tambah atau nak kurangkan boleh je ikut kepe.rluan masing-masih๐Ÿ˜Š Li.st ni hanya sebagai ruj-ukan jika perlu. Jika manfaat bersamalah kita kongsi-kongsi ya๐Ÿ˜ . Kredit : Nor Fazliana

Baca lagi
2y ago

Nice

Beli baju yang ada butang atau zip, butang yang jenis clip tu lagi bagus, lekat je, sebab senang, nanti kalau anak kuning, kena check up KK setiap hari, masa check up kena buka semua baju baby, jadi mudahkan process, lagipun senang untuk baby jugak sebab leher dia lembut lagi kalau nak pakaikan baju sarung. Barut beli jenis strap, senang nak pakai & cepat. Baju lengan panjang boleh beli 4-5 helai, lengan pendek seluar panjang pun boleh beli 4-5 helai pastu rotate guna, diorang cepat membesar, anak saya baru sebulan ada baju NB yang tak muat pakai dah pun. Beli satu baju yang saiz NB yang kecik untuk baju dia discharge balik hospital nanti. Bagi saya mitten penting sebab kadang kita tak berani nak potong kuku dia lagi masa baby baru lahir, jadi beli la mitten & booties banyak sikit. Pastu bedung beli yang kain jenis bamboo, tak panas & lembut. mahal sikit tapi baby selesa, cuba cari kat Shoppe, ada yang murah tapi kualiti bagus, kalau beli swaddle cotton tu panas sebenarnya. Pampers baby beli saiz NB, beli satu pack dulu, baby saya guna 2 pack je, pastu kena tukar saiz S dah sebab umur sebulan dah tak muat. Pastu standby terus nappy cream, sebab boleh jadi baby kena nappy rashes sebab kulit tak sesuai dengan pampers, beli jenama SudoCream tu elok, cuba dulu kalau tak okay baru cari cream lain. Minyak telon kena ada, cotton balls untuk bersihkan tali pusat, cotton bud yang mata dia kecik untuk bersihkan hidung & telinga, pastu beli terus bantal lubang tu, jenama Mamaโ€™s Choice pun bagus, selesa guna. Anak saya kami tukar 4 bantal, beli yang ni baru dia nak guna. Tisu basah sangattt kena guna so beli banyak sikit pun tak apa, tisu biasa pun guna banyak jugak, boleh beli lebih. Untuk ibu pulak, beli compressed sock, sebab kalau czer macam saya, kaki bengkakkk sangat, bahaya untuk ibu, guna compressed socks ni baru bengkak saya surut. Beli pad saiz biasa dengan overnight, kalau bawak pegi hospital beli yang saiz Overnight paling besar. Pastu disposable panties tu pun membantu jugak. Kalau mampu boleh beli baju yang sesuai untuk nursing, yang ada butang depan atau zip, memudahkan sangat. Pastu nursing bra penting sangat. Mudah nak menyusukan anak, nursing bra beli yang pad dia tu attach sekali dengan bra, kalau jenis pad dia boleh keluarkan tu tak okay. Susah nak pakai leceh. Panjang dah ni saya tulis. Yang lain tu inshaAllah awak tahu sendiri nanti apa yang awak perlu. Ni ikut pengalaman saya laa.

Baca lagi

Ni list brg saya..hehehe..smoga membantu ๐Ÿฅฐ NB set lengan pendek 3psg NB set lengan panjang 3 pasang 0-3M Set lengan pendek 4psg 0-3M Set lengan panjang 4psg 0-3M Romper 4 helai Barut 5 helai Sarung tangan & kaki 4psg Topi 5 helai Kain bedung 5 helai Tuala 3 helai Kain sapu tangan 5 helai Selimut Changing mat 1helai Pampers newborn 1 pack Pampers size S 1 pack Minyak telon/minyak yuyi Losyen Sabun mandi Syampoo Cream ruam/nipple cream Tungku baby berus lidah baby trim kuku baby cotton bud kapas cuci tali pusat tempat sedut hingus Bedak Wet tissue Botol spray air Set Sikat baby Set tilam ( bantal) Kelambu besen mandi baby cot ampai baju baby Stroller carseat Bagpack Bakul Pam susu manual Botol susu 2pcs

Baca lagi

Jgn beli lebih dri 10helai sis. Sbb sy baru melahirkan dh sebulan ramai org kasi hadiah baju kat baby sy .Baju dia makin bnyak ,ada yg jarang guna ,ada yg pakai kejap je dh xmuat .Jgn beli size newborn terlalu bnyk sbb mcm baby sy size newborn dia pakai kejap je.Beli yg 3-6m boleh pakai lama. Kalau jenis baju pulak ,baju lengan panjang sy pakaikn baby waktu malam je ,lengan pendek waktu siang.Tapi terpulang ikut persekitaran jugak. kalau rumah/bilik aircond beli baju lengan panjang .

Baca lagi

Beli je sis bnyak kan baju tdo bby ni sbb awalโ€ dia bnyak tdo nty dia dh dua ke 3 bulan dh nk mula jlnโ€ beli saiz besar2 skit baju jln sbb budak cpt membesar.. mcm anak firstbtime jugak mmg beli baju smua besar jd mse lahir mengelebih tapi budak kan kita bedung so x kisah sangat ni baru sebulan 9 hari baju dia yg paling small dh ngamโ€ lhir 2.99kg sebulan dh 4.3kg kjap je budak ni membesar

Baca lagi
VIP Member

Terpulang pada Puan. Boleh ambil kira persekitaran rumah Puan dan tempat nak berpantang nanti. Macam saya hanya beli beberapa helai sahaja lengan panjang sebab nanti nak swaddle baby. Satu lagi newborn size tak perlu beli banyak. Boleh terus beli size yang besar sedikit.

baju newborn beli sikit je 3/4 helai je sbb baby cepat besar. yg selebihnya beli 3 month punya n yg penting kena bnyk beli baju lubang lubang tu lengan pnjg dan pengan pendek. nk beli tkde lengan pon ok. sbb skrng cuaca pns kesian kt bby nnti naik ruam ruam

kalau rumah xde aircond,baik beli yg jenis eyelets. lengan pendek blh je beli 3 4 helai. panjang pon sama. kesian mlm2 nnti panas. xpon kena pikir jgk kena gigit nyamuk.

baju nb saya beli lengan panjang 2 psg lengan pendek 3 psg. tu je. lain2 topup size 3-6m tp tak beli byk pun. nanti baby dah keluar baru topup hehe

alhamdullilah..rezeki sy ,baby dapat 2 kotak baju baby..pemberian adik & adik ipar beli mne yg x de je semua dah siap basuh,dah ready pack dah..due bulan 3

Baca lagi